Warna dan mawar

Dalam entri terdahulu, Kak Long telah menulis tentang simbol bunga mawar berdasarkan bilangannya.

Sekarang mari kita lihat pula apakah lambang warna bunga mawar.

Sekuntum mawar mampu memperkatakan pelbagai makna. Bagaimana pula dengan sekuntum bunga mawar yang berlainan warnanya?

  • Sekuntum mawar merah menyatakan: “Aku cinta padamu (I love you)”
  • Sekuntum mawar putih membawa maksud: “Perasaanku amat mendalam”

  • Sekuntum bunga mawar kuning menjelaskan maksud: “Dirimu membawa kebahagiaan ke dalam hidupku” atau makna persahabatan
  • Sekuntum mawar merah jambu menyatakan bahawa: “Aku suka padamu”
  • Sekuntum mawar jingga membawa maksud: “Aku amat berbangga akan dirimu”
  • Sekuntum mawar peach (warna apa dalam bahasa Melayunya ya? isk…ckLah, tolong!tolong! ) bermaksud: “Terima kasih” ataupun “Saya amat bersimpati padamu”
  • Sekuntum mawar biru menyatakan:“Kau umpama sebuah mimpi yang tak mampu kugapai.” (Syahdu, gitu…!)

Kak Long : Mawar merah…

 

 

27 comments on “Warna dan mawar

  1. Asalamualaikum

    Kata orang tua tua
    pangkal lidah itu hati
    maka orang yang suka bercerita bunga itu
    hatinya berbunga bunga atau berbunga lagi
    nak tau lagi dengar bunga apa yang dicerita.

    bagaimana perasaannya Kak Long ?

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam pakcikli..

      Ooo…begitu rupanya!

      Memang hati Kak Long selalu berbunga-bunga bak mawar merah kembang setaman, hikhikhik…

  2. kalau sha jd florist kan, sha letakkan ape yg kak long letak nieh kat board. so, masa org beli bunga, dia boleh refer. kan best tuh?

    macam ada satu website bunga nieh, dia letakkan meaning bunga utk org pilih bunga ikut occassion dan perasan.

    ada jugak meaning bunga ikut zodiac. tp sha dah tak ingat nama website tuh sbb masa surfing tak copy jugak.

    * suka ros purple:)

    • Hahaha…
      Pentafsir bunga tak bertauliah…

      Kak Long pun pernah terbaca pasal bunga ni kat internet.
      Kalau jadi florist, warna bunga yang tak ada tu, kita nak buat cam mana kalau orang tanya erk?
      Silap2 orang baling ngan telur sebab silap jawab..huhuhu

  3. mawar merah satu… kak long. huhu bunyi macam order teh tarik ja ehehe..

    p/s: iza dah sampai kampung kak long..syukur semua okey walaupun melintasi 2 eksiden tadi huhu

    • Kalau bunga taik ayam tu, maknanya orang tu nak bagitau yang dia suka makan ayam dan minta belanja kat KFC atau Marrybrown. hikhikhik…

    • mawar bunga idaman hati,
      namun memetiknya perlu berhati-hati…

      duri tajam perlu ada,
      untuk melindungi diri daripada kumbang durjana… 🙂

  4. Memang bunga mawar ni mengkagumkan.. dari bentuk, haruman hinggalah jumlah kuntum diperkatakan..

    Jika berminat ingin tahu rahsia dan tips percuma penanaman dan penjagaan bunga ros dalam keadaan cuaca Malaysia yg panas dan lembab ni bagi pekebun rumah dan peminat bunga ini, silalah lawat ke blog saya. Saya muatkan di blog saya cara2 dan pengalaman saya sendiri yg berjaya menanam hampir 70 jenis bunga ros. Terima kasih.

  5. “Warna dan mawar | Mawar Merah” definitely got me simply hooked
    with ur site! I actuallydefinitely will wind up being returning way more often.
    Thanks ,Veronique

Tinggalkan Jawapan kepada Kak Long Batal balasan