Eh..cuti dah habis!

Macam baru tersedar dari lamunan pulak. Bangun pagi, sebelum sembahyang subuh, macam nak bermalas-malasan lagi. Tiba-tiba…tersedar yang cuti raya dah habis. huhuhu…hari ni kena memulakan tugas semula seperti biasa.

Selalu tu, bila nak mula kerja semula, excited betul..sebab ada masanya bosan juga cuti lama-lama ni. Rindu kat sekolah, rindu kat kawan-kawan, rindu kat pelajar-pelajar, rindu kat boss yang selalu bagi arahan, rindu kat kantin sekolah, rindu kat pokok bunga mawar di tepi pejabat….pendek dan panjang kata, rindulah macam-macam. Tapi hari ni, isk, isk, isk…rasa macam tak puas lagi cuti. (Ha, ni mesti raya punya pasal….hehehe, tak pasal2 menyalahkan raya pulak! Alasan ya alasan!)

Minggu raya, memang sibuk beraya. Hujung minggu (semalam dan kelmarin), dalam sibuk pergi beraya dan melayan periuk dan kuali untuk menjamu para tamu, sempat juga Kak Long pergi memanjakan diri. Kalau tak manjakan diri sendiri, siapa lagi, kan! kan! kan!

gambar : Mr Gooegle
Gambar: Mr. Google

Balik aje, rupanya tetamu dah menunggu. Nasib baik barang2 dah tersedia. Kemudian ayahanda dan adinda mengajak ke Bertam Melaka untuk beraya di rumah sepupu Kak Long di sana. Balik dari situ, adindaku itu, sibuk sangat nak makan ikan bakar di Pengkalan Balak. Sebenarnya Kak Long tak pernah lagi singgah di situ. Sempat kami melihat orang sedang menjaring geragau. Namun, makan di salah sebuah kedai di situ, tapi rasanya tak begitu menyakinkan hati untuk pergi lagi.

Hari Ahad, ramai tetamu yang berkunjung. Sempat juga membawa tetamu-tetamu Kak Long pergi ke spa untuk bersauna dan berurut. Hehehe…macamlah dapat komisyen daripada pemiliknya! Menu hari Ahad bermula daripada mee kari, nasi berlauk dan char kue teow.  Seronok bila sampai petang, semuanya dah habis.

Jadi, pagi ni bila nak memulakan kerja semula, aduhai…terbawa-bawa mood cuti yang tak berpenghujung. Nasib baik tak ada kelas awal pagi. Dan alhamdulillah, menjelang waktu masuk ke kelas, dah bermotivasi semula. Yea, cuti dah habis! Kerja, kerja, kerja!

Advertisements

20 comments on “Eh..cuti dah habis!

  1. ramai betul tetamu kak long…Pengkalan Balak tu sy ada pergi 2-3 kali bila suami kerja belah2 sana…

    kalau nak mula hari baru selepas cuti panjang mmg liat sikit kak long, bukan anak2 saja nak ke sekolah, mak budak ni pun punyalah malas nak siap

    • Memang ramai Kujie. Dah kaum kerabat ramai dan ayahanda pula kira bapa saudara tua, jadi sentiasa kena serbu.

      Mak budak tu masih mood terkenang orang jauh tak?
      Tu sebab liat je nak siap.

  2. Wah sempat memanjakan diri tu hehe.. Hari hari kemalasan semesta..rata2 orang bagi signal malas dari blog, ym, fb 😀 Iza termasuk sekali ler tu..

    Tak pernah sampai ke Pkln Balak tu… jalan2 Bndr Melaka pun pernah sesat hu hu

    • Hari ni macam mana Iza? Dah berakhir dah hari kemalasan sedunia.
      Kalau lum pergi Pengkalan Balak, nanti jomla kita pergi satu tempat baru yang Kak Long jumpa baru2 ni.
      Pekan Melaka sekarang ni sangat sesak..

  3. ramai tak budak2 dtg sekolah semalam kak long? sbb sha tgk ramai tul yang bermood cuti. mesti kak long akan buat pot luck tak lama lagi kan?:)

    * mesti rasa malas nak mengajar awal2 tuh…budak2 pon sibuk tanya pasal ape jadi masa time raya kat kak long (sha boleh bayangkan)

    • Ramai yang datang tapi mood dia orang tak datang2.
      Pagi2 tu tak ada kelas, jadi adalah masa sejam dua nek stabilkan emosi sebelum masuk kelas.
      Bila dia orang nak pancing cerita raya, Kak Long dah bersemangat nak mengajar…hehehe

      Sangatlah tepat…dah rancang nak buat pot luck raya minggu depan!

  4. tu lar kak long,

    pagi senin time nak bangkit pegi bekerja tu yang bagai dipaksa2.

    nak memulakan hari bekerja tu …. rasa mcm nak sambung cuti lagi….

    • haha…mula tu ingat diri sendiri je yang dijangkiti sindrom tu,
      rupa-rupanya ramai lagi, kan!
      Tapi alhamdulillah…masih dapat menggagahkan diri.
      Nak tahu, ada juga yang terus sambung cuti, isk! isk! isk!

  5. Salam,

    Ya, memang tak best nak masuk kerja semula bila dah cuti lama. Raya atau tak raya pun memang mcm tu. So, bukan penangan raya, tapi penangan nak cuti lama. Haha.

    Kak long, bila saya tgk gambar org buat facial tu..baru saya teringat yg saya ada misi kena buat. Adehh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s