Selipar Jepun Yang Jadi Rebutan

Semalam, satu pertandingan Permainan Tradisional telah dianjurkan.  Hanya untuk pelajar Tingkatan 4 sebab pelajar Tingkatan 5 sedang berperang untuk Peperiksaan Percubaan. Agak leka juga menyaksikan pelajar-pelajar berebutkan selipar jepun, satu antara permainan tradisional  yang dipertandingkan. Seronok betul melihatkan mereka berusaha membina segitiga dengan menegakkan tiga  selipar jepun. Satu lagi selipar jepun digunakan untuk ‘membunuh’ ahli pasukan lawan. Permainan ini memang nampak ringkas, tetapi sebenarnya memerlukan kerjasama dan kebijaksanaan merancang strategi mengalahkan pihak lawan. Ada kalanya agak lucu juga. Riuh-rendah mereka bermain.

Satu lagi permainan yang menjadi tumpuan ialah permainan galah panjang atau galah adang. Sebenarnya, permainan selipar jepun ni memang Kak Long sendiri pun tak pernah main. Kalau galah adang tu, adalah juga dulu. Lain-lain permainan yang menyeronokkan ialah konda-kondi, baling getah, dll. Huh…seronok. Justeru, bila tengok dia orang bermain, alahai…terkenang zaman dulu-dulu.

Dalam zaman siber ni, kebanyakan kanak-kanak dan remaja jarang sekali berpeluang bermain begini. Mereka lebih banyak bermain di dalam rumah, menghadap komputer, bermain PS 1, 2 @ 3. Bila mereka dapat bermain permainan tradisional ni, bukan main seronok lagi dan Kak Long tengok mereka begitu  bersemangat bermain. Cuma, nak buat macam mana, dalam keadaan yang tak begitu menggalakkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti di luar ni, terpaksalah meminimumkan permainan yang dipertandingkan.

Semoga permainan tradisional ni tidak akan lenyap ditelan zaman.

Kak Long – Nak muat naik gambar tapi tak sempat…hujan, tenet agak tenat. Insya Allah, mungkin kemudian sikit.

 

Advertisements

18 comments on “Selipar Jepun Yang Jadi Rebutan

  1. Asalammualaikum

    kak Long
    Pakcik mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak dan memohon kemaafan jika ada terlanjur perkataan yang terkelaluan selama ini.

    Apa pasal disebut kasut jepun ?
    jepun buat ke
    dari jepun ke
    dari zaman jepun ke

    Kasut jepun, jepun punya ke ?

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam..
      Terima kasih dan salam hormat.
      Saya juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.
      Juga saya pohonkan kemaafan jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan.


      Saya pun cari juga asal usul selipar jepun ni, tapi masih belum jumpa.
      Ada yang kata, selipar tu dipanggil selipar jepun sebab masa zaman jepun dulu, mereka pakai selipar macam ni. Jadi sampai sekarang, semua selipar yang seumpama ini dipanggil selipar jepun. Hmm, tak tahulah betul ke tidak..sebab tu orang kata.

  2. waa syok tu..permainan peberet zaman kanak2 tu. tapi kami guna bola untuk “membunuh” kalau jemu dengan selipar jepun, tukar pakai tin susu. Kaedahnya sama ja.
    zaman tu permainan pun ikut musim…musim batu seremban, musim lompat getah, lempar getah, main tampar kad hehe, erm main laga biji getah..semua permainan masa tu mesra alam, sampai kotor baju.. balik umah kena leter 😀

    • haha..memang zaman kanak2 menyeronokkan.
      oooo…boleh tukar selipar jepun dengan tin susu ya?
      ingat lagi bila main lempar getah tu, penuh tangan dengan gelang getah.
      mas tu, gelang getang lagi glamour daripada gelang emas… 🙂

    • Salam Zyma,
      Alhamdulillah…
      Terima kasih.
      Semoga Zyma juga gembira menyambut Ramadhan dan menunaikan ibadah yang sempurna.

