Hari Minggu Yang Biasa-biasa

Pagi tadi menghantar adinda ke klinik sebab dia demam dan sakit kepala sampai tak larat nak bawa kereta. Doktor beri injection dan cuti 3 hari. Larang dia keluar rumah….

Balik dari klinik lewat tengah hari. Terasa macam tak nak makan nasi sebab pagi tu Kak Long masak nasi lemak. Jadi sebelah tengah hari masaklah pulak spegetti.

Hari ini masak spegetti.
Mula-mula siapkan bahannya:
Saya tuliskan resepinya atas permintaan T_T
(Selamat memasak…iye ke awak nak memasak ni?)

Spaghetti (rebus dalam air mendidih yang dicampur beberapa titik minyak zaitun)

Kuah:-
5 biji tomato
2 biji bawang besar
150g celery
2 helai daun salam
200 g lobak merah
500 g daging kisar
3 sudu tomato puree
500ml brown stock
Oregano
garam dan lada sulah
sedikit minyak zaitun

Cara memasak kuahnya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang dengan bawang besar sampai naik bau. Masuk celery, tomato dan daun salam.
2. Masukkan daging kisar, tomato puree dan brown stock. Masuk lobak merah yang dipotong dadu. Biar mendidih dan kering sikit.
3. Masuk garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Hidangkan dan hias dan tabur keju parmesen jika suka.

Dah siap, hidangkan siap dengan bahan hiasan sekali. Rahsianya, walaupun rasanya biasa-biasa aje, tapi bila dah dihidangkan dengan hiasan tu, rasa ala-ala makan kat hotel pulak. Hihihi…
hidangspegg

Kak Long – Rasa macam blog ala-ala ‘kuali’ lah pulak hari ni.

Advertisements

12 comments on “Hari Minggu Yang Biasa-biasa

    • Di hari minggu, Kak Long layan je tekak tu..
      pagi tekak Melayu,
      tengahari tekak Italian,
      dan malam….tekak Jepun.
      wah…tekak antarabangsa gitu! πŸ™‚

  1. amboi selera italiano di hujung minggu …
    hujung minggu iza jumpa kekanda blogger ittew ekekekee..
    pasni bila2 boleh ler jumpa cikgu ittew pulak, sebab dia nak belanja iza minum kopi , erk tetiba ahahaha

    • iza,
      selera antarabangsa…
      dah jumpa kekanda blogger itu di hujung minggu…
      lepas ni ….jom dating dengan cikgu ini,
      anytime…… kita “meh, secawan!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s