Risau…

Awalnya malam semalam saya merancang untuk masuk beradu lebih awal, melayan mimpi-mimpi indah jika ia indah dan menepis mimpi-mimpi yang kurang menyenangkan, jika ditakdirkan mendapat mimpi yang tak indah (walaupun saya dah gosok gigi, basuh kaki, ambil wuduk dan baca doa tidur 🙂 ) tapi, saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Saya dah selesaikan kerja-kerja saya memasukkan data markah ujian. Juga telah selesai membuat sedikit persediaan untuk mengajar keesokan harinya. Saya mahu segarkan tubuh badan yang tidak cukup rehat walaupun hujung minggu kerana beberapa urusan di sekolah serta ususan peribadi yang memerlukan saya ke sana ke mari. Namun, mata saya tidak mahu lelap kerana risaukan mendengar berita tentang Awish yang dah masuk hari ke-3 demamnya. Tambahan pula ibu Awish memberitahu saya yang Awish yang berusia 6 tahun itu mengalami sakit tekak yang teruk.

Saya terus mendesak ibu Awish membawanya ke hospital walaupun sebelum ini dia telah ke klinik. Pukul 10.50 malam, waktu saya mahu merebahkan badan ke bantal, sempat juga saya menelefon ibu Awish namun katanya masih belum membawa Awish ke hospital kerana medical card Awish yang belum ditemui. Hiskkss……mana pulak simpan benda2 penting macam tu. Tapi gitulah kita, kalau masa hati tak tenang, cari apa pun pasti tak jumpa.

Pukul 12 malam, saya masih belum mahu tidur. Telefon saya letakkan di sebelah katil. Saya telefon ibu Awish berkali-kali tetapi tidak diangkat. Lebih kurang pukul 2, barulah dia telefon dan beritahu bahawa Awish telah menjalani 2 ujian saringan (kalau tak silap) dan diberikan antibiotik tetapi tidak ditahan di wad kerana semua katil penuh. Memang musim demam agaknya…

Barulah saya rasa lega dan mengantuk sanggattttt…………

Nasib baik budak comel itu tidak apa-apa….

Tapi saya ada satu cerita sedih yang terjadi hari semalam. Salah seorang rakan baik Mak Lang saya yang memang saya kenali kehilangan cucu yang baru berusia 8 bulan akibat tersedak waktu meminum susu. Anak yang berada di bawah jagaan pembantu rumah Indonesia sewaktu ibu bapanya bekerja itu pada sebelah paginya memang sihat. Tak mampu dibayangkan betapa sedihnya hati kedua ibu bapanya yang kehilangan anak itu. Biarpun redha dengan kehendak takdir, namun melihat tubuh badan yang kaku tidak bernyawa itu di post mortem, tentu menambahkan pilu di hati mereka. Saya dengar khabar, mereka meminta agar anak kecil itu tidak di post mortem, namun prosuder itu tetap dilakukan kerana bimbang terdapat unsur-unsur jenayah.

@Kak Long :- Hari ini ada 26 pelajar yang dihantar ke klinik kesihatan kerana demam. Semoga tidak ada jangkitan virus yang semakin mengganas itu.

Advertisements

7 comments on “Risau…

  1. budak2 kecil dinasihatkan cepat dibawa ke klinik takut ada jangkitan, risau dibuatnya bila tgk anak buah saya demam,padahal doktor cakap demam biasa saja. Takziah kepada keluarga bayi tu, moga redha terima ujian ini. Ketika menyusu bayi tu kenalah ada orang tengok, takut hal macam ni terjadi. Benda ni boleh dielakkan.

  2. Takziah kepada ibubapa bayi yang meninggal….. Simpati sangat-sangat. Tu yang buat rasa tak yakin kepada pembantu rumah ni…..

  3. Al-Fatihah.

    Moga murid-murid tu okey semuanya.

    Katanya kawan saya seorang doktor, kalau batuk selsema tak reda dalam tiga hari, kena pi jumpa doktor dan minta periksa tekak untuk pastikan sama ada kena jangkitan virus tu atau tidak.

    Moga malam ini Kak Long tidur lena …

    Salam.

  4. Asalalamualaikum

    apabila dah risau
    malam tak tidur
    pikiran kacau
    kak Long guru besar

    kesian kak Long, virus B1N1 pun tak macam ni,

    terima kaseh salam hangat.

    • @juliet,
      Memang merisaukan.
      Sebab tu Kak Long nasihatkan Awish tu dibawa ke hospital malam itu juga.
      Tapi, dengar cerita ibu Awish, pihak hospital pun tak galakkan datang check kat hospital sebab bimbang jangkitan daripada kes yang positif.
      Kita doakan keluarga tersebut tabah.
      Hal ini memang perlu diberikan perhatian.
      Mak Lang kata, banyak kes budak kecil tersedak sebab ditinggalkan menyusu tanpa pengawasan orang dewasa terutama dalam buaian.
      …….
      ……..
      @Tie,
      Memang sungguh simpati pada keluarga tu.
      Bila hal sebegini berlaku,
      orang yang bergantung kepada pembantu rumah untuk menjaga anak, memang risau.
      Kalau tak ada pembantu, susah juga nak tinggalkan anak yang masih kecil.
      Hantar ke nursery pun, risikonya tinggi juga.
      Sebab tu ada ibu yang sanggup berhenti kerja untuk jaga anak.
      ………….
      …………
      @Bunga Rampai,
      Haah, memang dah pesan kat pelajar, kalau dah demam yang ada batuk atau selsema, terus dapatkan rawatan.
      Insya Allah…nak tidur awal, esok kena berada di sekolah sampai petang.
      ………..
      ………..
      @pakcikli00
      Waalaikumsalam warahmatullah hi wabarakatuh..
      pikiran kacau apabila dah risau,
      tetapi tidak pula mengigau.
      Kak Long cuma cikgu kecil,
      walaupun tak cukup tidur,
      tidak pula menggigil…

  5. Banyknya kes..huhu.. tatooottt… Simpati dengan kehilangan anak tu, beratnya diuji begitu…huhu
    agaknya kak long dah tidur waktu ni…sweet dream yer kak long.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s