Mahal sangat ke?

Pondok kecil di tengah huma,
Menyimpan alat menuai padi,
Budi tuan saya terima,
Terima kasih sekalung budi.

Kalau tak silap, Kak Long pernah menonton iklan tentang seorang lelaki yang terlalu payah hendak mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantunya. Kak Long bukannya hendak memberikan ulasan tentang iklan tersebut tetapi sekadar mahu  menyentuh serba sedikit amalan berterima kasih ini.

Kadang kala tertanya juga, adakah memang nilai berterima kasih ini memang telah jauh terhakis daripada amalan masyarakat. Terlalu mahalkan untuk mengucapkan terima kasih?Adakah kita hanya mengucapkan terima kasih jika mendapat sesuatu yang disukai sahaja? Atau mungkinkah kita hanya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang tertentu sahaja?

Ucapan terima kasih bukan sekadar menuturkan ungkapan “Terima” dan “Kasih”. Ungkapan itu sebenarnya lebih kepada sifat menghargai. Menghargai setiap budi yang telah ditaburkan kepada kita.

Meneliti di sekeliling, terdetik juga di hati bahawa memang nilai itu semakin meminggir.  Walaupun pelajar-pelajar Kak Long tidak pernah gagal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja Kak Long inggin meninggalkan kelas, tetapi jika berada di luar kelas, Kak Long seringkali memerhatikan bahawa ucapan terima kasih itu seperti terlalu mahal. Sewaktu berada di kafeteria misalnya, tidak lebih daripada 50 peratus pelajar yang mengucapkan terima kasih kepada petugas kantin yang memberikah perkhidmatan kepada mereka. Begitu juga ketika menuruni bas, agak sukar untuk mendengar mereka mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas yang telah membawa mereka dengan selamat itu.

Bukan setakat pelajar, malahan ada juga kalangan pendidik  (sekadar mengingatkan  diri sendiri) yang seperti terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang membantu mereka, atau mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang telah memberikan perhatian semasa belajar atau pelajar yang menghantar latihan yang diberikan. Mungkin kerana hal itu dianggap  tanggungjawab pelajar.

Selain itu, ada juga yang  sukar mengucapkan terima kasih kepada teman-teman atau pelajar-pelajar yang telah membantu menjayakan bebarapa aktiviti yang dirancang. Bukan semua, tetapi memang ada sebilangan kecil manusia yang suka menunjukkan kepada orang lain seolah-olah hanya dia sahaja yang bekerja. Setelah berjaya menyelesaikan sesuatu program, orang itu bukan setakat lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya (walau sekecil manapun bantuan orang lain, namun tanpa bantuan sekecil itu, pasti sukar untuk menjayakan sesuatu program yang berjaya) malahan masih lagi cuba memperbesarkan sesuatu yang remeh-temeh dan ada kalanya sanggup menikam dari belakang asalkan dirinya dilihat sebagai superhero.

Bila kita melakukan sesuatu, tak perlulah mendabik dada untuk mengatakan bahawa hanya kitalah yang terbaik. Belajarlah berterima kasih kepada setiap orang yang bekerjasama dengan kita terutama jika kita seorang pendidik. Bagaimana mahu menunjukkan contoh kepada pelajar sedangkan kita sendiri tidak melakukan apa yang kita cuba semaikan dalam diri pelajar kita. (Kak Long  masih sekadar mengingatkan diri sendiri)

Bukannya semenjak kecil kita diajar mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita. Tidak kiralah sama ada budi itu berbentuk pemberian material ataupun perkhidmatan.  Perlukah kita membayar wang yang banyak jika hendak mengeluarkan ucapan terima kasih itu? Kita tidak perlu mengeluarkan belanja satu sen pun untuk mengucapkannya. Di rumah, kita diajar mengucapkan terima kasih, tidak kiralah kepada ibu, ayah, kakak, adik mahupun pembantu rumah. Di sekolah pula, kita dilatih untuk mengucap terima kasih dengan berdiri beramai-ramai sewaktu guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran akan keluar atau sebelum meninggalkan makmal. Masih tidak mampukah semua itu sebati dalam diri sehingga dewasa?

