Beribu langkah berlari

Pada hari ini,  sekolah Kak Long telah menganjurkan satu program yang dinamakan “ANDA BIJAK JAUHI ZINA.”

Program ini telah diadakan kerana dirasakan perlu bagi mengingatkan para pelajar yang masih muda remaja ini daripada terjebak dengan sesuatu yang boleh merugikan mereka di dunia dan di akhirat. Berdasarkan kepada maklumat yang disampaikan oleh penceramah, gejala seksual yang melibatkan remaja di Malaysia antaranya terdiri daripada masalah penzinaan yang melibatkan remaja seawal usia 9 dan 10 tahun. Malahan ada juga remaja yang terlibat dengan gejala pelacuran yang melibatkan remaja berusaia antara 15 hingga 17 tahun. Sungguh menyedihkan bila mengetahui bahawa ada yang telah terlibat sejak berusia 12 hingga 14 tahun.

Dalam program ini, pelajar didedahkan tentang akibat yang perlu ditanggung kerana terlibat dalam perbuatan yang tidak bermoral ini. Melalui ceramah dan tayangan video klip, para pelajar didedahkan kenapa mereka dianggap bijak jika dapat menjauhi perbuatan zina. Seusai ceramah dan tayangan video, pelajar melafazkan ikrar dan tekad untuk menjauhi perbuatan tersebut.

Program seumpama ini dirasakan perlu kerana menyedari telah ramai pelajar yang terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat. Syukurlah kerana setakat ini di sekolah kami masih belum ada kes  seumpama ini dilaporkan, namun di mana-manapun,  banyak perkara yang pada mulanya dilakukan untuk memenuhi naluri ingin tahu remaja  telah menyebabkan mereka terjerumus ke lembah yang hina ini. Seringkali kita dengar ada antaranya yang terlalu mudah menyerahkan tubuh dengan alasan membuktikan cinta. Masalah pembuangan anak dan penemuan kes pelajar melahirkan anak di dalam tandas antara masalah yang berlanjutan daripada keterlibatan pelajar dalam perbuatan yang tidak sewajarnya berlaku. Oleh hal demikian, pihak sekolah berasakan wajar mencegah sebelum parah. Semoga program ini dapat memberi pendedahan tentang betapa perlunya menjauhi perbuatan zina. Alangkah baiknya, dengan satu langkah yang cuba dilakukan oleh pihak sekolah ini, beribu langkah mereka berlari menjauhi perbuatan yang keji dan mungkar…

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk
(yang membawa kerosakan)”

Surah Al Israa: ayat 32

Dalam zaman sekarang, para remaja mudah terjerumus dalam perkara-perkara yang dilarang ini. Program ini mengingatkan mereka bahawa:

“It is OK to WAIT!!!”
SAVE sex for MARRIAGE!!

Note: SAVE, Not SAFE!”

Kata renungan…….

“Orang cerdik dan berilmu yang tidak mampu mengawal nafsu jauh lebih bahaya kepada masyarakatnya dari seorang yang jahil.”

Advertisements

7 comments on “Beribu langkah berlari

  1. salam kak long..bagusla xtvti yg skolah kak long anjurkan tuh..kak long cekgu eh??kan pepatah ada ckp lebey baek cegah dri mrawat tol x cekgu kan??kan??

    • @anaklaut,
      salam….
      terima kasih kunjungan balas.
      semoga akan banyak lagi kenangan terindah hadir dalam hidup anaklaut.
      …..
      …..
      @mimie,
      salam…
      haah, lebih baik mencegah daripada mengubati kerana sekali terjebak buruk padahnya.
      ….
      ….
      @jard,
      prinsip yang senang,
      tapi nak bagi faham kat pelajar-pelajar ni kadangkala tak senang.

  2. Asalamualaikum

    Sebagai seorang guru bagaimana penilaian kak Long terhadap halaman blog dukun asmara yang saya gubah untuk pendidika sex dengan mengunakan madah selaoka untok menyatakan rahsia yang tersurat dan tersirat. Saya bersedia menerima kritikan kak Long dengan hati yang terbuka. terima kaseh.

    salam hangat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s