Sentuhan Protein

Sumber makanan protein terbaik ialah:-
a) ikan
b) telur
c) ayam
d) itik
e) keju
f) kacang
g) kekacang
h) soya
i) daging

  • Tentang Protein?

  • Protien merupakan nutrien yang sangat penting kerana ia membantu membina sel baru.
  • Hampir sebahagian daripada jumlah protein yang masuk ke dalam tubuh ditukar menjadi enzim setiap hari. Enzim itu khusus untuk mengawal tindak balas bialogi dalam badan dan membenarkannya menjalankan fungsi seperti mencerna makanan dan mengumpul atau membahagikan molekul untuk membuat sel baru.
  • Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini, enzim biasanya memerlukan vitamin dan mineral tertentu.
  • Sebagai contoh, protien yang ada dalam susu dapat mengaktifkan mekanisme perlindungan dan meningkatkan radang pada sel kulit yang terdedah pada rengsa dan mempercepatkan proses pemulihan. Protein laktoglubin yang terkandung dalam susu berupaya meningkatkan tona kulit untuk menjadikannya lebih pejal dan mengurangkan kesan kedutan yang ketara.

    ikankukus

    Gambar hiasan  daripada En Yahoo

    Kak Long Masa berbuka minum susu. Masa sahur makan ikan.  Ikan dikukus sahaja supaya dapat mengekalkan proteinnya. Selain itu, sambil menunaikan kewajipan berpuasa, kesihatan pun terjaga. Kerjapun lebih mudah dan dapur bersih daripada minyak. Huhuhu…..

    Advertisements

    16 comments on “Sentuhan Protein

    1. Salam kak long,

      Bila cerita pasal ikan kukus, saya perasan ramai juga orang Melayu kurang suka makan ikan kukus. U know what they said? “Ikan tu macam tak masak aje, tak lalu lah nak makan”. Hehehe.

      Tapi, itulah makanan yg berkhasiat.. 🙂

      • Salam Insyirah…
        Ada kebenarannya juga tu..
        Mungkin juga terpulang pada persekitaran keluarga.
        Kalau dah biasa, memang sedap.
        Dan cara kukus tu, kalau kena gayanya, lebih sedap dan sangat berkhasiat…kan?

    2. Cam nak masak ikan kukus pulak untuk menu berbuka puasa hari ini….sedap tu……letak banyak halia dan perah asam limau….dan ada sos tiram……yummmiiiii

    3. Saya pulak macam tak boleh nak makan ikan kukus.. mesti nak kena goreng.. bagi garing-garing pulak tu.. hari ni berbuka makan murtabak (goreng lagi).. sahur esok biasanya nasi ngan telur goreng dadar..

      • Sebenarnya ikan kukuspun sedap…
        Memang ramai yang lebih suka ikan yang garing.
        Semuanya mesti goreng erk….

    4. Asalamualaikum

      Hai Kak Long, asyek masak sedap sedap tu bila pula nak buat kueh raya, nak buat kueh tunjuk tunjuk AJE KE?

      kAK lONG KAK lONG, kata orang protin itu banyak asid amino nanti kena ghaut, menjeri tjerit sakitnya, hari raya hospital dan kelinik tutup siapa nak merawat kak Long nanti

      Terima kaseh salam hormat.

      • Assalamualaikum pakcikli,
        Salam hormat dan terima kasih kerana peringatan itu…

        Tentang kuih raya tu, tahun ni Kak Long mengamalkan langkah berjimat-cermat. Berkongsi dengan adik-beradik untuk buat beberapa jenis kuih sahaja sebab biasanya bila hari raya pertama dan kedua tetamu lebih suka makan ketupat dan lemang.

        Tentang protein tu pakcikli…memang ada asid amino, dan sebab itu kita dianjurkan agar bersederhana. Dan kitapun dinasihati agar pilih makanan seimbang.
        Bukan begitu pakcikli?

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s