Kak Long :- Sekadar bertanya :- Bukankah dengan mengucapkan terima kasih, menunjukkan bahawa kita sebenarnya seorang yang tahu bersyukur?

Marilah kita amalkan nilai berterima kasih agar kita menjadi orang yang tahu bersyukur.

Terima kasih semua kerana telah mengunjungi blog Kak Long yang  masih serba kekurangan ini dan sudi pula meninggalkan komen-komen yang telah mewarnai blog ini.

Advertisements

16 comments on “Mahal sangat ke?

  1. ASAKAMUALAIKUMNA KAK LONG

    Pendidikanugama yang diajari oleh ibubapa saya sejak kecil hanyalah menyebut nama tuhan yang maha npengaseh dan penyayang, mengucap salam kesejahteraan dan mencintai amalan, kebanyakkan ibubapa yang lain pun di kampong kami begitu. Bermakna pekara pokok yang diterapkan kejiwa saya adalah kaseh, sayang, cinta dan kesejahteraan. Empat pekara ini bermula daripada ucapan kaseh kepada alam benda yang disampai oleh tuhan menerusi makhlukNya. Kedua adalah perasan sayang kepada makhluk yang dicipta tuhan untok merahmati kehidupannya, ketiga mencintai amalan kehidupan seperti yang kak Long saya amalkan seharian keempat untuk mengucapkan salam seperti setiap kali saya menjengah kak Long di halaman ini dan menghayati kesejahteraan itu sediri….betul ke kak Long ?

    Dari mana punai melayang
    dari paya turun ke padi
    dari mana datangnya sayang
    dari saya datang ke sini

    Terima kaseh dan salam hormat….betul ke ucapan ini kak Long. Jangan marah kak Long saya sekadar bergurau, kalau kak Long marah saya tak datang dan sayang kak Long lagi.

  2. Salam Kak Long……..

    Itu yg sy bebelkan dlm blog sy tempoh ari. Bukan susah utk ucap TERIMA KASIH. It`s totally F.O.C.

    Xie xie ni, Kak Long
    Nandhri, Kak Long.
    Mercie, Kak Long.

    🙂

  3. perkataan terima kasih itu sangat payah utk kita dgr sekarang. kaklong sebagai pendidik dapat jugak dengar perkataan tu dari pelajar, kami dil uar ni susah nak dengar perkataan terima kasih walaupun telah memberikan perkhidmatan pada seseorang.

  4. Kak long ……jom kita berperasangka baik….ukhussss …… Masyarakat sekarang ni pemalu kot…….ukhussss malu nak ucapkan terima kasih ……. oklah tu…….

    Bagi chekdee …. kalau mereka tak ucapkan terima kasih….tak apalah…tapi janganlah buat pula perangai yang kurang sopan seperti marah-marah dan cari gaduh….itu lagi sakit mata dan sakit hati…. perangai ini selalu kita nampak dikalangan pemandu kenderaan……… kekadang chekdee pun naik hairan….apalah yang nak dimarahkan sangat …..sikit-sikit lebih kurang dahlah…….

  5. mungkin sebab terlampau senang, orang jadi takmo buat.
    sebolehnya iza amalkan, tapi kadang2 ada waktunya lupa jugak huhu..

    terima kasih kak long sebab sudi mai jalan2 kat blog iza 🙂
    syukran
    syukria

  6. Terima kasih, terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi tinggalkan komen.
    Terharu gitu..

    @pakcikli00,
    Waalaikumsalam..
    Terima kasih kerana komen yang panjang lebar dan pantun pakcikli00 itu.
    Saya menghargai setiap pandangan dan komen yang diberikan.

    Pendidikan berlaku setiap masa sama ada secara formal atau tidak formal.Ada masanya tak perlu diajar terang-terangan, cukup sekadar memberikan contoh. Pada pendapat Kak Long, mengucapkan terima kasih salah satu pendidikan yang sering disampaikan walaupun mungkin ibu bapa tidak menyatakannya secara terang-terangan atau menjelaskannya secara terperinci.

