jadi tak jadi..

Sekolah Kak Long tak jadi ditutup. Khabar yang mengatakan ada kes di sekolah kini masih dalam pemerhatian. Pelajar yang disyaki terlibat sedang dikuarantin, namun keadaannya terkawal dan mungkin bukan menghidapi H1N1. Sungguh lega kerana bukannya senang kalau sekolah terpaksa ditutup, kerana ia perlu diganti.Buat masa sekarang, tunggu dan lihat…..

Pagi ini bermula program mentor mentee yang dah ditangguhkan sekian lama.  Ha, jangan kata macam program mentor kat TV3 tu pulak. Walaupun konsepnya  ada persamaan, tapi objektifnya berbeza sikit. Sebagai mentor, Kak Long tak akan membimbing untuk menjadi penyanyi, tetapi membantu dalam bidang akademik dan sosial pelajar terutamanya dalam kawasan sekolah. Hari ini Kak Long dianugerahi enam orang ‘anak’ . Hehehe…..senang-senang jadi ibu segera. Seronok  juga menjalankan program hari ini. ‘Anak-anak’ pun nampak seronok. Kak Long harap keluarga baru ini akan menjadi rapat dan dapat manfaat daripada program ini.

Advertisements

11 comments on “jadi tak jadi..

  1. Oo…bab tutup sekolah semua orang suka, tapi yang tak best bila kena ganti…..hihi..

    Dapat 6 orang anak instant ? Uwaaa…….. mesti tak menang tangan Kak Long ni….

    • @zymazara,
      bagus tak jadi tutup…tak larat nak ganti.
      Lagipun perperiksaan percubaan SPM semakin dekat.
      ….
      ….
      ….
      @Tie,
      sangat betul.
      sekolah cuti…okay,
      sekolah ganti…..errrr, tak okay.
      Lagipun kalau cuti mesti kena kuarantin dok rumah..
      ah, sungguh membosankan!

      anak instant,
      mengujakan…
      senang betul,
      dah besar-besar…
      tak payah tukar lampin,
      hehehe….

  2. Asalamualaikum

    Daripada pengalman Kak Long mana senang beranakan budah kecil dengan beranakan budak besar. Oh ya jiran saya ada 10 orang anak, semua anak sulong kerana bapanya bernama Sulong bin Ahmad.

    Terima kaseh dan salam kehagatan yang memanaskan.

  3. bagus jugak tak jadi, tapi tetap kena hati2 kan kak long. virus ni masih misteri, tu yg susah.

    iza dah sampai umah, tapi takda hati yang tertinggal lah, tinggal kenangan manis ja sebab jumpa kawan2 blogger yang baik hati tu, bawa iza jalan2 🙂

    • @juliet,
      sangat setuju,
      walaupun tentunya ada beberapa masalah, kalau melibatkan nyawa, perlu diberikan keutamaan.
      ……
      ……
      @pakcikli00
      saya baru je ada anak yang besar ni sehari dua, belum berasakan susah senangnya.
      cuma bila anak-anak dah besar ni, saya fikir, tentulah saya perlu bersedia dengan perangai ‘besar-besar’ juga.

      wah, memang lumayan sungguh jiran pakcikli00 yang ada 10 orang anak itu.
      dan beruntung anaknya menjadi anak Encik Sulong.
      Semoga semua jiran pakcikli00 tu menjadi anak yang saleh @ salehah…
      ……
      ……
      @saliza,
      sekarang dalam pemerhatian lagi.
      kes sebelum ini negatif tapi yang terbaru katanya 80% kebarangkaliannya.
      ……
      ……
      @iza,
      selamat pulang ke Malaysia.
      baguslah hati tak tertinggal di sana, nanti puas pulak nak kutip bawa balik. ngeh3…
      untung dapat jumpa member blogger yang baik hati di sana…
      ……
      ……
      @chekdenoor,
      terima kasih,
      kalau jadi mentor macam kat TV3 tu bagus jugak, ada hadiah lumayan…hihihi..
      tapi tak pe…kak long dapat hadiah ‘anak segera’ yang dah besar-besar, manis2 dan kacak-kacak belaka.:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s