Episod terakhir

Cerita cuti Kak Long masih belum habis. Masih bersambung. Layan sajalah……….

Pada hari Ke-2 cuti, Kak Long dan ahli rombongan Kak Long berada di hotel pada sebelah pagi. Selepas sarapan, kami mandi manda lagi di kolam. Dengan adanya 5 orang hero kecil dalam rombongan kami, suasana di kolam renang memang meriah. Walaupun ada orang lain di sana, tetapi hero kecil yang ada bersama itu memang riuh daripada yang lain.

Pada sebelah petang, kami mengambil keputusan untuk ke Taiping. Kami mengunjungi seoang sahabat di sana. Dalam perjalanan melalui Pantai Remis, teruja juga melihat banyaknya kawasan menjual ikan segar. Ketika hampir sampai di Cangkat Jering, berhenti pula di gerai yang menjual buah-buahan tempatan. Sempat juga membeli buah cempedak. Nak beli buah durian, tapi tak begitu banyak.

cempedak

pttaipinglebuhraya

taiping

Selepas berada di rumah sahabat buat beberapa ketika, kami berangkat ke Zoo Taiping selepas maghrib. Dengar cerita tentang Night Safari salah satu sebab kami ke Bandar Taiping. Semasa membeli tiket, kami ditanya asal kami. dan ditanya ada tak ahli rombongan kami merupakan orang Taiping. Rupanya orang Taiping diberi potongan harga sebanyak 30% dengan syarat alamat kat IC memang alamat Taiping. Rugi pulak tak bawa orang Taiping bersama. Lain kali, siapa yang nak melawat Zoo Taiping, jangan lupa angkut orang Taiping bersama ya.

zoo

gajah

Lepas selesai mengeliling kawasan ‘night safari’ menaiki kenderaan yang disediakan untuk pengunjung di situ, kami diberitahu boleh juga kalau nak teruskan lagi lawatan, boleh jalan kaki pula. Malas pula nak jalan dalam gelap dan agak seram lalu terbayangkan macam-macam, jadi kami pun cuma melihat dari jauh sajalah.

Pada pendapat peribadi Kak Long, melawat zoo pada waktu siang lebih menyeronokkan. Walaupun ada haiwan tertentu yang aktif pada waktu malam, keadaan yang gelap dan kedudukan haiwan tersebut yang agak jauh menyebabkan agak sukar nak berhai-hai, bye-bye dengan haiwan tersebut.

Pulang dari Taiping kami singgah makan sebuah restoran yang terkenal dengan udang lipan di Pantai Remis. Dah lewat malam tapi kami semua lapar sebab belum makan malam. Kak Long pekena Mi Udang manakala yang lain makan nasi dengan lauk antaranya, udang lipan masak bara, tom yam, sup ketam, ikan masak tiga rasa dan yang ketam masak butter yang memang sedap. Ingatkan dah tengah malam, tak adalah selera sangat nak makan, tapi rupa-rupanya masing-masing bertambah. Hehehe…

Image108

Keesokan harinya, kami berkunjung ke Pulau Pangkor. Rasa tak sah lah pulak dah sampai Lumut tak menjengok Pulau Pangkor. Kami pergi seharian sahaja. Sebenarnya taklah beriya sangat nak pergi sebab dah banyak kali jugalah ke Pulau Pangkor sebelum ini.  Jadi, cuma menghabiskan masa beberapa jam di sana dengan aktiviti keliling pulau dan  membeli-belah sedikit cenderahati dan  ikan bilis.  

pantaipangkor

Keesoakan harinya, acara pagi ialah mandi-manda di kolam renang dan kami check-out tepat pukul 12 tengahari untuk mengakhiri kali ini. 

pdggolf

Sebelum meninggalkan damai Laut, sempat jugalah menghalakan muncung kamera tu di kawasan anjung tinjau di sana. Selamat Tinggal Damai Laut. Selamat Tinggal Perak. Insya Allah, nanti Kak Long datang lagi……………………………….

Advertisements

8 comments on “Episod terakhir

  1. amboiiii… cuti sakan nampak!!!
    .
    .
    .
    .

    masa nite safari tu, tak jumpa ke benda lain selain binatang2… errrr hiiiii hiiiii hiiiii…
    benda yg bergayut2 ke?? errrr… bukan monyet… errr… apa2 aje laaaa…

  2. wah! cikgu.. lepas ni karang tak susah agaknya nak buat karangan, Cuti Sekolah Saya…

    wakakaka

    tapi apa2 hal pun banyak lagi di negara kita ini sendiri yg tak pernah kita terokai kanzz..

    jom zoom malaysia, malaysia syok!

    heheehhe

  3. @kts…
    errr….cuti-cuti Malaysia
    masa kat nite safari tu, memang tak nampak benda-benda yang bergayut ke dll…
    errr……..benda tu kalau orang ramai-ramai, dia berani keluar ke?
    lagi pun dia dah keluar dalam entri pokcik maza, jadi, takkan dia nak kacau daun lagi dalam night safari Kak Long.

    @maza…
    perghhh….kalau Kak Long ambil spm, dan ada pulak soalan ni keluar dalam karangan spm, ada harapan dapat 1A agaknya.

    betoilah Maza, kat Malaysia memang masih banyak tempat menarik untuk dilawati. Jom kita zoom Malaysia.

    @iza,
    sedap ooo mee udang tu. macam tak cukup je sepinggan. Nak tambah, malu ah!
    Itu yang best bila melancong kat negara sendiri, makan tak ada masalah .

  4. Kak Long tau….raya baru ni, kami sekeluarga, adik anak beranak mak ayah…dlm 3 kereta p zoo taiping..hahaha..bayangkan dgn berbaju raya..mcm lawat sedara mara le pula…sebenarnya kebetulan pergi beraya rumah sedara mara dekat2 situ….singgah le..

    • Mesti penghuni Zoo Taiping tu seronok tengok ada orang ziarah mereka pada hari raya tu ya Jie. hahaha..
      Ada tak yang mintak duit raya? 🙂

  5. sekrang ni kempen SYOKNYA MALAYSIA lah kak long.. huhuhu

    belum abis lagi zoom msia, dah buat syoknya msia….huhuhu. tah apa2 tah kanzzz kak long kanzzzz

    • maza,
      Sudah tukar ka?
      iskkkk….tak pekanya daku!
      Tu le padahnya banyak sangat iklan nak diberi perhatian.
      Apapun nama kempen tu, targetnya tetap sama.
      Cuma dia orang saje ubah nama tu nak tambah glamour aje kan, kan, kan!
      alasan le tu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s