Kampung terbakar?

Akar nibung meresap-resap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung kelihatan asap,
Terbakar hati siapa tahu…

Di manakah kampung yang terbakar itu?
Hmmm….Cuma serangkap pantun yang ditemui dalam Kitab Kiliran Budi.
Sungguh berseni orang dahulu menyampaikan maksud.

Advertisements

18 comments on “Kampung terbakar?

  1. Asalamualaikum

    Akar mati dalam perahu
    untuk bawa pergi ke hulu
    terbakar hati siapa tahu
    bagai isteri yang dimadu

    bayak orang tanam pulut
    hanya cikgu tanam padi
    banyak orang karam di laut
    kak Long saya karam di hati

    jangan marah kak Long, terima kaseh salam hormat.

    • Walaikumsalam….
      Kenapa isteri yang dimadu terbakar hatinya?
      Mungkin suami tak berlaku adil agaknya.
      baru saja saya baca akhbar Mingguan yang menceritakan tentang persatuan untuk keluarga yang berpoligami. Lepas ni, tak adalah yang terbakar lagi agaknya…

      Cikgu tanam padi apa ya pakcikli00??

  2. Kak Long,
    Pantun dulu2 memang cantik susunan bahasanya.
    Antara pembayang dan maksud sama seiring rimanya
    bkn seperti pantun sekarang, asal bunyi belakang
    sama kira ya je lah..

    • Saliza,
      Orang dulu-dulu mementingkan bahasa.
      Zaman sekarang, ada yang teragak-agak nak berbahasa Melayu, bimbang dikatakan tak ada kelas!

    • chekde…
      sekadar berpantun,
      kalau hati terbakar jadi debu….tambah jerebulah nampaknya nanti…
      iskkk, iskkk, iskkk….

  3. Kak long dah padam ker kebakaran tu, jangan biar merebak. Tak baik untuk kesihatan … harap2 turun hujan rahmat yang tolong padam.

  4. Asalamualaikum

    Jawapan,

    Cikgu tanam padi apa ?
    cikgu tanam padi melinja
    boleh tahan sakit mata
    tapi jangan di hatinya

    Sempena penubuhan persatuan poligami yang cikgu maksudkan, saya telah meyediakan madah seloka kusus buat mereka, laman blog saya dikunjungi ramai daripada pautan blog persatuan tersebut. Kak Long datanglah menatapinya dan jangan lupa ajak kawan kawan, tinggalkan komen agar laman blog saya dihiasi sekuntum mawar merah…tapi pada siapa kan ku beri ??????

    terima kaseh salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s