Pusara di jalanraya

Mendengar dan menonton berita di TV1 tadi, dilaporkan setakat pukul 10 pagi ini telah ada 2 kemalangan maut. 

Setiap kali musim perayaan, pasti jumlah kemalangan akan bertambah. Lebih menyedihkan kerana dalam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang menangis pilu kerana kehilangan keluarga tersayang. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan kes kemalangan pada musim perayaan, namun nampaknya masih belum dapat diatasi.

Gambar hiasan: Sumber: Bharian Online

Gambar hiasan: Sumber: Bharian Online

Hari ini dan esok, jumlah pengguna jalanraya terutama di lebuhraya pasti bertambah ramai kerana lebih ramai pengguna yang bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri akan pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan tugas masing-masing. Tambahan pula cuti sekolah selama seminggu sempena Hari Raya juga akan berakhir esok.

Kak Long – Marilah sama-sama berusaha dan berdoa agar kita semua terhindar daripada sebarang mara bahaya di jalanraya. Amin…

Advertisements

26 comments on “Pusara di jalanraya

  1. Sepanjang cuti ni Iza dah terserempak 4 atau 5 kemalangan..nauzubillah.. mampu berdoa jer supaya dilindungi. Esok perjalanan jauh, pun Iza harap semua akan baik2 saja 🙂

    • Hehe…kak long dah doakan dan Iza pun dah sampai dan selamat dlm perjalanan… Siap sempat singgah dan g air terjun lagi erk?

  2. kadang2 rasa risau…takut kemalangan2 ni berlaku di depan rumah saja. pernah terjadi, masa tuh tgh sedap2 minum petang….tiba2 satu kereta langgar motor, penunggang tercampak dan terus mati. depan mata! depan rumah! waktu nak raya…huuuu…taknak berlaku lagi.

    • Ngerinya sha!
      Memang kemalangan boleh jadi di mana2, tapi kita boleh lihat sendiri, ada pemandu yang macam tak sayangkan nyawa sendiri…suka hati aje di jalanraya.

    • Salam Zyma,
      Semoga dijauhi daripada sebarang bencana di jalan raya.
      Ngeri…tapi ada juga yang masih suka menunjuk berani di jalan raya.

  3. dalam banyak2 tip dan panduan untuk pulang dan kembali beraya …

    tak ada menyatakan salah satu tips paling penting …

    tak ada suruhan dan tips tentang bacalah dulu doa naik kenderaan …

    tu salah satunya lah ….

    • Ya……membaca doa naik kenderaan perlu diamalkan untuk menghindari sesuatu yang tidak baik di jalan raya.
      Semoga sentiasa dilindungi selepas berusaha menghindari.

  4. dulu2 kemalangan berlaku krn btul2 “ke-malang-an”, tapi skrg kemalangan berlaku krn “ke-cuai-an” pemandu itu sendiri dan membabitkan pihak2 lain yg tidak bersalah

  5. kadang2 dlm berderet2 blk kg dgn sabar dan tata tertibnya..ada seseorg yang mencari pasal. Kerana seorang yang tidak sabar dan memandu dlm keadaan berbahaya, ramai org lain yg menjadi mangsa

    • Sikap mementingkan diri macam tu memang patut dihindari.
      Kalau tak menyusahkan orang lain, tak apa juga.
      Ni, orang yang tak bersalah, yang jadi mangsa.

    • Salam Aidilfitri…
      * Kemalangan tak mengira pemandu ataupun tidak.
      Kadang-kadang pejalan kaki pun terlibat kerana sikap orang yang tak bertanggungjawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s