Ah ngerinya, mereka kini menghampiri…

Pagi ini selepas Kak Long menyediakan sarapan pagi, dengan ditemani hujan yang kadang-kala lebat, Kak Long menuju ke sekolah untuk menjayakan program yang diatur untuk persediaan peperiksaan yang semakin hampir. Pagi ini, Kak Long ditugaskan menjadi pengerusi majlis lagi, justeru perlulah sampai lebih awal. Takkan nak biarkan penceramah yang datang awal daripada Kak Long, nanti disuruhnya Kak Long yang beri ceramah,tentu melopong!

Iskk, Iskk…bulan ni memang paling heatic, empat minggu berturut-turut kami kena ada di sekolah pada hari Sabtu. Syhhh….jangan beritau KPPK, nanti dia suruh kami mengadu, sian pulak pentadbir sekolah kami kena soal siasat. Walaupun terasa letih juga bertugas 6 hari seminggu, tapi kalau kita orang mengungkit dan mengumpat, sia-sia aja buat kerja, nanti tak berkat.

Malam semalam, Kak Long sewaktu menemani seseorang ke klinik, doktor yang merawat memberi tahu yang kemungkinan sekolah Kak Long masuk senarai sekolah yang bakal ditutup seminggu kerana kes H1N1. Menurutnya dua orang pelajar didapati mempunyai simptom dihinggapi virus yang sedang menular itu. Walang sungguh hati Kak Long dibuatnya. Segera Kak Long menelefon beberapa orang teman dan bertanyakan hal ini terutama warden asrama yang pastinya akan menerima berita lebih awal. Namun Kak Long diberitahu arahan sekolah ditutup masih belum dikeluarkan kerana menanti pengesahan tentang kesahihan sama ada pelajar itu memang telah dijangkiti.

Selesai acara, Kak Long menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan oleh salah seorang bapa saudara Kak Long. Kemudian, terus bergegas untuk membeli barangan yang dipesan oleh adinda Kak Long. Memang nak kena budak tu, tak bolehlah nak tengok kekanda dia ni bersantai-santai di tepi pantai. hehehe….

Dan ketika menulis entri ini, Kak Long baru sahaja pulang daripada menghadiri kenduri yang diadakan oleh salah seorang ibu saudara Kak Long.

Pembuka kata yang ditulis dalam penutup bicara:

Malam ini Kak Long gagahkan juga mengatur serangkap dua untuk blog ini. Talian jalur lebar Kak Long malam ini tidak selebar yang  Kak Long harapkan sehingga sukar sekali bagi Kak Long untuk menyiapkan entri ini yang  telah mencuri masa Kak Long lebih daripada dua jam. Bukan ketandusan idea, hatta banyak juga peristiwa yang ingin dirakamkan, namun Kak Long bukan berada di rumah seperti biasa pada ketika dan saat ini, jadi streamyx saya berehat malam ini dan sebagai alternatifnya terpaksalah Kak Long menggunakan broadband  Kak Long yang kelajuannya merudum menjadi lebih perlahan daripada  engsotan siput sedut.

Maaf dipohon kerana komen-komenpun tak mampu  Kak Long  jawab memandangkan lemah gemalainya si jalur lebar Kak Long ini mengengsot kerana kawasan ini tiada liputan 3G. Namun Kak Long tetap bersyukur sekurang-kurangnya mampu juga Kak Long mengemaskini blog ini.

Advertisements

13 comments on “Ah ngerinya, mereka kini menghampiri…

  1. Salam kak Long, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog chekdee. Chekdee sangat berbesar hati.

    Kak long …masalah guru bekerja melebihi waktu sebenar…sebenarnya kerap kali terjadi…terutama kepada guru-guru yang rajin, berkebolehan dan tak melawan….. pasrah sahaja……. tapi…kekadang bila kita jer yang asyik pasrah….keringat kita dipergunakan…. sedangkan ganjaran yang bukan diharapkan tetapi tikaman dari belakang yang datang….ukhussss…… itulah yang menyebabkan chekdee…..menarik diri….berhenti tanpa dapat pencen sesen pun……

    Namun….chekdee gembira sekarang …keputusan yang chekdee buat 10 tahun yang lepas adalah keputusan yang sangat baik untuk chekdee sekeluarga.

    Sesekali mengalah ….ok…. kalau asyik kita jer yang kena…orang lain yang ambil imbuhan dan nama……. ok lagi……. tapi…kalau dah main politik….ucapkan selamat tinggal jer…ukhusssss

    • @Tie,
      Ya, mudah-mudahan kita dilindungi daripada virus itu.
      Jom jentik jauh-jauh….
      …..
      …..
      @Salam chekdee,
      Terima kasih atas komen yang panjang lebar di blog ini.
      Sebenarnya, Kak Long bukan nak complain sangat tentang kerja lebih masa ni. Biarpun sibuk dan tak ada apa-apa imbuhan pun, tapi bila kita buat sesuatu yang kita suka, pasti tak lah rasa terbeban sangat walaupun ada jentik2 nakal di bahu dan di hati.

