Satu Keputusan

tangkap ikan kaloi

Kak Long terbaca satu mutiara kata,

Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Cukup rendah hatikah kita untuk mengakui kesilapan kita? Cukup bijakkah kita untuk mengambil manfaat daripada setiap kegagalan yang di alami dan cukup beranikah kita membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan? Kadang-kala jawapannya saling bercanggah antara kehendak hati dan rasional fikiran.

Sebagai manusia, apabila kita berada pada satu persimpangan, satu keputusan harus diambil untuk menghadapi masa depan. Kita perlu berani membuat sesuatu keputusan. Biarpun agak sukar, namun ia perlu dilakukan bila sampai masanya.

Kita sering berhadapan dengan perbagai persoalan dalam kehidupan. Kita perlu berani untuk terus melangkah……..

Advertisements

11 comments on “Satu Keputusan

  1. Asalamualaikum

    membuat kepetusan yang salah itu adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsungg,

    rerima kaseh salam hormat,

  2. Iza setuju dengan ayat terakhir Kak Long. Kita mesti terus melangkah.
    Uniknya manusia di lengkapi sifat pelupa. dengan sifat pelupa yang “kurang elok” itu lah manusia berupaya melangkah ke depan dan mencipta kebaikan yang baru. Walaupun lupa, segala yang berlaku tidak akan hilang, sebaliknya akan tertinggal di lapisan kenangan untuk dijadikan sempadan. Semoga kehidupan kita akan lebih baik dengan izinNya 🙂

    • pakcikli00,
      Waalaikumsalam…
      Jika tak berani membuat keputusan, pasti kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu betul atau salah.
      Orang yang tidak pernah berani mencuba ialah orang yang tidak pernah berjaya….iya tak pakcik??
      ..

      @iza
      Kita perlu berani melangkah kerana jika tidak berani menghadapi kegagalan, mana kita tahu sama ada apa yang kita lakukan itu benar atau sebaliknya.
      ..

      @Kujie,
      Jika langkah yang kita ambil itu silap apa salahnya berundur asalkan menemui jalan yang sewajarnya….

      ….
      @chekdenoor,
      setiap kesilapan dan kegagalan biarlah jadi pengajaran yang amat berguna agar menemui kehidupan yang lebih baik…
      ..

      @jard,
      setiap langkah menemukan kita dengan pelbagai perkara.
      ……
      ……..
      Terima kasih…

  3. Assalamualaikum…kak long.. thanks sudi singgah at blog eita..
    Eeeemmm… “keputusan”.. eemm betul tuh… “Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya”… suke part nih.. sbb dalam idup eita .. eita penah temu dgn kegagalan..dan terus bangkit semula… yeesszzaa…

  4. kak long,

    kita diberi akal dan fikiran, walau bagaimana susah pun untuk kita berfikir, jika kembali kepada yang asal, kita akan temui jawapannya…

    • @nuaeman,
      Tiada manusia yang sempurna.
      Tak ada hinanya mengakui kesilapan dan mencairkan ego.
      Ular tak akan hilang bisanya jika menyusur akar.
      ….
      ……
      @razif,
      Mempunyai “Pilihan” itulah satu keindahan dalam kehidupan.
      ….
      …..
      @izan,
      hmmm…sudah tentu hanya Dia yang maha mengetahui segalanya.
      …..
      ……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s