  3. Salam ziarah kak long…
    Su ingat lagi permainan ni. Pernah main zaman kecik dulu. Permainan yang tak memakan banyak belanja dan baik untuk mengeluarkan peluh. Seronok kan…?

    • Salam Su,
      Banyak permainan dulu-dulu menyeronokkan.
      Memang betul tu, belanjapun tak banyak.
      Sayangnya kanak-kanak sekarang jarang dapat bermain permainan tersebut.

  4. kak long tak pernah main ke permainan selipar jepun ni??

    best woooooooooo….
    nak2 klu kena selipar kat badan… berbirat2… hihihi

    .
    .
    .

    jom kita main nak tak kaklong… bulan2 posa ni ok gak….
    hahahaha

    selamat menyambut ramadhan
    maaf zahir batin ya….
    keslhn kaklong YANG BANYAK tu dah lama aku maafkan… hahaha

    • alahai kts…
      sian kak long kan? tak pernah main selipar jepun ni.
      patutlah badan kak long tak ada birat-birat, macam kts..hihihi…
      ….
      ….
      nak main bulan posa ni? boleh je…
      mesti tak ingat nak balik berbuka nanti.


      terima kasihlah kerana telah lama memaafkan kesalahan kak long yang BANYAK iteww….
      kalau cam ni, kalau kak long buatlah lagi kesalahan BANYAK2 pada kts yang tentunya sudi memaafkannya….
      uhuhuhu…

  5. Salam Ramadhan.
    Kak Long,
    zaman saya kecik2 dulu selalu main permainan ni. Kami panggil main “tuju selipar”. Kalau guna tin, namanya “tuju tin”…

  6. salam kak long, permainan traditional memupuk semangat kerjasama, kreativiti, daya tahan dan semangat berpasukan. dulu2 sy pun main “tuju kasut”, galah panjang dll. mmg riuh rendah, kenangan lalu mengusik jiwa ceewahhhhh!!!

    slmt berpuasa utk kak long sekeluarga ye

  7. ada kalanya terasa rugi pula pabila terlihatkan anak2 sendiri terperosok di dlm rumah sambil melayan Ben10, naruto, mickey mouse dan sebagainya.

    Tidak seperti zaman anak2 kampung seumpama bapanya. Penuh dgn aktiviti membina jatidiri, sosial dan fizikal…

    entahlah, apa nak jadi akan datang pun tak tahu.. huhhu

  8. Memang seronok permainan tradisional ni, dapat menjalin dan mengerat persahabatn. Harapnya pihak sekolah dapat memupuk permainan ni supaya tak hilang ditelan masa.

    Salam Ramadhan Kak Long, selamat berpuasa 🙂

  9. @Saliza
    Tahun depan bolehlah kak long cadangkan main ‘tuju tin’ pulak.


    @jard
    ko suka pakai selipar jepun erk???

    …..
    @kenari,
    permainan tradisional ni memang banyak faedahnya.
    riuh rendahnya pun memang tak boleh dilupakan…

    …..
    @juliet,
    kalau kat aparment dan flat, kena cari padang bila nak main., kan?


    @maza,
    aduhsss…pedihnya mendengar keluhan anak kampung yang dah menjadi bapa kepada anak-anak bandar.
    nak buat cam mana, zaman sekarang tak begitu selamat nak bermain di luar rumah.
    sebab tu, kami di sekolah cuba adakan aktiviti sebegini supaya anak-anak era siber yang hanya kenal Ben10, naruto dan yang sewaktu dengannya kenal akan permainan itu.

    ….
    @ckLah,
    selamat beroleh keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.


    @bunga rampai,
    semasa kami adakan permainan itu, memang nampak sangat pelajar-pelajar tersebut bekerjasama sambil bergembira.
    Insya Allah, aktiviti ini sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s