Apa-apapun boleh

Gambar dari bharian.com.my

Gambar dari bharian.com.my

 Melihat gambar muka depan akhbar Berita Harian hari ini, pemakaian penutup muka oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Presint 9 (2)  wajar dicontohi oleh semua rakyat Malaysia tidak kira semasa berada di sekolah mahupun jika berada di tempat-tempat awam. 

Khalayak memang telah sedia maklum bahawa virus H1N1 memang sedang merebak dengan begitu pantas di negara kita dan setakat semalam seramai 32 orang telah disahkan maut angkara virus yang melanda ini. Kerajaan juga dilaporkan telah menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1)ini. Namun setakat manakah kita sendiri berusaha untuk menjauhi diri dan keluarga daripada terdedah kepada virus yang sangat merbahaya ini? 

Membaca entri alien dari planet dari entahmana di blog Kujie membuatkan Kak Long turut terpanggil untuk menulis tentang perkara ini kerana telah beberapa hari Kak Long berasakan bahawa walaupun kita semakin maju, namun kadang-kala paradigma kita masih di takuk lama. Cuba perhatikan sikap sesetengah anggota masyarakat kita apabila melihat kita memakai penutup muka di khalayak ramai sedangkan di situ hanya kita seorang atau beberapa orang sahaja yang memakainya. Mungkin telah menjadi sifat masyarakat kita yang sering melemparkan pandangan ‘aneh’ kepada orang lain melakukan sesuatu yang tidak biasa dilakukan oleh sebahagian besar orang lain itu, walaupun perkara itu merupakan satu tindakan yang benar dan wajar dilakukan oleh mereka juga.

Pengalaman peribadi Kak Long di sekolah pun begitu. Semenjak minggu lepas, ramai pelajar yang demam. Demi sedikit kesedaran yang ada, Kak Long usahakan membeli penutup muka atau  ‘mask’ yang dijual di farmasi. Semasa itu, hanya Kak Long seorang yang memakai  ‘mask’ ini di sekolah dan sepanjang menuju ke kelas, pelbagai pandangan pelik yang Kak Long terima seolah-olah makhluk asing yang baru mendarat ke bumi (meminjam istilah alien yang digunakan oleh Kujie). Apabila sampai di kelas, ada yang bertanyakan Kak Long, “Cikgu kena H1N1 ke?”

Jadi Kak Long bertanyakan mereka semula, sama ada hanya orang disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1) ini sahajakah yang perlu memakai ‘mask’? Bagaimana mereka melindungi diri mereka jika di sekitar mereka ada virus yang sudah tentu tidak terlihat oleh mata kasar? Kak Long juga tanya, adakah mereka nampak makhluk asing sudah mendarat ke bumi apabila mereka melihat ada orang yang memakai penutup muka.

Keesokan harinya, barulah ada beberapa orang pelajar di kelas yang Kak Long ajar itu memakai penutup muka ini.  Namun, sehingga hari ini, puas juga Kak Long berkempen menyedarkan rakan-rakan supaya sama-sama menggunakan penutup muka ini kerana kami semua memang terdedah dengan risiko jangkitan ini kerana berhubungan dengan ramai orang yang datang dari pelbagai tempat dan negeri. Ramai juga mempersoalkan mengapa pihak sekolah tidak membekalkan penutup muka ini kepada semua pelajar dan guru. Namun, sewajarnya, inisiatif sendiri perlu ada untuk mendapatkan ‘mask’ ini kerana yang ingin dijaga ialah nyawa sendiri.

Petang semalam, sewaktu Kak Long mengunjungi sebuah farmasi di sebuah pusat membeli-belah, Kak Long juga mendapati harga  ‘mask’  yang dijual lebih mahal daripada sebeumnya. Mungkin juga kesedaran untuk memakai penutup muka ini telah semakin meluas sehinggakan sewaktu Kak Long meminta ‘mask’ yang boleh diikat di belakang kepala, jurujual tersebut menyatakan yang ‘mask’ agak terhad sekarang dan beli sajalah apa yang ada. Hmmm….bekalan ‘mask’ berkurangan, tetapi jumlah orang yang memakainya di pusat membeli-belah tersebut tak lebihpun daripada 5 orang. Tak tahulah kalau ada yang beli untuk buat hiasan atau tujuan lain….

