Post yang ke-100

Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan SPM bagi tahun ini. Dan Kak Long pun kena bertugas mengawasi peperiksaan hingga pada pukul 4.30 petang ini. Tak lama lagi bermulalah kesibukan memeriksa kertas-kertas peperiksaan.

Entri ini merupakan post yang ke-100. Kak Long mula menceburi bidang blogger sebagai blogger yang tidak tegar semenjak bulan Disember 2008. Pada masa itu, Kak Long menulis blog sekadar suka-suka, sebagai catatan peribadi dan syok sendiri. hehehe….. Tak sangka pulak, seronok juga dunia blog ini. Melalui dunia blog, boleh mendapat kawan-kawan, berkongsi pengalaman, mendapat dan menyampaikan pesanan dan sering juga sebagai medan menajamkan akal fikiran.

Justeru, sebagai blogger yang belumpun setahun jagung, maka terlalu banyaklah kelemahan dan kekurangan dalam blog Kak Long ini. Maka, diharapkan kepada teman-teman yang sudi mengunjungi blog ini akan memaafkan kekurangan-kekurangan itu. Pandangan dan tunjuk ajar daripada sifu-sifu amatlah dialu-alukan…

Kak Long – Nak ke luar daerah sebentar esok. Ada tugasan yang perlu dibereskan. Hmmm….malam ni kena siapkan segala dokumen yang perlu dibawa. Tak dapat nak merayau-rayau di ruang maya.

Advertisements

19 comments on “Post yang ke-100

  1. Tahniah Kak LOng…saya nak bagi nasihat pun bukan selayaknya…moga Kak Long dipermudahkan segala urusan..

    p/s – saya juga akan ke luar daerah esok pagi… lusa juga ada appointmen dgn hospital…..cuba memenuhi berbagai tuntutan

    • Terima kasih Kenari.
      Hahaha…nasib baik ada blog.
      Sekurang-kurangnya ada juga tempat berkarya ya.
      Ada masanya, berkarya di blog lebih jujur dan terkini…

  2. tahniah kak long… kira okey lah tu 100 entry dah walaupun setengah tahun jagung hehe.
    selamat bertugas, moga semua barjalan lancar.
    tegar tak tegar bila dah blogging automatik akan rasa rindu kat blog kalau banyak hari tak jenguk kan kan..pelik betul hehehe

    • Terima kasih iza.
      Alhamdulillah, segalanya mengikut perancangan.
      Betul tu, bila dah mula berblog, sentiasa cuba cari masa untuk menghampirinya.

  3. Tahniah kak long ……. chekdee pun suka dengan aktiviti berblog ini …ianyer seakan open diari….sesiapa jer boleh baca …… asalkan apa yang kita tulis tu ikhlas….. bukan cerita-cerita kosong….kita hanya bercerita kisah suka duka kehidupan kita sendiri jer…kan gitu……….

    • Chekdee,
      Memang mulanya macam tulis dairi..
      hanya cuba mencatatkan apa yang dialami dan dirasai….
      Dan rasa gembira juga bila cerita-cerita dalam kehidupan kita ini dapat dikongsi bersama.
      Dengan harapan, yang baik dijadikan panduan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
      Juga di blog, ada ketikanya kita dapat berbincang tentang apa yang kita fikirkan dengan lebih bebas dan tulus.
      Terima kasih.

    • Marilah kita bersama-sama terus berblog cik juliet.
      Terima kasih. Jaga diri dan kesihatan juga, ya cik juliet!

    • Eh…tak lah seminggu.
      Trial SPM mula minggu ni.
      Kemudian sambung semula lepas cuti nanti.
      Terima kasih ckLah.
      Selamat bercuti juga.
      Semoga ckLah dah sihat.

    • Terima kasih Tipah kerana sudi mengunjungi Kak Long.
      Maaflah kerana blog kak Long mungkin tidak seiring dengan citarasa Tipah.
      Kak Long ni blogger baru belajar.
      ……
      Segala kesilapan dan kekurangan mohonlah berbanyak kemaafan.
      (Tapi, mengapa Tipah menggunakan url dan email palsu erk?? Musykil juga Kak Long)
      Tapi tak mengapalah.
      Semoga Tipah sudi memberikan tunjuk ajar pada blog yang keypoh dan poyo ni..
      Terima kasih sekali lagi pada Tipah… 🙂

  4. Errrkkkkk,Kak Long…

    Siapa la si Tipah tu ye??
    Manusia oh manusia……..
    Macam2 ado….

    Apa pun, semoga Kak Long terus maju dlm dunia blogging ni ye. Sy support Akak.
    Go..go..go,Kak long. 🙂

    • Zyma,
      Errrr…..????
      Terima kasih kerana sokongan Zyma tu.
      Insya Allah, Kak Long akan terus menimba ilmu dalam dunia blogging ini.

      Tak mengapa, Kak Long menghargai segala komen yang diberikan.
      Sekurang-kurangnya sudi juga singgah di blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s