Menjelang Hari Kemerdekaan

Esok merupakan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Pada tahun ini kita menyambutnya di dalam bulan Ramadan. Semoga sambutan Hari Kebangsaan kali ini membawa kesedaran dan keberkatan buat kita semua.

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah:
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia

MAKSUD LOGO:

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Lirik Lagu 1 Malaysia
1 Malaysia
Tahun terbitan : 2009
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu malaysia untuk semua

Sumber :- Sektor Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Video Lagu 1 Malaysia (sumber:- youtube)

Kak Long:- Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Hargailah kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita ini dan usah dipersiakan perjuangan mereka yang telah berkorban untuk merealisasikan kemerdekaan ini.

Advertisements

26 comments on “Menjelang Hari Kemerdekaan

  1. Asalamualaikum

    Ai Kak Long, nyanyi pulak, kak Long, kak Long !

    Rakyat Malaysia taat dan setia
    seperti Tuah Laksamana Melaka
    tidak akan Melayu hilang di dunia
    selagi negaranya ada beraja

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam,

      Nyanyi lagu patriotik pakcikli….
      Terima kasih kerana memberikan pantun semangat.

      Kurma muda rasanya kelat,
      Dimakan ketika berbuka puasa,
      Negara Malaysia negara berdaulat,
      Semoga makmur aman sentosa.

    • Tanggungjawab kita menghayati erti kemerdekaan dan memupuk semangat merdeka dalam jiwa anak didik kita kan cikgu?

    • Biar betul Tie!
      Wah, sibuk sangat dengan dapur Ramadan, sampai lupa negara kita nak sambut Hari Kebangsaan ya?
      Tak apa.. nasib baik dah ingat! Merdeka!!!

  2. salam klong….dalia pun nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan..
    dan tak terlewat rasenye nak ucapkan selamat berpuasa….semoga ibadah kite diterima…amin..

    • Salam Dalia,

      Terima kasih..
      Selamat Menyambut Ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-52.
      Juga semoga Ramadan kali ini lebih bererti dan diisi dengan amal dan akan mendapat penuh keberkatan! Amin…..

  3. Selamat Menyambut Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-52.
    Semoga kita semua berusaha memastikan negara aman dan makmur selama-lamanya dan belajar daripada sejarah silam.

  4. selamat hari merdeka! bagus tul posting nieh…siap ade lagu lagi…budak2 sekolah sekarang tak reti pon nyanyi…punyalah tak amik tau. elok kak long buat macam nieh….

    • Memang ada yang tak ambil tahu. Sebab tu, baru-baru ni sempena bulan kemerdekaan, sekolah Kak Long adakan pertandingan lagu patriotik.
      Bagus juga budak2 tu bersemangat mendendangkan pelbagai lagu patriotik.
      Selamat Hari Merdeka Cheryna!

  5. semalam baris..dah pahit2 kurasakan tekak ni..nak aje..minum ayoo..dah tak tahan dah..tapi nasib baik iman tu tebal sikit la..berjaya juge akhirnya..demi negara tercinta!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s