Siapakah pahlawan di hatimu?

“Siapakah pahlawan di hatimu? Pahlawan di hati kita mungkin sama, tetapi mungkin juga berbeza….”

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke Empat, Pahlawan bermaksud orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll).

Sebenarnya Kak Long bukan mahu membicarakan  tentang siapakah yang patut menjadi pahlawan di hati kita tetapi mahu berkongsi satu peristiwa berkaitan perkataan pahlawan ini. Bulan Ogos, pasti menjadi satu bulan yang amat bermakna buat rakyat Malaysia kerana dalamnya ada satu tarikh keramat yang menjadi ingatan paling bermakna iaitu tarikh kemerdekaan negara kita ini.

Tak lama lagi, mesti lagu ni akan jadi lagu popular dalam carta ??? Jom nyanyi sikit!

Tanggal tiga puluh satu,

Bulan lapan lima puluh tujuh……

Okaylah, sekarang kita imbas kembali satu lagi peristiwa yang pernah tercatat dalam sejarah tanah air pada bulan Ogos ini..…..

Sebenarnya, pada hari ini iaitu 4 Ogos 1968, buat pertama kalinya Hari Pahlawan telah diadakan bagi seluruh negara. Hari Pahlawan ini diadakan bagi memperingatkan jasa-jasa para perajurit yang telah gugur dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan tanah air, dalam perang dunia I, II dan dalam tempoh 12 tahun darurat.

tugu

bendera

2 gambar ni dari Yahoo Image

Kita wajar mengingati jasa pahlawan yang telah sanggup berkorban nyawa demi memastikan tanah air ini bebas daripada belengu musuh. Selamat menyambut Hari Pahlawan.

@Kak Long – Tengok gambar tugu tu, teringat zaman sekolah dulu selalu gak beberapa kali melawat ke situ. Nak semai semangat patriotik!  Sekarang, dah lama juga tak ke sana……

Advertisements

9 comments on “Siapakah pahlawan di hatimu?

  1. Kak Long

    semangat nampak,
    Kepahlawanan itu sentisa ada pada mereka yang tidak mudah menggaku kalah.

    orang yang berjaya itu tidak pernah berhenti
    orang yang berhenti itu tidak pernah berjaya

    kepada mereka yang tidak faham ungkapan diatas sila rujuk kepada kak Long,
    kerana perjuangan dilaman blog saya terlalu hangat dan merimaskan.

    wasallam

  2. Hari pahlawan tidak ramai yang tahu, bukan kita tidak menghargai pahlawan2 yang byk berjasa kepada tanahair tetapi kurang promo dari pihak2 yang tertentu. Mungkin hari pahlawan patut disambut seperti kita menyambut hari kemerdekaan kerana ianya bersangkut paut, tiada pahlawan tiada merdeka.

    • @pakcikli00,
      Insya Allah, semangat pahlawan tu tetap ada sebab menurut cerita nenek, adalah sikit-sikit keturunan darah pahlawan ….hehehe…

      Kalau mudah mengaku kalah,
      Hidup pasti tak tentu arah…

      Kalau tidak berani berjuang,
      cabaran hidup tak mampu ditentang…..

      p/s Boleh ke pakcikli00?

      …….
      ……..
      @Tie,
      Kalau bukan kita yang sayangkan tanah tempat kita berpijak dan dilahirkan, siapa lagi, kan!kan!???
      Semoga kita semua mengambil iktibar daripada sejarah, kerana:
      “sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa….” (Nyanyi ala-ala Khaty dan Ramli Sarip tau….)
      …….
      …….
      @juliethun
      Bagus juga jadikan acara lawatan ke tempat-tempat yang dapat menyedarkan mereka tentang betapa bertuahnya dilahirkan pada zaman merdeka.
      …….
      …….
      @secangkir madu merah,
      Biasanya ada promo. Satu daripadanya, Tabung Rayuan Hari Pahlawan.
      Tak pasti pula sama ada dah dilancarkan atau belum untuk tahun ini.
      Tak ada pulak terbaca atau dengar kat mana-mana atau mungkin juga Kak Long sendiri yang kurang prihatin.

  3. Kak Long

    Kak Long memang seorang pahlawan hari hari bertikam, maksud saya bertikam lidah dengan murid murid. Kak Long memang ada bakat berpantun, cuma kalau tumpul perlu diasah. Saya sering bermain pantun dihalaman Siti Fatimah Ahmad, seorang pensyarah maktab perguruan di Serawak. Kalau Kak long ada masa jemput kesana, boleh masu kmenerusi gambarnya dari blog saya, ramai kawan ni seronok cikgu, tak rugi , ramai juga pemantun disana dari seberang,
    Oh ya secangkir madu merah tu siapa kak Long, saya ada melewati lamannya, waduh tak berani singgah, kerana macam macam ada, ada lagu lagi, tapi dia berkacamata macam sayalah. Kalu jumpa dia kirim salam saya kepadanya, jangan lupa ya kak Long !, cakap samadia salam hangat.

    Terima kaseh salam hangat, jangan lupa sampaikan salam saya pada orang itu bye.

  4. Kak Long…jom kita buat gathering pergi Tugu Negara…selalu lalu je tepi tu tak singgah pun…rasanya dah berpuluh tahun tak jengah

    • @Kujie…
      Bila nak pergi tu…???
      Jom….kita pergi beramai-ramai. hehehe…
      Kena tunggu H1N1 betul-betul dah tak ada erk…
      Takut juga nak ke mana-mana sekarang.
      ….
      ….
      @Pakcikli00,
      Insya Allah….
      Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s