Tag daripada Maza

Kali pertama Kak Long diberikan tag….  Rupa-rupanya tersenarai nama Kak Long untuk membuat tag ini. Mula-mula, masa Kak Long melawat blog Maza setelah entri itu disiarkan, tenet memang tengah tenat, jadi cuma baca entri semasa. Entri sebelumnya, tertinggal, hinggalah Kak Long berkesempatan merayau-rayau pada posting sebelumnya, maka barulah sedar, ada tugas yang diberikan oleh Maza. isks, memang Maza ni…..(Mula-mula nak buat-buat tak nampak, tapi tak sampai hati pulak…)

Sebenarnya tak reti betul nak jawab tag ni. Tapi sebab Maza dah beri penghormatan tersenarai dalam list Maza, Kak Long cuba juga sedaya upaya untuk menjawab tag dari Maza (Gubuk Kecil Kembara Jalanan).

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

Inilah award yang Kak Long cut and paste daripada tugasan tersebut. Kalau tengok signature kat gambar tu, ha, tahulah yang asal usul gambar tu dah diedit oleh en_me yang tag maza yang kemudiannya menghulurkan baton kepada orang lain pulak….

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini. 3 untuk Jard dan 3 untuk Mokcik Azwa.

Jard (nasib baiklah tahu juga sedikit sebanyak tentang adik yang seorang ni)

a) ceria     b)  kreatif     c) selalu ada unsur kecindan

– Mokcik Azwa (saya belum berkenalan dengan mokcik ni… nanti saya akan cuba usahakan untuk menghulurkan salam perkenalan dan berharap beliau sudi menerimanya)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.

1) Menulis  – Tiap-tiap hari Kak Long mesti menulis. Yang pasti menulis Persediaan Rancangan Mengajar kerana diriku seorang guru dan menulis di blog sendiri atau komen di blog kawan-kawan Kak Long itu….Asal dapat menulis, rasa berserilah dunia Kak Long. huhuhu…

2) Membaca – surat khabar, majalah, novel, blog, papan tanda dan yang sewaktu dengannya.

3) Melancong –  pantang cuti, sebelum H1N1 dulu memang ada aja perancangan ke mana-mana tempat, kebanyakannya di Malaysia dan di negara-negara yang berjiran dengannya. Ke tempat yang agak jauh, dua tahun sekali, kalau ada budget…layan jugak!

4)  Shopping – Sangat suka aktiviti shopping termasuklah window shopping. Tapi semenjak H1N1 Kak Long lebih suka shopping kat kedai runcit je…

5) Lukisan – Suka melihat lukisan sebab macam-macam  ada pada sebuah lukisan dan teringin nak melukis walaupun tak pandai pun.

6) Kebudayaan  – Suka menonton teater dan persembahan yang diwarisi daripada budaya kita.

7) Belajar – Suka belajar sesuatu yang baru. Lagi banyak belajar, insaf sangatlah yang banyak betul ilmu yang kurang pada diri.

8) Makanan – Suka cuba pelbagai jenis masakan walaupun taklah pandai memasak pun. Juga suka jalan-jalan cari makan terutama kalau bersama adindaku itu…

9) Menghadap komputer – Mula-mula tu sebab keperluan pembelajaran, sebab kena siapkan sofware masa belajar dulu, kemudian cari  bahan atau siapkan bahan pengajaran dan pembelajaran, tapi lepas tu, dah jadi rutin terutama bila masuk dunia blogger.

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka

Kak Long sebenarnya tak tahu nak tag sesiapa sebab kebanyakan senarai nama Kak Long dah kena tag (haha…kusedari siapa diriku ini…. dah dasar blogger tak popular….). Lagipun ramai gak yang tak suka kena tag kan! Tapi, bila dah cuba jawab tag…Kak Long fikir, salah satu cara juga nak kenal rakan blogger.

Jadi,  Kak Long senaraikan 8 orang sahaja dan yang 2 lagi tu (soalan terbukalah kiranya) dan Kak Long harap siapa yang sudi nak tolong Kak Long, tolonglah jawab tag ini ya.

1)  kutak sempurna – anak gadis yang suka makan donut dan katanya tak suka makan ayam walaupun dia suka ayam…hahaha

2) Anaklaut – anak muda yang pandai menulis puisi.

3) Razifembi – orang Penang yang suka mengambil gambar  dan gambarnya perghhhh cantik sangat.

4) Nuha – budak ceria dan berwawasan orangnya.

5) Pakcikli00 – seorang dukun asmara yang mempunyai banyak ilmu terutama yang tersirat.

6) Saliza – Seorang cikgu baik hati daripada Jengka.

7) Kenari – Seorang wanita yang terlibat dalam bidang perakaunan dari Alor Setar.

