Ceramah vs filem

Terkenang semasa dulu,

Hatiku berasa rindu……………

Sudah hampir seminggu minggu orientasi berakhir. Kami semua sangat gembira kerana berjaya melaluinya dengan baik.  Malam itu kami diingatkan oleh Kak Safi yang dianggap ketua bilik kami semasa minggu orientasi agar bersiap sebaik sahaja selepas solat maghrib untuk pergi mendengar ceramah di Dewan Sri Budiman. Kami masih ingat pengumuman semasa minggu orientasi bahawa satu ceramah akan disampaikan oleh  Tuan Pengarah ITM pada masa itu.

Kak Safi yang merupakan pelajar jurusan undang-undang. Beliau sering berjubah hitam dan jika keluar daripada kawaan kampus, Kak Safi sering mengenakan purdah. Semenjak hari pertama minggu orientasi, Kak Safilah yang menjadi tempat rujukan kami. Beliau memang seorang yang  popular kerana amat berwibawa dan dihormati oleh sesiapa yang mengealinya.

Selepas maghrib, kami berenam pun dengan penuh semangat, memanjat tangga ke menara untuk menuju ke Dewan Sri Budiman. Kak Safi yang menjadi ketua rombongan begitu laju sekali langkahnya hinggakan kami terpaksa berlari-lari keil mengekorinya. Kak Safi menggesa kami bergerak cepat kerana bimbang ceramah telah bermula.

Sampai di hadapan pintu dewan, kami lihat pintu depan telah ditutup. Ha, sahlah kami lewat. Semua mata memandang kami iaitu rombongan Cik Kiah yang diketuai oleh seorang wanita anggun berjubah hitam. Pada masa tu, kami tertanya-tanya juga, kenapalah siswa-siswa yang ada di sana memandang kami dengan sorotan yang agak pelik. Tapi, demi perasaan yang perasan,  kami anggap sahaja mereka terpegun melihat  freshie-freshie ni datang mendengar ceramah ataupun kerana kami telah terlewat.

Kak Safi mahu membuka pintu untuk memasuki dewan, tetapi terdapat dua orang pelajar berdiri di situ. Kak Safi dengan yakinnya meminta izin untuk lalu kerana kami telah terlewat. Salah seorang daripada mereka meminta tiket. Kami terpegun.

“Eh, tak ada pulak dia orang kata kena beli tiket nak dengar ceramah?” kata Kak Safi kepada si penjaga pintu sambil membuka pintu dewan untuk mengetahui ceramah sudah bermula atau belum. Kami yang berada di belakang ni mulalah mengeluarkan beg duit untuk membayar harga tiket.

 Bunyi bising di dalam dewan menyedarkan kami bahawa acara yag sedang berlangsung bukanlah ceramah agama tetapi sebuah tayangan filem lama yang bertajuk “‘Purple Rain.”

200px-Prince_PurpleRainMovie

Hehehe…..sudah tukar ka???

Kerana hajat yang tak kesampaian itu, kami meneruskan aktiviti rombongan cik Kiah. Tetapi bukannya masuk ke dalam dewan dan menonton filem yang ditayangkan. Juga bukannya mendengar ceramah separti yang dirancangkan. Kami sepakat untuk bemesra dengan kampus yang akan kami huni ini dengan menaiki lif di menara. Masa tu, kami tak tahu lagi cerita seram tentang lif tu. Ishhh, …….

Terkenangkan peristiwa itu akan membuatkan saya tersenyum sendirian. Di manakah kawan-kawan saya itu agaknya ya? Ina dan Ja, tentu dah jadi pengurus berjaya. Kak Safi, Sabrina dan Kak Imah tentu dah jadi peguam berjaya dan mungkin telah ada syarikat guaman sendiri….

Ah, rindunya……

 

Advertisements

9 comments on “Ceramah vs filem

  1. uiks.. ekau pun nak menulis kisah2 remaja di IPT yo.. hehehe

    bagus lah tu cikgu.. kalau tak, kenangan itu luput begitu sahaja semenda dgn lanjutnya usia!

    hehehhhe

  2. purple rain?? nak kena google ni.. boleh kira umur kak long..
    hahaha
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    pssstttt.. kenapa ngan lif tu?? errrr… takyah cerita la.. belum apa2 dah meremang bulu romaku ni..

    hikkkssss

    • @Rantong,
      Salam….. terima kasih. 🙂
      >
      >
      >
      @maza,
      Sebenarnya masa ushar Mr Google, ternampak Mr Prince. Tu, yang teringat N3 yang dah lama sangat terperap dlm simpanan tu.
      Banyak lagi tu, boleh buat novel….
      >
      >
      >
      @xiinam,
      hish..memang zaman remaja banyak kenangan yang indah tapi masa tu lum nakal lagi. hikhikhik…

      Errr….sekarang ni? O, memang masih muda lagi…. sekurang-kurangnya di hati. errrrr……uhwaaa!!!!. 😦

      @kts,
      selamat menggoogle…..
      …..
      Sila teka….
      eh…..kalau betul boleh belanja ayam goreng……….opps!

    • Terima kasih kerana sudi ziarah cikguzue. Sekadar berbicara tentang hidup dan mudah-mudahan ada antaranya yang dapat memberi manfaat.

  3. Hah…!

    Tie ingat lagi citer seram di menara tu.. ooo…takutnya…. Mujur Tie tak ada kelas kat situ. Biasa budak2 stat ada kelas malam. Err… betul ke citer pasal perempuan tak ada muka dan lain2 tu, ekk?

    • Hehehe…x itm jugak nih…
      Memang tu yang kak long dgr. Tapi alhamdulillah, taklah mengalami apa-apa pengalaman yang menyeramkan di menara, tapi kat cempaka tu adalah sekali tapi minor seram je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s