Anugerah Kecemerlangan

Hari Sabtu lepas, selesailah sudah satu lagi program kemuncak di sekolah Kak Long. Oleh sebab program ini memerlukan Kak Long melibatkan diri secara langsung, sejak sebulan lepas kami telah bertungkus-lumus membuat persediaan. Nak menjemput pun satu hal. Tambahan pula ada orang penting yang datang. Kenalah buat follow-up beberapa kali. Sebenarnya, memang tak begitu gemar betul nak berurusan dengan orang besar-besar ni, maklumlah Kak Long ni orang kecil je. Jadi, terima kasih banyak-banyak  kepada teman-teman yang sanggup membantu untuk menjayakan program yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa ini.

P7060461

Sejak awal pagi, berbondong-bondong tetamu yang hadir. Sambutan pun di luar jangkaan. Maka, kami terpaksa pula menelefon pembekal makanan untuk menambah lauk-pauk untuk jamuan yang diadakan seusai acara penyampaian hadiah.  Nasib baik segalanya dapat diuruskan dengan sempurna.  Gembira sungguh kerana kehadiran tetamu yang ramai juga salah satu petunjuk  kejayaan program yang dianjurkan.

P7060462

Semasa melihat pelajar yang berjaya naik ke pentas untuk menerima hadiah, dapat dilihat terpancarnya cahaya kegembiraan di wajah ibu bapa mereka. Siapa yang tak bangga melihat anak mereka berjaya. Dan sebagai guru juga, pasti berbangga dengan kejayaan yang meeka capai itu. Sewaktu mereka datang mencari kami para guru yang mengajar, aduhai…memang rasa terharu juga mendengar ucapan terima kasih yang diberikan. Tambah semangat untuk terus mendidik anak bangsa rasanya.

Bercerita tentang Hari Anugerah Kecemerlangan,  selepas upacara penyampaian hadiah, kami juga mengadakan perjumpaan ibu bapa. Tergambar jelas betapa besarnya harapan ibu dan bapa untuk melihat kejayaan anak-anak. Terasa jauh menusuk di lubuk hati, terkenang pula zaman dulu-dulu, masa Kak Long bersekolah pun gitulah gamaknya bonda dan ayahanda.  Tingginya harapan untuk melihat kejayaan anak-anak. Hati kecil Kak Long turut bersemangat ingin sekali membantu merealisasikan harapan tersebut, Insya Allah. Pertemuan sebegini memang baik kerana selain  ibu bapa dapat menanyakan perkembangan anak-anak dan meluahkan perasaan terhadap apa yang dirasai mereka, dapat juga membantu para guru lebih memahami latar pelajar dengan lebih dekat. Mana tahu, semua itu dapat membantu mencari pendekatan yang lebih sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran nanti.

p/s   Doakan Kak Long dan teman-teman dapat menjalankan tugas kami sebagai pendidik dengan sebaik mungkin untuk membantu melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang ya.

Advertisements

10 comments on “Anugerah Kecemerlangan

  1. kak long, mendidik satu pekerjaan yang mulia. bukan senang nak menjayakan satu2 majlis dengan meriah dan menjadi… apapun mudahan kak long berjaya dalam setiap tugasan. anak perempuan zan bercita2 nak jadi guru… bila ditanya guru apa yang diminatnya…jawapannya… agama atau b. malaysia…. zan tanya juga jadilah guru b inggeris… menung pula dia.

    dia jadikan guru2 yang dia sayang – inspirasi untuk menjadi guru

    • @ ckLah,
      Baru tau?!!! ??
      Tak terbaca posting Kak Long pasal sekolah agaknya ya?
      hehehe…kita serupa, kita serupa (nyanyi ikut pitching yang betul okay!)
      Jom tanamkan tekad, biar sampai pencen jadi cikgu kecil asalkan jiwa kita tetap membesar dan sihat!
      …….
      ……..
      @Tie,
      Meriah Tie, siap macam majlis sambut menantu pun ada..hehehe..
      Iyalah Tie, seronok kerja dengan kumpulan tu.
      Tak banyak cerita, tapi segalanya siap tepat pada masanya.
      …..
      …..
      ……
      @Izan,
      Terima kasih atas doa tu.
      Semua kerjaya punya cabarannya tersendiri.
      Hmm, anak perempuan izan nak jadi guru rupanya..
      Semoga berjaya dalam cita-citanya.
      Zaman sekarang, ada juga golongan yang sebenarnya tak minat dan tak nak jadi guru tetapi menjadi guru kerana tak ada pilihan lain.
      Biasanya kalau jadi guru kerana memang kehendak sendiri dan bukan kerana terpaksa, dia akan buat sebaik mungkin.
      Tapi ada juga segelintir yang mencacatkan imej bidang ini kerana hati dan jiwanya bukan di sini.

  2. Salam…
    Kami tak boleh buat tahun lepas sebab keputusan SPM hanya diumumkan pada bulan Mac tahun berikutnya. Jadi kami akan sekalikan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan Peperiksaan Semester Satu.

  3. Oh…patutlah lewat…
    btul gak tu…kalau buat awal macamana nak dsekalikan dengan bebudak SPM…
    biar lewat kan…janji merangkumi semuanya…

    • @eyna,
      Memang itulah objektifnya Hari Anugerah Kecemerlangan tu diadakan selepas pertengahan tahun.
      Sambil berikan anugerah buat pelajar SPM, kami juga berikan anugerah untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 berdasarkan keputusan peperiksaan semester 1.

  4. di hari anugrah kecermelangan
    banyaklah orang datang ke sekolah
    kelihatan kak Long keriangan
    bagai sekuntum mawar merah.

    terima kaseh.

    • Ada pantun ye pakcikli?

      Sekuntum mawar menghiasi taman,
      Warna berseri harum menyerlah;
      Di dalam hati mengucap kesyukuran,
      Semoga segalanya diberkati Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s