Meredakan relung hati

Tiada siapa yang dapat menyembuhkan perasaan kita melainkan diri kita sendiri tetapi adalah terlalu sukar untuk menyembuhkannya sendirian. Kebanyakan kita memerlukan pendengar, memerlukan seseorang yang menghargai dan memerlukan bimbingan atau sokongan. Ada masanya kita mempunyai peta sebagai panduan untuk meneruskan sesuatu perjalanan, namun masih lagi kita tidak mampu melihat jalan yang manakah perlu kita ambil. Sahabat sejati dan keyakinan diri boleh menjadi cermin diri dalam meneruskan perjalanan.

redrose
Dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa-ria, berkongsi kebahagiaan. Kerana dalam titi-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar hari dan ghairah segar kehidupan – Khalil Gibran

Sebuah puisi di bulan Julai

Engkau tahukah
Keterpaksaan atau kerelaan
Menyambut bukan pada waktunya
Jauh benar engkau berkunjung
Waktu pintu telah kututup
Engkau ketuk jendela kaca sambung menyambung
Bunyinya bergema
Ruang tamuku turut bergegar
Paling tidak kupejamkan mata
Tapi tidak pula kutulikan telinga

Kak Long: Seperti beremosi pula dinihari ini, namun sekadar meredakan diri yang sesak dengan pelbagai tugasan sepanjang Julai yang hectic.

Advertisements

12 comments on “Meredakan relung hati

  1. buat apa kau pejamkan mata
    jika maseh membuka telinga
    kerana bunyinya maseh bergema
    untuk menyambut kedatangan

  2. Camat malam Kak Long.. Pagi tadi Iza dah mai singgah tapi tak terkata apa2 sebab mendalam sangat puisi tuuu đŸ˜‰
    Ramai yang sibuk di Julai ini yer…sama lah kita.

    • Selamat Malam Iza,
      Hehehe…bukan apa-apa pun sekadar melontarkan sesuatu yang bersarang di hati.
      Mungkin masing-masing nak memastikan sebelum Ramadhan semua kerja boleh diselesaikan, macamlah bila bulan puasa tu tak boleh buat apa2.
      Tapi ambil yang positif sajalah,
      …….misalnya nak bagi peluang banyakkan amalan dalam bulan Ramadhan dengan mengurangkan sedikit aktiviti keduniaan.

      ….
      ….
      ….
      Selamat datang ke blog Kak Long
      Terima kasih atas kunjungan balas.
      Insya Allah, kecil tapak tangan, adang sekolah kutadahkan. hehehe….
      ….


      Pakcikli00,
      Saya hanya pejamkan mata supaya mata hati saya boleh mentafsir bunyi yang bergema.
      Terima kasih atas teguran.
      Saya ni budak baru belajar,
      banyak yang tak tahu…
      dan daripada teman-teman yang berkunjung,
      tentu sahaja ramai yang bijak pandai dan semoga ada yang mampu dan mahu berkongsi ilmu dan pengetahuan itu dengan saya.

    • @jard,
      bila suara jiwa telah terlontar,
      air berkocak menjadi tenang.
      sesekali nak layan gak relung jiwa nih.

      @maza,
      Kak Long tak minum teh lah. Tapi kalau kat kopitiam, sure banyak kopi, huhuhu….bila nak mengopi tu? Jom!

  3. salam kak long, huhu.. terkadang di saat hati sedang terluka, memang jiwa terasa kosong.. mudah benar tersentuh hati ini.. tapi bila teman2 datang memberi kata2 semangat, terasa kuat semula.. terasa gagah semula untuk berdiri..

  4. mmg susah nk menyembuhkan diri senirik..mesti nak kene ade org dgr luahan..tp jgn marah org tu kalo ape yg kite luahkan ade bad effect..kite bertanggungjwb atas diri senirikkan..senang2..luahkan kt blog…hiks..

  5. Salam Kak Long,
    Sebagai membalas kunjungan kak Long…ek eh ada gak mawar merah kat sini..hehehe..
    Sedap puisi tu ada makna tersirat. Hmm…saya yang single nih lagi ler kekadg nak gak share something ngan seseorang…tapi alhamdulillah, saya ana best friend yg sudi dengar keluhan hati saya…at least bila keluarkan apa yang terbuku, saya rasa lega….

    • @nurdaniella,
      salam,
      selamat berkunjung buat nur dan semua.
      ada masa memang hati mudah tersentuh,
      dan memang teman-teman yang datang amat dihargai kerana hadirnya mereka seringkali menceriakan dengan pelbagai telatah.
      tak sempat nak sedih, dah riang-ria pula.
      …..
      …..
      @kriez,
      ada masa meluahkan itu baik, tapi ada masa ia boleh memakan diri sendiri.
      betul tu, kita tak boleh marah jika orang tak dapat memahami apa yang kita rasakan dengan sebenarnya kerana hanya kita yang mengalaminya.
      ….
      ….
      @mawar,
      salam…
      mawar merah berkunjung ke laman kak long mawar merah gitu…
      bertuah bila ada teman yang sudi mendengar luahan hati kita yang sesekali bercelaru.
      semoga persahabatan kekal begitu.
      ….
      ….
      @en_me,
      sesekali ghiteww…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s