Coffee or tea?

Membuka kotak email, saya menemui maklumat yang dihantarkan oleh seseorang kepada saya iaitu cerita tentang teh.

teh

Teh memang merupakan minuman popular bagi kita. Kalau tidak, takkanlah ramai yang suka ‘mengeteh’  (haha, siapa tu yang ajak Kak Long pergi ‘mengeteh’) tak kiralah sama ada di rumah atau di warung-warung, restoran-restoran, hotel-hotel  atau di mana-mana saja lah.

Semasa bersarapan, atau selepas menikmati hidangan atau dalam setiap jamuan, seringkali kita ditanya dengan soalan berikut:-
“Coffee or tea?”

Kopi dan teh merupakan minuman popular bukan sahaja kerana keenakannya malahan juga kerana khasiat yang terdapat pada kedua-duanya yang tidak terdapat pada minuman lain.  Namun hari ini, Kak Long nak berkongsi serba sedikit tentang khasiat teh yang telah Kak Long baca dalam kiriman e-mail yang Kak Long nyatakan tadi.

Mari kita lihat, apakah fakta tentang teh yang telah lama menjadi bahan popular dalam kehidupan seharian kita ini:-

  • Teh dikatakan mula digunakan di China   sejak kurun ke-10 sebelum Masehi dan sejak awal lagi digunakan sebagai bahan dalam ubat-ubatan.
  • Lebih 700 jenis bahan kimia terdapat dalam teh dan kebanyakannya mempunyai hubung kait dengan sumber kesihatan tubuh badan manusia.

Selepas membaca khasiat dan kelebihan teh, Kak Long kena berazam untuk sukakan teh kerana dalam banyak-banyak minuman, teh lah satu-satunya minuman yang tak akan saya minum. Bukan tak cuba nak minum, tapi entah kenapa, tekak ni mengada-ngada tak mahu terima air teh ni kecuali air teh bunga.

Antara kelebihan teh ialah:

  • merupakan satu minuman yang mempunyai sumber antioksida yang tinggi (yang dikenali sebagai polyphenols atau flavonoids). Polyphenois inilah yang bertindak untuk mengesan sel-sel perosak yang mempunyai kaitan dengan penyebab kanser atau arteri tersumbat.
  • mengandungi fluorida (ahakss….yang ada dalam ubat gigi tu lah) dalam jumlah yang sama dengan air berflorida. Oleh sebab fluorida ni penting untuk menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi, maka dengan minum air teh, maka dapat menghalang pertumbuhan kaviti. (Lepas ni boleh kurangkan penggunaan colgate ke?hahaha…)
  • berupaya melambatkan proses penuaan. (Oh, lepas ni kena juga minum teh ni!)
  • mempunyai flavonoids yang membuatkan teh mampu membina dan menguatkan otot.
  • mengandungi antioksida yang berupaya menentang alergi.
  • sumber terbaik menentang serangan barah.
  • mengandungi flavonoids (yang ditemui dalam teh hijau) mampu mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Wow, pastinya berita baik untuk mereka yang hendak mengurangkan kalori kan!

Hmmm……banyak juga khasiat teh ni. Rugi betul Kak Long ya sebab selama ini tak minum kopi. 

Jadi apa lagi yang dinanti. Cepatlah pergi buat air teh! “Mari secawan!”

Advertisements

14 comments on “Coffee or tea?

  1. iza boleh dikatakan peng-gian-kopi. tiap hari minum kopi, tak kisah lah segera atau tak segera… tapi teh pon mnum jugak terutama teh tarik 😀 pekena dengan roti canai..waa syok tu…
    jom ngopi kak long 😀
    Salam dari Brunei 🙂

  2. Kak tie memang lebih suka minum teh dari kopi. Khasiatnya pun banyak. Terutama bila cirit birit, minum je teh-o pekat, ekekekeke…….

  3. @iza,
    Kalau tak silap, kafein dalam kopi tu boleh buat kita cergas,
    sebab itulah agaknya orang minum kopi untuk mencelikkan biji mata.
    kalau ajak ngopi, Kak Long bolehlah join iza.
    Kalau ajak mengeteh, boleh juga, tapi tukang tengok….
    (iskkk masih dalam proses mencuba minum teh)

    psssttt….ehem……..kat Brunei ya.
    Kak Long last sekali g brunei tahun 2003.
    p/s kirim salam kat kekanda sultan ?? iskk,iskk,iskk….jangan bagitau KTS tau!

    ….
    ….
    @julietcun
    Teh ni ada macam-macam jenis teh.
    Antaranya teh hijau dan teh hitam.
    Yang pekat semacam kat kedai tu teh hitam agaknya!


    @nurdaniella,
    wah, nur dah ada testimoni yang bagus tu!
    bagus, minum lagi, minum lagi……


    @Tie,
    Memang salah satu khasiat teh yang saya lupa nak tulis tu!
    Nasib baik Kak Tie ingatkan. 🙂

    ….
    @ ckLah,
    bagus sungguh cadanganmu itu.
    kita ngeteh sambil melawat teman-teman di alam maya….

  4. maza memang sukakan teh dari kopi!

    tapi akhir2 ini kenalah kurangkan minum teh atau pun kopi. huhuhuhu
    tapi kena lebihkan minum sirap ubat batuk lah pulak!

    uwakkkkk

    • @maza,
      okay apa, sirap ubat batuk tu….
      rupa dia macam kopi, rasa dia macam teh.
      wakaka…..

      p/s jangan malas makan ubat tau…

  5. teh memang membuang toksid… tapi saya hari2 suka minum kopi….. teh yg menjadi amalan saya teh org kg…… syyy…hihi

    dh lama juga tak pekena teh ni…. jom. 🙂

    • @razifembi,
      dua-dua pun sedap,
      Kak Long lebih suka kopi yang panas dan berasap tu.
      Errr teh, masih belum berjaya menyukainya semua jenis teh.
      Teh bunga, hmmm yang sejuk tu agak sedap.

  6. Asalamualaikumna,

    kak Long, kopi saya tak suka,panas apatah lagi kopi cap mak janda tu lagi panas campur air batu pun maseh panas lagi, berpeeeeeeeeeeluh. Teh saya suka tapi leeeeeetih. Yang paling saya suka susu. Izinkan saya menitipkan serangkap pantun mengenai susu.

    kurang gula di tambah susu
    kurang susu ditambah gula
    jikalau diturut hawa nafsu
    jikalau tak mati separuh gila

    sedap tak kak Long, bukan susunya maksud saya pantunnya.
    kak Long sudah pernahkah melayari blog saya ? Kalau belum sudi sudikan, saya ni melangani blog kak Long.

    Salam hangat buat kak Long dan mereka yang melayari halaman blog ini

    Terima kaseh.

    • @pakcikli00,
      Wah, banyak pantun pakcikli00 ya.
      Mesti pakcikli00 ni kreatif kerana dapat mengutarakan pendapat melalui sesuatu yang tersirat.
      Saya ada melayari blog pakcikli00.
      Saya suka juga pantun, seloka, syair dan gurindam.
      Saya cuba juga berpuisi dan saya paling suka pantun walaupun saya taklah pandai berpantun pun.
      Cuma saya selalu selitkan serangkap dua pantun dalam teks pengacaraan jika saya ditugaskan menjadi pengerusi majlis.

      Terima kasih melangani blog saya yang tidak seberapa ini.
      Hanya sedikit catatan pengalaman harian yang peroleh daripada kehidupan dan pembacaan.
      Saya harap dapat berkongsi sedikit sebanyak dengan sesiapa yang sudi melayari blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s