Di selekoh itu

Kita telah memasuki 27 Ramadan.Hanya beberapa hari sahaja lagi akan berakhirnya bulan yang penuh keberkatan ini.

Hmmm…..dah nak hampir sampai di selekoh terakhir di bulan Ramadan???

Hanya tinggal 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan. Semoga tiap selekoh yang telah kita lalui di sepanjang bulan Ramadan banyak memberikan manfaat dan tambah mengukuhkan keimanan kita sebagai umat Islam.

Hanya beberapa hari lagi bulan Syawal akan menjelang. Terasa begitu cepat masa berlalu…

Cuti sekolah untuk musim perayaan kali ini pun akan bermula pada hari Jumaat. Bermakna, mulai petang nanti, akan ramailah yang mula berbondong2 menuju ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri yang akan menjelma bersama keluarga tercinta. (walaupun dah ada yang pulang awal macam si bintang comel tu…)

Dalam perjalanan pulang ke kampung atau semasa berhari raya nanti,  banyak selekoh yang akan kita lalui.

Berhati-hati…..

Memandulah dengan cermat….

Ambillah segala langkah keselamatan…..

Semoga Aidilfitri membawa kenangan yang terindah.

Kak Long :–  Letih mengengsot2 pergi blog kawan-kawan.  Cuma sempat melawat beberapa blog saja. Masa pun terhad. Dah janji nak kutip kad raya yang Zyma bagi.  Maaflah lewat sikit sampai kat blog yang lain-lain…. Hari ini streamyx tak jalan. Ganti broadband pun masih perlahan. Banyak sangat selekoh berliku… hehehe…

kad-raya Zyma

Advertisements

14 comments on “Di selekoh itu

    • Terlalu ramai yang bertenet agaknya.
      Dahulu musim raya, pejabat pos paling sibuk.
      Zaman moden, orang dah beralih kepada pejabat pos siber.

    • iza dan sha berselisih di selekoh dgn kak long mlm tu…..

      seronok dapat bercuti awal ya..
      tentu dah membuat persiapan yang cukup rapi.

    • khabarnya semua kerja dah diberhentikan…
      harap-harap tak adalah selekoh baru pulak muncul masa sedang memandu….

      Salam aidilfitri juga buat juliet sekeluarga.

  1. Andai jari tak dapat bersentuh,
    tangan tak dapat bersalam,
    hendaknya batin kita tetap bertaut,
    Minal aidin wal faizin,
    Mohon maaf lahir dan batin

    Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada semua – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

    p/s kak long…. hujung2 ramadan mmg double triple sibuk…apalagi suri rumah mcm saya

    • Jie,
      Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan dari kampung.

      Juga mohon kemaafan atas segala silap dan salah sepanjang bertembung di alam maya.

    • Syukur, pagi ni broadband ok.
      Kalau tak tak sempat nak akses blog pun.
      Itu yang komen pun lama terbiar.
      Asyik sangkut.
      Musim perayaan ni, bukan setakat sesak di jalan raya dan pusat membeli belah.
      Tenet pun ikut sama sesak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s