Kawasan Panas

Semalam, tiba-tiba dapat surat untuk menghadiri kursus sampai hujung minggu. Macam ribut, kena sedia. Enjin baru nak panas, kerja di sekolah pun belum selesai, dah kena keluar pula. Kelam-kabut juga sedia nak berkursus.

Pagi sempat masuk kelas dan kemudian terus je menuju ke tempat kursus kerana pendaftaran mula pukul 2.00 petang. Kali ni Kak Long berkursus di kawasan panas sepanas gurun sahara. Tentu semua sedia maklum, bahawa sekarang ni banyak perhatian tertumpu ke kawasan ini kerana akan diadakan pilihanraya kecil. Jadi, kira bertuahlah sebab dapat juga rasa tempias panas bara di sana.

Ada juga ambil gambar masa dalam perjalanan. Harap2 adalah masa senggang antara waktu kursus untuk upload gambar yang diambil. Kalau tak, kena tunggu balik rumah pulak.

Kak Long dah cuba live blogging di rumah baru Kak Long. Cuma dalam proses percubaan sebab masih berselerak dan berterabur. Malu nak jemput kawan-kawan berkunjung dulu. Nanti kalau dah siap, nak adakan ‘house-warming’, bolehlah sesiapa yang sudi nak bertepung-tawar datang….

Sementara tu, marilah bergolek-gelantang kat rumah ni dulu ya…………

Advertisements

25 comments on “Kawasan Panas

  1. nak dekat ke PD ke kak long?
    aduuhh..dah dekat sengan seremban tuh…

    sha ingat tadi kak long nak gi gurun..ehehe..

    kursus apelah agaknye?
    dah hujung tahun dah nieh…

    • hehehe…
      orang dok menumpang,
      tu yang beli rumah baru…

      ye..mesti jemput punya!

      dan jangan lupa bawak jemput2 ya…

    • Iza,
      memang sangatlah busynya.
      pukul 11 malam tadi baru selesai slot hari ini.
      tapi blog punya pasal…walaupun ngantuk, masih nak melawat gak.

      Nanti mesti kak long jemput Iza…bawak buah epal ke, anggur ke, huhuhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s