      Kak Long bersyukur sebab di sekolah Kak Long ni, kebanyakan rakan-rakan Kak Long semuanya saling bekerjasama. Jadi, bila semuanya sama-sama membantu dan bekerjasama, taklah terasa di perkotak-katikkan. Kalau seorang dua buat hal tu, lumrahlah kan, nama pun manusia.
      Lagipun Kak Long memang sukarela menceburkan diri dalam bidang ini walaupun ramai ahli keluarga yang pada awalnya menghalang. Kak Long pernah ceritakan dalam entri awal Kak Long.

      Apapun Kak Long hormati keputusan chekdee yang berani menarik diri dan kini pastinya gembira dengan apa yang dibuat.
      Pada pendapat Kak Long untuk berada dalam bidang ini, kita perlu betul2 minat, jika tidak, memang sukar nak menghadapi tekanan yang terkadang boleh melemahkan semangat kita.

      Sebab tu ada sesetengah orang yang cuma jadi guru atas nama tapi semangatnya entah ke mana! Bukan sahaja menyusahkan pelajar malahan kadangkala rakan setugas. Kalau dah tak ada hati terhadap bidang ni, baik beri peluang pada mereka yang betul-betul berminat kan, kan…..

  2. Kak Long… saya semakin seram dgn virus i..nak halang anak2 dari ke padang main bola tak kena pula………. nak kurung mereka kt rumah saja..bergedik je la …macam ayam berak kapur…

    • @Zymazara,
      hehehe…
      virus tu memang nakal sungguh…
      nanti Kak Long rotan dia dan halau pergi jauh2.
      Syoh! syoh! syoh…..

      …..
      …..
      @Kujie,
      Kak Long lebih cemas bila ada saudara rapat yang menelefon memberitahu salah seorang anak mereka demam panas dan sakit tekak.
      Ditambah pula, ada ura-ura sekolah Kak Long telah masuk dalam senarai pemerhatian.
      Memang betul, nak berkurung sahaja di rumah, pastinya membuatkan lemas dan rimas.
      Kak Long sendiripun tak sanggup berkurung, tambahan cuaca yang ‘semacam’.
      Cuma bila fikirkan lebih baik cegah daripada mengubati, rasa tak nak keluar rumah.
      …..
      …..
      @iza,
      Berdoalah agar kita semua dilindungiNya.
      Selamat pulang ke tanah air…
      Jaga diri baik-baik ya!
      Pasti banyak kenangan manis di sana…

      p/s Ada hati yang tertinggal???

  3. iza pun seram kak long.. bila ada orang dekat2 bersin atau batuk terus rasa cuak jer. esok iza balik dah. alhamdulillah kerja kat sini dah selesai. Cuma tetap berdebar2 bila terpaksa bergerak kesana kemari. Nak buat macam mana kan tuntutan kerja dah lagu tu. Cuma mampu berdoa saja, minta perlindungan dari DIA 😦

  4. salam…kak long,

    terima kasih singgah di blog anaklaut..kehadiran kak long sangat saya hargai..

    [/s: moga allah memberi rahmat pada kak long sekeluarga..amin

  5. maza juga sakit skrg ni. takut gak kalau H1N1 menjengah…huhuhu

    erk! tapikan kalau virus B1N1 Baru menjengah, hmm macam mana lak ek?

    huhuhu

    • @anaklaut
      salam…
      terima kasih…
      semoga anak laut dan keluarga juga dilindungi Allah.
      ….
      ….
      @maza,
      Cepat buat pemeriksaan dan dapatkan rawatan.
      Memang menakutkan kalau H1N1 menjengah tapi rasanya, kaum isteri lebih takutkan virus B1N1 Baru ciptaan Maza tu! huhuhu….



      @shafifah,
      terima kasih atas maklumat.

  6. Deyyyy Kanda Maza……

    Ekau ni, mana den & Kak Tieado…ekau pun ado. Mano je ekau ado, den & Kak Tie pun ado. Ekau teropong kitaorg yo??

    Kak Long……
    Maza ni bukan ado virus B1N1…….tapi H1 B2 B3 B4 (Husband 1, Bini 2 Bini 3 Bini 4).
    Lalalalalalala…….. 🙂

    • @Zymazara,
      Ha…virus ‘B1N1 tu ada tambahan ‘Baru’,
      ngeh3, jangan terpedaya dgn tipu daya dia nih…
      tapi kalau H1 B2 B3 B4 tu mungkin tahun depan kot, sebab virus2 yang ada sekarang ni kena angkat bendera putih dulu erk…
      huhuhu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s