Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Hari ini hari pertama kita berada di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua. Semoga segala amalan yang dilakukan akan diterima dan diberkati.

Kak Long nak berkongsi beberapa rangkap pantun yang diterima :-

Sekotak kurma secawan madu,
Selaut kasih seluas rindu,
Salam manis penuh syahdu,
Salam Ramadhan kuucapkan padamu.

Ramadhan yang mulia telah menjelma,
Bulan pengganda amal dan pahala,
Jauhkan dari noda dan dosa,
Moga hidup diberkati Yang Esa.

Matahari pagi tinggi menjulang,
Rumput hijau tak lagi berembun,
Bulan Ramadhan telah menjelang,
Salah dan khilaf mohon diampun.

Nabi SAW bersabda, “Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang sedang berpusasa, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah sesungguhnya aku berpuasa.” (HR Bukhari Muslim)

Kak Long – Semenjak semalam masih mengalami masalah dengan internet. Mungkin masih berada dalam kawasan yang tiada liputan 3G, jadi broadband sangat perlahan. Nak upload entri ni pun dah nak dua jam sebab asyik hilang aja sambungannya. Nasib baik bulan puasa dan tahap kesabaran lebih tinggi. huhuhu…

Advertisements

14 comments on “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

    • nampaknya jalur lebar tu belum cukup lebar nak menampung keramaian orang yang sedang pakai internet…kan?

    • alhamdulillah…
      ckLah,
      stok kurma yang dibekalkan oleh orang turnisia tu cukup bukan takat bulan ramadhan je, malahan cukup setahun rasanya. 🙂

  1. Kena banyak bersabarlah kaklong. Line internet kat sini pun gitu gak. Ada masa laju, ada masa macam ciput…ekekekeke…….

    • Welcome back Tie…
      Selamat berpuasa.
      Agaknya dah ditakdirkan begitu lambat dan semputnya line internet Kak Long semalam dan kelmarin tu. Nasib baik hari ni bila balik rumah, En Streamyx tak meragam.

  2. Selamat malam Kak Long…Amboi siap karang pantun comel lagi.

    Mmg b/band ni kalau time sengal tuu huh kena sabor jer lah kan.. huhuhu
    Selamat berpuasa (esok) 🙂

    • chekdee…
      bukan kak long yang pandai berpantun, tapi pandai berkongsi pantun namanya…hihihi…
      marilah kita berpantun chekdee…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s