Ops Kantoi

Pagi Khamis lalu, pegawai penguatkuasa undang-undang sekolah Kak Long menjalankan operasi yang diberi nama Ops Kantoi (yang menyaksikan ramai pelajar yang melanggar peraturan sekolah telah kantoi). Dalam operasi tersebut guru-guru disiplin telah menjalankan operasi pemeriksaan mengejut dari kelas ke kelas. Kak Long tidak terlibat tetapi menyibuk je ambil gambar ni sebab Puan Zah minta Kak Long rekodkan tentang operasi ini.

Bila dah kantoi tu, macam-macam benda lah yang dijumpai. Antaranya….. (hanya adegan yang boleh kita lihat sahaja…yang lain-lain tu kena  simpan untuk rekod je lah)

Image140

Ada lebih 10 handphone yang dirampas. Kalau cakap pasal bawa handphone ke sekolah ni, susah nak komen. Ada ibu bapa yang kata, handphone ni keperluan. Tapi, bila dah diwartakan sebagai undang-undang dan peraturan, terpaksalah juga dikenakan tindakan.

cyg pa

P7180521

Surat cinta macam ni, kira biasalah. Cuma kad di atas tu, nak komen sikit…dahlah tak ditulis dengan ejaan yang betul, (nanti dah terbiasa, masa periksa pun  asyik tulis singkatan ejaan) dah lumrah agaknya remaja sekarang, kalau  ‘bercouple’, seringkali istilah yang mereka gunakan… panggilan manja pada pasangan…….. ma, pa… ( ma ni singkatan pada mama dan pa ni singkatan papa, kan?).

Pssttt……sesiapa yang biasa kantoi masa di sekolah dulu, senyumlah sikit kalau teringatkan masa dahulu kala. 🙂

 

Advertisements

17 comments on “Ops Kantoi

  1. Nama ops tu pun dah advance Kak Long..ingat2 masa zaman iza sekolah tahun 90-an tak pakai/ tak popular lagi istilah tu, rasa2nya lah..
    Tapi tang surat cinta tu dah macam tradisi sejak zaman dulu..cuma gaya berlainan.. dulu2 siap ngan ayat berbunga2 sesuai zaman rock kapak, lagu banyak yg puitis kan… dan ada posmen karat 😀

    • hehehe…zaman dah berubah, patutnya bila dunia dah maju, bahasa kita semakin maju.
      Sebab tu agaknya pelajar-pelajar tulis pun guna perkataan macam sms.
      Ayat berbunga-bunga dah tinggal ranting kering.:)

  2. Asalamualaikum

    Dulu kak Long semangkin meningkat usia bertambah sempurna perkataan ucapan dan ejaan, sekarang ini apa pasal lain macam pula jadinya ?,

    terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam..
      Salam hormat pakcikli,
      Sekarang semua nak pantas.
      Tulis pun sekerat-sekerat saja.
      Kalau tak terbawa-bawa ke dalam dewan peperiksaan tak apa juga.
      Nanti jawab soalan Bahasa Melayu pun jadi layu…

    • ..
      Sebab tu dah banyak kes yang mengejutkan dan menakutkan berlaku dalam kalangan pelajar.
      Mungkin akibat akibat daripada dah tak sabar-sabar….
      Belum tiba masanya, dah jadi papa dan mama.

  3. kakLong;
    Perasan tak budak-budak sekarang suka bawa Pendrive?
    Kena tengok-tengok juga apa isinya….sebab kami pernah jumpa sesuatu yang tidak sepatutnya dalam operasi seumpamanya….remaja sekarang, nauzubillah!

    • CkLah…
      Terima kasihlah sudi berkunjung.
      Semoga dah sihat.
      Hmm…memang betul, dalam pen drive, macam-macam ada.
      Dalam hp tu pun, kononnya mereka sorokkan dalam file di sebalik file.
      Bila selongkar file tu, iskkk, iskk….

  4. Salam Kak Long….

    Uishhhh, Ops Kantoi. Mcm Pakcik Polis pulak Kak Long nihhhh.
    Byk ekkk barang “seludup” yg bebudak sekolah tu bawa ekkkk. Diaorg nih lebih kaya dari kita,Kak Long.

    Surat cinta gituu ekkkk? Pa & Ma lagi gituuuu. Mula2 Pa & Ma dlm surat cinta. Lepas tu Pa & Ma sampai perut BOYOT. Huhhh, bebudak zaman canggih nihhh !!

  5. salam kaklong..

    syok plak baca surat cinta tu hehe.. kat skola saya pun budak tahun 6 dah pandai buat mende2 gini.. minggu lps.. guru besar tangkap diaorg kat dlm semak depan skola.. ntah buat apa ntah .. iskk..

    saya amik surat kat atas tu ekk… buat contoh.. hehe. tenkiu kak long..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s