Mata terlepas mulut terkurung

Sejak akhir-akhir ini, memang jarang sangat keluar rumah jika bukan untuk pergi bertugas apatah lagi sengaja jalan-jalan cari makan. Semenjak H1N1 melanda, Kak Long telah menjadi chef yang paling rajin di dunia fantasi kerana setiap hari, Kak Long akan memasak sendiri di rumah keranaย  sebelum ni, cuma rajin sikit-sikit aja…sebab bila kurang rajin sikit tu…mulalah cari alasan nak makan kat luar! Hehehe…(kira ada hikmah juga le tu..)

Petang tadi, adinda Kak Long ajak temankan dia untuk membuat beberapa urusan di CIMB. Selepas itu, kami melawat beberapa Farmasi untuk mencari bekalan mask, tetapi masih menerima maklumbalas yang bekalan kehabisan…(iskkkk…biar betul!). Lepas tu siap beli themometer digital lagi, kekononnya supaya mudah nak memastikan yang suhu badan bukan berada dalam keadaan luar biasa.

Bukan sesuatu yang menyenangkan bila keluar dalam suasana negara dilanda kebimbangan tentang virus H1N1 ini. Seperti biasa, tak ramai pun yang memakai penutup hidung dan mulut itu (hmmm….pelik juga macam mana bekalan di farmasi boleh habis! Agaknya ada orang suka-suka beli dan simpan dalam almari ke?) Dah lah orang memandang kita macam makhluk asing, nak singgah makan pun kena fikir banyak kali…Tak mahu nak susah-susah buka penutup mulut dan hidung itu apatah lagi untuk mendedahkan diri pada risiko.

Tetapi bila berada di Jusco, yang satu ini masih menggugat keimananku. Maka, kami pun tapaulah untuk dibawa pulang….

emmmm.....

emmmm.....

Bila sampai rumah,ย  mulut dah tak kena kurung lagi kan!!!

Advertisements

16 comments on “Mata terlepas mulut terkurung

  1. Hehe…kalau dulu2 burung dalam sangkar jer pakai ayat yang senada gini, tapi dia takyah tutup mulut ๐Ÿ˜€ Tergoda tengok donut tu malam-malam..err awal pagi..

    • hehehe…kalau burung tu ditutup mulutnya, mesti dah tak ada selsema burung!
      errr donut tu memang dilahirkan untuk menggoda…hisks, hisks… ๐Ÿ™‚

    • Waalaikumsalam…
      Terima kasih info itu..
      Memang mendengar angka itu sungguh menyeramkan tetapi kesedaran dan langkah-langkah keselamatan masih belum dilakukan dengan sewajarnya.

  2. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
    sungguh menggugat iman ku di pagi jumaat….
    kenapa tak tapaukan utk ku sekali kak long…..

    .
    .
    .

    haaaiiiihhhh..
    petang ni nak cari lagi la…
    hihihi…

    mask habis takpe, jgn donat habis… boleh gitu?? hikhikhik

    • phewitt…..
      kak long suka, kak long suka…..

      ….
      …..
      meh kita menambahkan kalori….
      haah…kalau mask habis, kita boleh pakai donut gantikan mask. grrrrrr……

  3. Betui tu….semalam chekdee g JJ wangsa maju…waduh…ramai yang pakai purdah puteh ……….hmmmm…… tak payah agama nak suruh….. semuanya pakai dengan rela hati…..ukhussss

  4. Kak Long……

    Sy kasik satu idea baru…..
    Pakai purdah bersama dgn cermin mata hitam…..

    Mulut kene tutup
    Idung kene cekup…
    Telinga kene katup
    Mata kene pekup

    Kira complete set la ni ye……so,boleh la pegi jalan2 makan angin dgn selesa dan suksesnyerrrrr !!!!!! (Sy sedang membuat mata blink-blink kat Kak Long)

    ๐Ÿ™‚

    • Kena cuba pakai cermin mata hitam dengan purdah….hmmmm, dan pastinya akan kelihatan sangat comel…
      Kak Long pun segera membalasnya dengan membuat wink-wink kat Zymazara…
      ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s