Pengembaraan telah bermula…Cuti-cuti Malaysia Bahagian 2

Dalam entri lalu, Kak Long telah menceritakan tentang perjalanan untuk memulakan percutian, dan inilah sambungan pengembaraan itu……

Selepas bas memulakan perjalanan semula, Kak Long cuba juga melelapkan mata, tetapi tak mahu lena. Kak Long memang tak boleh membaca dalam bas yang sedang bergerak, biarpun ada novel yang dibawa sebagai bekalan untuk dibaca sementara menunggu bas bergerak. Seronok juga pengembaraan semasa sinar matahari masih ada kerana sepanjang perjalanan, banyak yang boleh diamati dan dihayati.

ldgbikam

banjaran
tolspulai

Sampai di Plaza Tol Simpang Pulai, bas bergerak keluar dari lebuh raya menuju ke Bandaraya Ipoh.

Selepas menurunkan penumpang di Perhentian Bas Ipoh, bermula lagi adegan yang ‘tak tercapai akalku.’ Mana tidaknya, kata bas ekspress…tapi seperti yang Kak Long katakan, memang betul-betul suprise sebab dalam perjalanan daripada Ipoh ke Lumut, pemandu bas berhenti di merata-merata tempat di sepanjang jalan dari Ipoh hingga ke Setiawan untuk mengambil penumpang.

Sakit jiwa betul……….Hiksss, masa ni kalau masa bisa diundur kembali, Kak Long fikir lebih baik Kak Long memandu sahaja.  Perut pula dah mula berkeroncong sebab dah hampir lima jam dalam bas. Dah lah masa bas berhenti sebelum tu Kak Long tak makan. Macam mana nak makan kat tempat yang bas tu berhenti……..rasa kembang tekak dibuatnya.

Akhirnya bas sampai di Lumut. (Hehehe Cik Iza Si Bentang Kecil, tekaanmu hampir tepat!)  Pastilah dah ada yang menanti di sana. Kak Long dan rombongan pun menuju ke hotel yang telah ditempah sebaik sahaja percutian yang itu dibatalkan.

ptdamai

Resort yang menjadi destinasi kami ini terletak berbelas kilometer daripada Pekan Lumut. Ia terletak di Jalan Damai Laut off Jalan Teluk Senangin. Jalan besar daripada simpang ke resort ini ini juga merupakan jalan menuju ke Taiping melalui Pantai Remis. Resort ini memang letaknya agak terpencil, namun pemandangan dan suasananya memang menyenangkan. Kalau sesiapa yang rajin main golf tu, bolehlah datang sini sebab padang golfnya memang agak menarik. Ada banyak lagi aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di sini.

kolammandi

Ramai lagi yang akan tiba malam itu. Sementara menanti ketibaan yang lain-lain,  Kak Long pun bermandi-manda di kolam renang pada sebelah petang.

psssttt :  Kita minum dulu………….

 

Advertisements

8 comments on “Pengembaraan telah bermula…Cuti-cuti Malaysia Bahagian 2

  1. wooo .. holiday di Pangkor..

    maza tahun lepas baru jerk pergi kat sana…. pergi satu family. tido semalam. huhuhu

    best gak ler Pangkor ni.. Airnyer tenang, relaks, tak lah hectic ….

    kira elok utk relaxing lah.. hehehe

  2. >>>>
    @opah
    terima kasih opah.
    seronok semasa di Perak.

    >>>>>>>
    @joe
    alhamdulillah, segalanya selamat.
    dan terima kasih

    >>>>>>>
    @maza
    hohoho,
    kak long bercuti di seberang sini, tak bermalam di seberang sinun.

    Dua tahun lepas ada cuti di Pangkor dengan keluarga. Kali ni cuma pergi balik hari aja. Pangkor memang best dan seronok juga kalau ke pulau yang berdekatan untuk snorkelling walaupun tak sehebat sipadan, kan!

    pantai di damai laut tu kira okay jugalah.

  3. eheheh dekat jugalah lumut dgn kg kak zue ..dalam 1 jam perjalanan tapi tak pernah lagi bercuti di damai laut tu…ehehe lalu lalang jer masa nak ke taiping atau keluar hiway nak penang 🙂

    • errr…kampung dekat dgn lumut ni mesti selalu dapat bekalan ikan bilis yang baru ya.
      Damai laut ni ke dalam sikit. Jadi, mungkin ramai yang lebih suka bercuti di pangkor lagi agaknya. kalau bercuti ramai-ramai di damai laut tu seronoklah.

  4. @iza,
    ha..ha…..memang hampir tepat. Nak hadiah lima puluh sen tu.
    Meh cepat2…..nah ambil cepat hadiahmu itu… lima puloh sen!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s