Tujuh hari seminggu

Hari Sabtu baru-baru ini, sekolah saya mengganti kelas untuk cuti hari raya. Haha…tak habis2 lagi bersedia untuk raya sakan lah tu! Letih juga sekolah enam hari seminggu. Tapi bila fikirkan, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian….pergi sekolah pun rasa macam biasa aja.

Sehari cuti pada hujung minggu, memang betul-betul nak memanfaatkan cuti.  Sebelah tengah hari, saya sempat menghadiri satu majlis di Rawang.  Selepas itu, saya dan adik-adik serta teman-teman dan disertai oleh segerombolan hero-hero kecil yang tak reti duduk diam dan agak mencabar juga untuk mengawal mereka meneruskan ekspedisi meronda.

 Tempat yang kami tujui ialah One Utama Damansara. Tugas menjaga dan mengawal segerombolan hero-hero itu diserahkan kepada Kak Long. Dah namanya cikgu, kalau bab-bab mengawal segerombolan tentera kecil yang bilangannya belum mencapai dua belah tangan tu masih dikira enteng jugalah. 

Lama juga kami  menghabiskan  masa di One Utama Damansara. Mula-mula sampai di One U, kami singgah di kedai buku. Langkah ini namanya memupuk nilai-nilai murni’. Harap-harap hero-hero kecil tu rajin membaca nanti.

novelpopular

Di kedai buku Popular, sedang diadakan peraduan mengundi novel pilihan.  Bila beli novel-novel tu pula dapat pula peluang 1 undi untuk mengundi novel yang jadi pilihan.  Buku-buku tu pulak diberikan potongan harga sebanyak 20%.

Lepas tu sempat pula mencuba urutan pada kerusi OSIM. Fuh, best betul kalau dapat bawa balik sebijik. Risik-risik juga harganya. Hehehe..RM13 bukan ringgit ya, RM13 ribu tu. Ada satu lagi tu RM 8 ribu, kata jurujual tu, harga pengenalan…. Rasa teringin juga, tapi ‘kena fikir sebelum buang….’

cubaosim

Dan yang paling saya suka bila ada di sini ialah dapat menikmati pretzel caramel Almond daripada Auntie Anne dan juga mochalatee di Cinnabon. Perghh…

antiue

 latte

 cinnabon

 Tujuh hari semingguku tamat. Isnin datang lagi……..

Advertisements

8 comments on “Tujuh hari seminggu

  1. Amboi…. shopping rupanya……….

    Tie suka gak lepak kat kedai buku tu. Rasa nak rembat semua yang ada…hu hu..

    Malangnya kat Ganu ni terhad sangat tempat shoppingnya. Tak sabar nak balik Johor…h i hi…

    • @juliet.
      Tepat sekali! Sebab tu masa tengah shopping tu pun, bila diurut, yuhaaa!!!!

      @tie,
      memang kedai bukulah tempat melepak yang paling ‘cun’. kalau boleh duduk situ sehari suntuk, ada pulak kerusi osim sambil baca-baca buku, perghhh…’tak ingat!’ (macam iklan yang apa yerk??? ala, yang ada Diana Rafar & Zamarul tu)

      @Kujie,
      isk, isk, isk…..
      itu pun nasib baik sedar…..hehehe 🙂

      @kts,
      nak pinjam???? oh, tidak!!!
      apa kata kalau kita share beli, tapi letak kat rumah kak Long. Sekali sekala, kts dtg la urut-urut….

  2. hmm terkenangkan langkah2 berjimat cermat..hehheheh

    setiap kali rasa lenguh2 badan, kaki kebas dan lenguh2 otak gitew.. langkah terbaik ialah pergi ke kedai Gintel atau Osim di Pasaraya seperti Giant, Tesco, Care4 dll..

    buat2 muka ingin tahu dan banyak duit.. Tanyakan itu dan ini kepada jurujual.. dan akhirnya dapat berbaring secara percuma dengan urutan sempurna oleh beberapa kerusi pengurut berteknologi tinggi lagi terkini! kononnya utk demo dan menjadi pelanggan berpotensi, walhal hehehe.. korang pun tahu kanzzzz!

    apa mcm?! hhehehehe..

    • @mawar merah,
      Terima kasih atas kunjungan balas. Insya Allah, semoga boleh terus bersahabat dan mengukuhkan ukhuwah.

      @maza,
      oooo, gitu rupanya langkah berjimat cermat ya. wah, dah selalu ke buat macam tu?

      bagus juga idea yang maza lontarkan tu. Selama ni, kalau nak berurut setiap bulan, Kak Long g spa atau buat refleksologi dan mengabiskan sen kat sana. Lepas ni, bolehlah kak Long mendapat urutan free di Osim, Gintel dll di pasaraya-pasaraya tu.

      Mana tahu, terjumpa lak maza yang sedang sibuk bertanyakan itu dan ini kepada jurujual untuk mendapat urutan sempurna di sana.hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s