Manusia dan Kesakitan

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana mengurniakan rasa sakit kepada manusia. Walaupun semua orang tidak mahu berasa sakit, tetapi rasa sakit itu harus tetap dirasai oleh setiap manusia. Ketika manusiaberasa sakit, seringkali ingatannya terhadap Tuhan lebih kuat daripada waktu-waktu  dia tidak sakit.

credit to: theburningblogoffire

credit to: theburningblogoffire

Semasa kita tidak sakit, bukannya kita tidak mengingatiNya tetapi apabila kita mengalami kesakitan, kita lebih kerap mengingatiNya. Adakah itu lumrah manusia? Atau mungkin kerana iman kita yang senipis bawang menyebabkan Allah ingin menguji kita dengan kesakitan?

Mengapa Tuhan mewujudkan rasa sakit? Mungkin sebagai tanda Dia mengasihi kita dan ingin kita lebih dekat kepadaNya. Mungkin juga jika tiada rasa sakit, kita lebih mudah hanyut dalam kegembiraan yang tidak bertepi. Sakit di dunia ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan yang harus kita tanggung dalam dunia sesudah mati.

Seringkah kita terfikir, jika kesakitan yang kecil pun kita sering merintih dan rasa tidak tertanggung, bagaimanakah nanti jika waktu itu tiba? Sedangkan sebagai manusia pasti tiada yang tidak lepas daripada pelbagai dosa. Kesakitan seringkali membuat manusia lebih banyak mengenangNya serta mengingati nikmat yang telah begitu banyak dilimpahiNya.

Bila kesakitan ini lebih mendekatkan aku padamu, kupanjatkan rasa syukur dan aku redha dengan segala ujianMu yang hanya sekecil ini berbanding nikmat yang telah sekian lama Kaukurniakan kepadaku!

Advertisements

12 comments on “Manusia dan Kesakitan

  1. sha percaya dengan kesakitan itu boleh membuatkan kita ingat pada Tuhan. Ingat lagi waktu Sha baru lepas operate dulu…waktu nak cuci luka, waktu tuh la rasa nak menjerit nama Tuhan…yg boleh pekup muka di bantal sambil air mata tak boleh berhenti mengalir.

    Tuh baru sikit…ntah2 besok yg lagi sakit tak tau macam mane…

    Thanks kerana mengingatkan sha pada saat itu…

  2. salam cikgu kak long yg manis2 iteww.. huhuhu

    adapun telah berceritalah org2 dahulu kala.. Syahdan di sebuah perkampungan lahirnya sorg wali Allah.

    Arakian wali Allah ini selalu berharap ditimpa kesakitan. Katanya dia takut kalau tidak ditimpa kesakitan, Tuhan tidak menyayanginya lagi.

    Tambahan pula, terdengar dari satu cerita dari negeri atas angin. Katanya kesakitan itu menghapuskan dosa dan mendekatkan kita kepada Tuhan Rabul alamin!

    • Salam Maza..

      huhuhu….
      Sangat suka dengar cerita Maza.
      Terima kasih berkongsi di sini.

      Memang selalu kita dengar yang kesakitan itu salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecil…dan semoga setiap ujian yang ditimpa kepada kita mejadikan iman kita semakin kukuh. Amin!

  3. Asalamualaikum

    Kata orang, sakit demam itu lumrah kehidupan, genjala kekotoran yang berlebihan keluar dari badan. Kalau sakit teruk pun tak apa kerana lawan sakit itu sehat. Tapi lawan hidup itu mati, walahualam. Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam,

      Salam hormat pakcikli.
      Mana ada manusia yang tak pernah ditimpa kesakitan kan pakcikli..
      Tapi itulah, kadangkala sakit sedikit pun tak tertahan, apatah lagi memikirkan kesakitan yang lebih besar daripada itu.
      Walahualam…

      Terima kasih.

  4. sakit yg menghampiri kita terhapuslah dosa2 kecil… begitulah manusia bila susah baru ingatkan Allah..

    kaklong, ku ambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut lebaran yang mulia disamping keluarga tersayang dan maaf zahir batin seandainya ada kata2 & bahasa yg mengguris hati…

    • Sakit itu satu kurniaan juga…
      Dan sebagai peringatan.
      Lumrah manusia, memang mudah lupa…

      SMM, Kak Long pun ucapkan selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
      Maaf Zahir Batin.
      Terima kasih…

  5. Kak Long okey? sihat? tanya khabar dulu mana tau kot2 demam ker, letih sebab kacau dodol ker.. hehe… setuju ngan kak long, bila sakit kita akan lebih qarib dengan Nya

    • Iza,
      Lama kak Long tak berapa sihat.
      Tu yang blogging pun on and off.
      Bukan sebab si dodol, tapi sehari sebelum tu dah tak sihat.
      Masa di kampung pun, rehat sahaja.
      Seringkali bila kita sakit, kita lebih sedar untuk menghargai dan bersyukur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s