    Terima kasih daun keladi,
    Dipersilakan pakcikli00 meninggalkan komen lagi.

    ….
    …..
    ……
    @Zyma,
    Mengucapkan terima kasih memang percuma tetapi mampu meninggalkan kesan kepada orang yang menerimanya. Betul??
    Terima kasih sebab banyak pelajaran bahasa yang Zyma tinggalkan. Hihihi…
    ..

    ….
    @juliet,
    Memang betul, sebagai pendidik,masih setiap hari mendengar ucapan terima kasih. Kadang-kadang berebut dengan pelajar nak ucapkan terima kasih…
    Sebab tu lah Kak Long kata, walaupun semenjak kecil hingga meninggalkan bangku sekolah dilatih mengucapkan terima kasih, masih belum sebati dengan jiwa. Bila dah melangkah ke luar, seakan terlupa akan perkataan itu.

    ….
    …..
    @Chekde,
    Kak Long pun nak cuba berprasangka baik bahawa masyarakat sekarang sangat pemalu…
    Mungkin cuma diucapkan dalam hati.
    Ucapan memang merupakan salah satu cara mudah untuk menghargai, tapi kalau tak ucapkan pun, sekadar senyum pun mungkin boleh diterima sebagai ucapan terima kasih.

    ….
    ….
    @Maza,
    Sudah tukar???? Agaknya malu nak mengucapkannya dalam bahasa kebangsaan??
    Sebenarnya tak kisahlah nak ucapkandalam BM ke, BI ke, Arab ke @ apa sahajalah, asalkan ingat mengucapkannya.
    ….
    ….
    …..
    @KTS,
    Terima kasih sebab muncul juga lepas sekian lama bertapa…
    Bertapa kat istana agaknya…ahaksss..

    ….
    ….
    @iza,
    Kak Long pun sekadang mengingatkan diri. Bukannya apa, kadang-kala kita lupa bahawa perkara yang terlalu senang itulah yang susah nak kila lakukan.
    Terima kasih juga sebab sudi menjadi teman cyber Kak Long.

    ….
    …..

  7. Terimakasih dah bertukar jadi trimas… :p

    sebenarnya kalau kita amalkan , kita tak rasa kelu utk ucapkan Terimakasih. Malangnya, masyarakat semakin susah membuka mulut untuk berterima kasih sekali gus menggambarkan nilai kesopanan kian terhakis.

    • @Kujie,
      Masa kanak-kanak atau masa jadi pelajar sekolah je yang tak kelu nak ucapkan terima kasih agaknya.
      Dah dewasa, jadi pemalu.
      Terima kasih ya….berkongsi pendapat.

  8. Zaman dah berubah.. Dunia dah maju.. Mungkin kemajuan juga yang telah menghakis nilai-nilai murni yang ada.. Bilamana tiada syukur dan tiada tanda terima kasih maka akhirnya apa lagi yang tinggal?

  9. Kak Long,
    Di sekolah lg mmg dah nampak perkara mcm ni.
    Bila Hari Anugerah, kdg2 sampai kena pesan kat bdk2 spy ucapkan terima kasih bila terima hadiah. Pd hal dah selalu diingatkan, ni lg dah dekat2 nak ry,
    tgk la masa kanak2 dtg berhariraya, dpt duit ada x ucap terima kasih?
    Entry ini bagus utk mengingatkan diri sendiri juga..

    • @Nuaeman,
      Setuju,
      Sepatutnya nilai-nilai murni itu tetap kita pelihara, biarpun zaman berubah dan dunia makin maju.
      Indah tampan kerana budi,
      Indah bangsa kerana bahasa.

      ….
      @Saliza,
      Semoga setiap kita akan saling ingat-mengingatkan….

  10. Ada yang berat mulut, tu masalah lain plak …

    bagi yang memang tak biasa, memang jangkal …

    bagi yang ambil mudah, memang remeh,

    bagi yang sombong, memang terima kasih tiada nilai …

    bahasa jiwa bangsa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s