Kak Long berharap sangat agar lebih ramai yang sedar tentang keperluan kita semua bekerjasama menangani virus ini daripada terus merebak. Syukurlah kerana sekolah Kak Long bertugas masih diisytiharkan bebas daripada virus ini walaupun minggu lepas ada beberapa orang ditahan kerana disyaki.  Dan maklumat yang diterima, mereka bukannya terkena jangkitan virus H1N1 ini. Semoga kita semua dijauhi daripada virus ini. Amin….

 

 

 

Advertisements

22 comments on “Apa-apapun boleh

  1. elok meniaga mask musim2 skrg ni… laku mcm pisang goreng panas…
    .
    ..
    .
    .
    .
    .
    .
    jom kak long… 😀

  2. Asalamualaikum,

    Takut dikritik dan tkut nanti apa orang kata adalah panduan gaya hidup kebanyakan orang kita. Yang penting kak Long kita tahu apa yang kita lakukan.

    Banyak orang ke sana ke mari
    Kak Long seorang menutup muka
    banyak banyak orang di sini
    saya seorang berkaca mata

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam,
      Terima kasih dan salam hormat….
      Mengkritik dan mengata kadangkala jadi hobi bagi sesetengah orang.
      Kalau apa yang kita buat itu tidak menyalahi hukum hakam…tak perlulah nak takutkan kritikan dan kata-kata mereka itu.

      Pakcikli00 orangnya berkaca mata,
      Duduk bersantai memandang laut;
      Kritikan membina jadikan panduan,
      Niat yang buruk usah disahut.

  3. Kak LOng…Intan cakap, kerani sekolah dia tanya

    ” Intan kena h1n1 ke?”

    tengok macam mana kefahaman orang dewasa…. kecewa sungguh saya . Nasib baik anak-anak saya faham tujuan mereka memakai mask…bukan kerana sudah dijangkiti tetapa lebih kepada pencegahan.

    orang kita ni suka ambil sikap ……menyerah tanpa berusaha

    • Sepatutnya sekarang ni pihak pentadbiran sekolah patut ambil langkah pro-aktif wajibkan pemakaian mask ni…bukan tunggu bila dah kena baru nak sibuk.

  4. Asalamualaikum

    Puan Kujie menyerah tanpa berusaha itu pendirian kaum jabariah , berusaha tanpa meyerah pula pendirian kaum kadariah. Pendirian Ahli sunah wal jamaah pula kena tanya tuan punya laman….Kak Long.

    Terima kaseh wasallam

    • Terima kasihlah atas perkongsian ilmu tu.
      Dalam apa perkarapun, kita perlu berusaha dulu sebelum menyerahkan kepada Yang Maha Esa.

    • Waalaikumsalam….
      Hmmm, terima kasih masih sudi berkunjung.
      Tentunya masih ingat, antara yang paling awal mengunjungi blog saya.
      Semoga sihat…

  5. kak long ada sekali tu kan ..iza letak tangan kat idung dan pura2 nak batuk.. abih depa duk tengok kita macam alien sebab pakai mask kan hehehee.. cuak ja depa. mesti depa ingat iza ni pesakit yang merayau2 hehehe.. kadang2 TERNAKAL jugak.. nak wat camna 😀

  6. Ya betul kata-katamu itu! Aku telah terjemahkan dalam kartun yang kulukis sendiri, walaupun tak sehebat Imuda atau Lat dalam blogku yang baru setahun jagung itu. Ya aku pun merasa seperti mahluk dari planet asing apabila memakai mask ini di Lubuk Maut H1N1 negeriku yang indah Johor Darul Takzim.

    • Hmmm…
      Terima kasih berkunjung ke mari..
      Kak Long telah melawati kartun-kartun tersebut.
      Ada bakat melukis kartun rupanya.

      Biarlah mereka menganggap apapun pada kita…
      Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk mencegah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s