Anganku musnah

Hari ni Kak Long nak menulis sikit tentang hati dan perasaan. Kira peribadilah ya. Walaupun ada yang tak teringin nak baca, tapi kalau dah singgah kat sini, terpaksalah juga baca.

nangisgambar daripada Google

Sebenarnya hari ni Kak Long sepatutnya menyiapkan beg pakaian kerana mengikut perancangan, petang esok Kak long akan bertolak ke Padang bola Indonesia. Tiket ni Kak Long dan 3 orang lagi teman-teman dah beli sejak tahun lepas lagi masa ada promosi kat Air Asia.

Walaupun Kak Long dah pernah ke Padang dan Bukit Tinggi, tetapi  masih excited juga nak pergi lagi. Dah rancang nak beli baju dan telekung untuk raya gitu, tapi kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan.

Mula-mula dua orang teman tu beritahu tak dapat pergi sebulan lepas sebab ada hal lain. Jadi dua tiket ‘hangus’ begitu sajalah.  Oleh sebab, kami beli tiket tu masa promosi, maka tiket itu tidak boleh ditukar milik kepada orang lain, kalau tak, boleh juga Kak Long hadiahkan kat mana-mana teman blogger yang sudi menemani Kak Long ke Padang. Kalau nak tukar tarikh atau masa pun, bila disemak, lebih baiklah beli tiket baru. Walaupun dah mula rasa hampa, tapi masih tak berapa kisah. (Bukan Kak Long yang bayar tiket dia orang pun!)

Tapi apakan daya kerana cempedak dah jadi nangka (boleh erk???oooo…sekarang ni kan banyak teknologi!), tiba-tiba  semalam, orang yang menjadi harapan terakhir untuk menemani Kak Long pulak tiba-tiba memberitahu bahawa dia tidak dapat pergi juga kerana ‘on call’.  Uhwa.!!!!!!!

Huh, tak kan nak pergi sendirian tambahan pula dalam keadaan kurang mesra jiran tetangga.

Nampaknya CRK Kak Long yang dah diluluskan kenalah batalkan. Kesimpulannya, duduk diam-diamlah cuti hujung minggu 3 hari nanti, duduk bersimpuh sambil mengelap air mata yang mungkin membasahi sehelai tuala mandi kerana anganku musnah.

“Tiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Hikmah tak jadi pergi Padang mesti ada kan?” Itu ayat  standard nak memujuk hati yang lara.

Advertisements

14 comments on “Anganku musnah

  1. ooo macam tu kisahnya.. huhu Iza pon tak cuti, kalau tak boleh temankan ehehe.

    Memang ada dalam list Bkt Tinggi tu, tapi tak tau lah bila nak pi. Ada kawan (ekceli mereka adalah student Indonesia yg praktikal kat kilang iza ni, dan berkawan baik) kat sana duk sms duk ajak pergi. Tak tau lah bila ada peluang.

  2. oo..macam tu lah kak long kalau beli tiket masa promosi..mcm dulu sy nk ke Bandung…last2 nk bertolak Intan demam….

    Mesti tak best pergi bercuti seorang diri..

  3. elok gak tak pegi… duk umah diam2…

    skrg ni musim selesema BABI… bahaya
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    moral of the story :
    lain kali jgn lupa daku… hiihihi

  4. hehehe…

    sabar jelah kak long…. nanti kita gi ke Bukit Tinggi yea…. tapi kat Bentong Pahang sanun.. bukannya hat di Padang sanun…

    hhehehhehe

  5. Oooo………..

    Tak de rezeki la tu…….

    Tentu ada hikmah disebalik tu, sabor je laa…..

    Lain kali boleh pergi, err….jangan lupa ajak Tie sekali, ekk! :mrgreen:

    • Maaf teman-teman,
      Kak Long tak dapat membalas komen yang diberikan lebih awal kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

      @iza,
      Sebenarnya seronok juga pergi Padang dan Bukit Tinggi tu, banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi. Cam tu, nanti jomlah kita pergi ya! hehehe…

      @Kujie,
      Memang berisiko beli tiket masa promosi. Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi. Kak Long beli masa akhir tahun lepas, masih mahal. Masa promosi awal bulan Julai baru2 ni lebih murah sebab dah tak ada yuran pengurusan dan caj bahan api tu.

      @ckLah,
      Terima kasihlah sudi singgah. Bila baca komen kawan-kawan, tak jadi nak sedih. uhwa!!!

      @juliet,
      memang komen yang sangat bernas, belajar dengan Adlin Ahmad Ramli ke?? Wakakaka..

      @kts,
      memang elok, sangat elok…
      selsema yang itew sungguh menakutkan.
      ….
      memang bahaya,
      sebab tu kak long tak ajak kts., bahaya…. isk!isk!

      @maza,
      hehe…
      Kak long dah pergi cuti sekolah ari tu kat sanun. Tapi kalau maza nak ajak pergi, Kak Long okay je.
      Kak Long suka, Kak Long suka!
      Bila kita nak pergi???
      Syyyyyhhh….jangan bagitau Kujie ngan Tie, nanti dia nak ikut jugak…

      @ckLah,
      Terima kasih, lepas je baca celahan ckLah, Kak Long terus cari video tu. Dah tengok ketiga-tiga bahagian tu.

      @Bunga rampai,
      Tak sedih lagi dah. Angan-angan yang dah musnah tu akan digantikan dengan anganan yang lebih indah. hehehe..

      @Kak Long Zue,
      Kalau cam tu, nanti kita buat rombongan blogger lak pergi Padang ya Kak Long Zue. Kak Long dah pergi dua kali sebenarnya, tapi yang kali ni, rancang nak pergi beberapa tempat yang tak sempat pergi ari tu.

      @Tie,
      Haah, itulah yang Kak Long cakap pada diri sendiri untuk memujuk hati yang rawan. Chey wah!

      @kenari,
      Jom, jom, nanti kak long sponsor, tapi bayar masing-masing. Hahaha..

  6. erk! malangnya terpaksa lah berputus harapan lagi.. huhuu

    kononnya nak pergi hujung minggu ni.. tapi destinasinya telah berubah.. dari Bukit Tinggi ke Tg. Malim pula..

    huhuhu.. harap2 boleh singgah ke Gua Tempurung, atau mandi di Hot Spring Sungkai…

    paling tidak pun, huhuhu harap2 kuda maza bernama cik silvy itu dapat memanaskan badannya,.. dah lama benar tertambat kat bawah rumah…takut la dia sakit2 badan nanti..

    huhhu

  7. Pingback: Lost In The Air….Cuti oh cuti – Bahagian Satu « Mawar Merah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s