8)  Kak Long Zue – Wanita berbintang Aries yang duduk dalam lubuk ilmu. Bestnya…

Soalan-soalan tambahan:

5. Nama timangan – Pastilah Kak Long dan kembar si Mawar.

6. Anda seorang yang? – ceria (itu kata Maza), tetapi kadang-kala sensitif (tau Maza!)… suka memberikan nasihat kepada pelajar dan bukan pelajar (ala-ala gila motivasi! Dah namanya cikgu…), suka berkawan dan romantik (boleh giteww??)

7. Insan yang teristimewa? – Pastinya keluarga tersayang, guru-guru, dan rakan-rakan.

8. Lagu kesukaan? – Semua lagu yang sedap didengar walaupun kadang-kala tak faham sepatah harampun senikatanya.

9. Makanan kesukaan? –Segala jenis laksa,  donut, kuah berlada orang Melaka, ikan panggang, tom yam, sata (iskss..iskss…. tulis time bulan puasa ni, mulalah rasa nak pergi cari), chicken chop dan sushi….(kira selera antarabangsa erk?) Oppss…cukuplah tu….Kalau senaraikan, seribu satu malam tak habis…

10. Sikap yang membuat anda stress? – Tak reti menghargai apa yang orang dah buat dengan cara yang menyakitkan hati (sekurang-kurangnya ucap terima kasihpun dah cukup) dan suka menjaja cerita yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

11. Warna kegemaran anda? – warna bunga mawar

12. Benda mesti ada dalam beg? – pen merah, pen biru, pen drive… (Dah namanya cikgu, payahlah kalau tak ada pen. Haha… boleh sambung, jangan marah…i love you!)

13. Kali terakhir anda menangis? – tak ingatlah sebab rasanya dah lama tak nangis…

Wah…dah selesai menjawab tag? Oh.. lihatlah dunia!!!!  Seakan tak percaya yang diriku telah melaksanakannya tugasan yang amat berat ini… (Iskss…macam pentas anak wayang pulak!)

Kak Long – Semoga Maza berpuas hati dengan pendedahan ekslusif ni..huhuhu..

signMM

Advertisements

18 comments on “Tag daripada Maza

  1. Terima kasih..
    CkLah…cuti seminggu dah nak habis..
    Rindu pulak nak dengar Selamat Sejahtera Cikgu tu balik..
    Selamat berpuasa.

  2. Asalamualaikum

    Hai Kak Long, semalam anakanda kujie sebut dan puji nama saya hari ini Kak Long pula berpakat ke?. Alhamdulillah kalau kak Long puji saya , saya hanyalah seorang hamba yang tidak layak menerima apa apa, segalanya pulang ke Allah, jika Allah dipuji rahmatnya akan mencucui kita bersama, puji dan pujilah lagi kak Long biar menjadi puji pujian.
    Lagi satu kak Long, kalau Kak Long memuji saya kerana Allah, saya gayat kak Long, gayatnya macam naik kereta sorong, Kak Long baangkanlah mula orang ankat kita kemudian dia tolak, tak bahaya ke kak Long ?. Walau bagaiman pun Kak Long terima kaseh untuk segala galanya.

    mengambil berkat di bulan puasa
    kak Long berbudi saya berbahasa

    Terima kaseh salam hormat

    • Pakcikli…
      Salam hormat,
      Kak Long dan Kujie tidak berpakat..
      Saya cuma menyatakan apa yang sebenarnya.
      Saya fikir begitu juga dengan Kujie.

      Semoga dirahmati kita semua di bulan yang mulia ini.

    • Salam…(sambil tersenyum simpul!)
      Waduh…ngapa kaget?
      Nanti tolong jawab ya!
      (sambil membuka simpulan senyum!)

  3. Hihi…cepat buat Tie..
    Tak sabar nak baca tag Tie pulak.
    Kak Long nak masukkan nama Tie, tengok Tie dah kena tag dulu…

  4. Asalamualaikum

    Apasal komentar pakcikli00 sahaja yang kak Long tidak jawab, pasal marah entri terbaru dihalaman dukun asmara ke ? anak anak ni kalau pakcik tak beritahu siapa lagi yang berani nak beritahu hal sulit mulit yang sedemikian kak Long, maaf le kak Long ya. Terima kaseh salam hormat.

    • Assalamualaikum pakcikli..

      Salam hormat…
      Janganlah salah sangka..
      Bukan saya tak nak jawab komen pakcikli..
      Saya pernah beritahu yang saya amat menghargai setiap komen yang ditinggalkan di sini tetapi ada kalanya saya tidak mampu menjawab semuanya.
      Seperti yang saya katakan, nak jawab komen pakcikli ni, kena fikir secara mendalam…dan saya pula hanya mampu membaca sepintas lalu sahaja petang tadi kerana hendak menyediakan juadah berbuka.
      Saya fikir saya nak buat dulu entri tentang syarat pertandingan yang saya janjikan itu dulu sebab saya malu pada pakcikli kerana lambat menyiapkannya.

      Maaf ya pakcikli…saya memang tak berniat nak pinggirkan komen pakcikli dan jauh sekali hendak marah pada entri pakcikli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s