Ada apa dengan nombor 090909?

Hari ni tadi, semasa memeriksa buku latihan dan menandatangani latihan yang diberikan, tertarik pula pada tarikh yang ditulis pada tanda tangan iaitu 09/09/09…

Apa kaitan kak Long dengan tarikh 09 September 09 yang mempunyai gabungan angkanya yang comel iaitu 090909?

1) Satu hari dalam bulan Ramadan yang bersamaan dengan 19 Ramadan 1430H.
2) Hari persekolahan yang amat sibuk (Hari biasa pun sibuk juga, tapi hari ini terasa extra sibuk..dan bukannya buat-buat sibu, uhwa….”sampai tak nampak batang hidung”, tegur jiran tetangga sebelah meja)
3) Hari ini dah menyelesaikan tadarus Al-Quran…. (seronoknya, taklah berdebar2 lagi takut tak sempat tamat sebelum majlis khatam Al Quran di sekolah Kak Long akan diadakan pada awal minggu depan)
4) Pertama kali berbuka di luar sepanjang bulan puasa tahun ini kerana menghadiri majlis berbuka puasa keluarga di salah sebuah hotel di tepi pantai yang indah kerana salah seorang ahli keluarga menyambut hari ulang tahunnya. Happy Birthday To You Dear SKA..
5) Menerima sms comel daripada Iza si bintang comel. (Terima kasih ya, Iza.Cute mesej tu!)
6) Menyiapkan segala kad jemputan dan pengirimannya untuk majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran pada awal minggu hadapan.

Sebenarnya tarikh hari ini sama sahaja. Mungkin kerana dilahirkan sebagai orang Melayu yang beragama Islam yang tidak taksub dengan nombor, tak adalah sesuatu yang istimewa dengan tarikh atau nombor yang terasil daripada tarikh hari ini. Cuma bila Kak Long melihat  nombor yang lahir daripada tarikh tu, rasa seronok pula tengok gabungan nombor tersebut..

Kak Long – Sedang mengintai waktu senggang di celahan kerja yang menuntut masa yang agak panjang.

Advertisements

14 comments on “Ada apa dengan nombor 090909?

  1. Waalaikumsalam…

    Assalamualaikum pakcikli..

    Salam hormat…
    Saya tak berani buat panggilan 999 jika tidak ada dalam kecemasan sebab takut didakwa membuat panggilan palsu. 🙂

    Terima kasih.

  2. sha pon rasa nombor tuh menarik tp tak brape significant sangat…maklumlah…takde ape pon kalau kita nieh islam.

    tp effect yg sha dpt tgk bila kawan2 yg cina mula sibuk nak pergi sembahyang sempena no. cantik nieh.

    * lagi sibuk nak tgk 10.10.10 nanti:)

    eh…kak long dah siap2kan barang tadarus? alhamdulillah…di sekolah tpt sha mengajar belum nampak lagi…

    • Betul tu Sha, kita ni tak kisah sangat dengan angka tu..
      Cuma nampak nombor tu bila disusun, cantik pulak aturannya.

      Dah siap dah….
      Tinggal minggu depan aje sebelum cuti raya..
      Alhamdulillah, pelajar2 pun ramai yang dah khatam untuk bulan ni.

    • *ekor apa agaknya ya Zyma…???
      Kalau makan sup ekor, lagi sedap….hikhik…

      Semoga setiap hari jadi hari terindah…

      Terima kasih Zyma.
      Zyma juga…take care!

    • Alamak, tak tengok pulak berita ramai yang kahwin tarikh 0909 tu.
      Kalau orang Melayu yang beragama Islam, ramai juga ke?
      Memang mengejutkan juga walaupun tak salah, kan????

    • Ingatkan semalam kurang sibuk, tapi masih sibuk…
      Tempat kerja adakan majlis berbuka di hotel ya?

      Minggu-minggu terakhir ni memang banyak betul jemputan majlis berbuka puasa di luar ni…
      Di sekolah pun ada beberapa majlis berbuka puasa.

  3. Salam kak long,

    Mujurlah tarikh ni jatuh pada bulan puasa, kalau tidak, sure ramai yg menikah pada tarikh 09.09.09. Kita tengok tahun depan pula, 10.10.10…jatuh pada hari ahad…haha, ramai ler akan kahwin pada tarikh tu nanti. Hehe.

    • Salam Insyirah…
      Betul tu, kalau bukan bulan puasa ditambah pula jatuh pada hujung minggu,
      memang berebut2 nak adakan majlis pernikahan. Tak cukup dengan itu, jumlah hantaran pun nanti nak ambil sempena tarikh… macam tahun lepas tu (080808)

      Tahun depan, bertambahlah jumlah nampaknya.

  4. nombor yang menarik…tarikh sepatutnya saya lahirkan intan ( due date ) 09-09-1999 tapi intan tu meronta2 dlm perut nak juga keluar awal..hehehe

    tapi sepupu intan ( aqmal ) lahir pada tarikh tersebut, mcm berganti la pula..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s