Dia telah pergi

Natrah Hertogh meninggal dunia

Dalam kekalutan dunia menyiarkan pelbagai liputan tentang kematian MJ, Kak Long tersentuh dengan berita bahawa Maria Bertha Hertogh atau dikenali dengan nama Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu. Semasa membaca berita itu, terpanggil  juga untuk menulis tentangnya, namun hanya selepas beberapa hari, barulah tangan ini mempunyai peluang untuk menaip tentang hal tersebut.

Kak Long mula mengikuti kisah Natrah, iaitu tentang seorang anak gadis yang menjadi perebutan antara keluarga angkatnya yang beragama Islam (berasal dari Terengganu) dan juga keluarga kandungnya yang berbangsa Belanda. Kisah perebutan ini jugalah yang telah mencetuskan satu rusuhan yang dinamakan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950 yang turut mengorbankan 18 nyawa dan menyebabkan beratus-ratus orang mengalami kecederaan.

natrahberitaharian

Semenjak dipisahkan daripada suami yang baru dikahwini dan ibu angkatnya, hidup Natrah dikatakan tidak menentu. Dia dikatakan pernah dituduh cuba membunuh suami keduanya dan mengalami tekanan perasaan sehingga beberapa kali dimasukkan ke hospital. Khabarnya, dia berasa tertekan apabila mengetahui bekas suaminya Mansur Adabi di Singapura telah berkahwin lain dan hidup berbahagia. Selain itu, penderitaannya juga adalah kerana selepas dibawa pergi, sepanjang hidupnya, dia dikatakan hanya hidup untuk memenuhi kehendak orang lain. Kasihan….

Membaca riwayat hidupnya selepas bapanya mendapat hak penjagaannya memang amat menyedihkan. Dia dibesarkan penuh kasih sayang dan dididik dengan adat dan budaya Melayu serta agama Islam. Namun selepas mahkamah memutuskan bahawa dia perlu dikembalikan kepada keluarga asalnya yang beragama kristian, dia terpaksa melupakan apa yang dimilikinya selama itu. 

Bila membaca semula rumusan yang dilakukan oleh wartawan yang telah menjejakinya dan pernah membawanya pulang ke Malaysia secara senyap-senyap 10 tahun yang lalu,  banyak yang boleh dipelajari daripada kisah Natrah ini. Menurut laporan, adik angkatnya menyatakan bahawa Natrah masih hafal membaca surah al-Fatihah. Anak bongsunya pula dilaporkan berkata bahawa Natrah telah meninggalkan wasiat agar mendermakan mayatnya untuk tujuan penyelidikan.

Pemergiannya memang mengundang rasa sedih di hati. Walaupun Kak Long hanya mengenalinya melalui tulisan Hartini iaitu wartawan Dewan Masyarakat yang telah menulis tentang Natrah, tetapi memang amat menyedihkan mengetahui dan cuba menyelami perasaannya sejak peristiwa itu hinggalah saat kematiannya kerana menghidap penyakit lukemia itu. Semoga tiada lagi kisah Natrah akan berulang.

 

Advertisements

6 comments on “Dia telah pergi

  1. Kenyakkan generasi sekarang tak kenal atau tak tahu kisah Natrah. Iza pun tahu sikit masa dengar ceramah masa ngaji dulu. Setuju ngan Kak Long, semoga kes2 ni tak berlaku lagi.

    p/s: Kak Long ada masa mai shopping kat Nilai boleh ler melawat Iza sekali hehe 🙂

    • @Iza,
      Memang ramai yang tak tahu. Sebab tu bila tersiarnya berita pemergiannya, penulis kena cerita agak panjang lebar tentang Natrah.

      Ada juga pergi ke Nilai tu tapi lebih kerap ke KLIA. Bulan lepas pun ada pergi sekali ke Nilai. Seronok juga kalau ada teman.

  2. ckLah ingat dulu, ckLah beli beberapa naskah Dewan MAsyarakat sekali semata-mata nak gunting rencana pasal Natrah ni dalam satu keluaran khas. Maklumlah, masa ckLah remaja dulu belum ada media maklumat yang pelbagai seperti sekarang…..kami baca majalah ilmiah dan akhbar saja….

    ckLah masih ingat surat-suratnya untuk bekas mak mertuanya….yang bahasa Melayunya semakin lama semakin ‘LOEPA’….

    • @ckLah,
      Kak Long pun sama juga. Memang mengikuti cerita tu padahal sebelum ni bukanlah pembaca tegar Dewan Masyarakat pun…
      Cerita Natrah tu memang sangat menarik diikuti tapi lepas tu senyap aja sampailah dia dah meninggal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s