Weblog Popular 1Malaysia

weblogmalaysia

Sudah bebarapa hari Kak Long cuba menyiapkan entri ini. Entri ini bertujuan untuk mencalonkan sebuah blog untuk peraduan Weblog Popular 1Malaysia.

Untuk membolehkan seseorang itu memenangi peraduan ini dengan hadiah bernilai  RM 1000, sesebuah blog itu perlu  mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger. Semua blogger di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini.   Apa yang diperlukan hanyalah buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut .

Pada hari ini,  Kak Long ingin mencalonkan sebuah blog yang Kak Long suka. Kak Long nak ajak teman-teman yang lain sama-sama mengemukakan penamaan calon sebelum terlewat.

Inilah pencalonannya……..

Saya tahu tentang contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://kujie2.com dan blog yang paling saya sukai ialah blog  yang sama iaitu blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie.

Contest Webblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan oleh DenaiHati pemilik blog Yang Terbuku Di Hati.  Hadiahnya memang lumayan.  Walaupun masih ada masa lebih kurang sebulan lagi kerana peraduan ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009 (Edisi Edit – telah dilanjutkan sehingga 30/10/2009) tetapi kalau bertangguh, bimbang terlupa pula. Tambahan pula sekarang cuti sekolah, tak perlu menulis di buku rekod mengajar, jadi carilah alternatif nak menulis pada tempat lain pula…..

Hadiah-hadiah tersebut ditaja oleh sponsor yang HEBAT iaitu : SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL. dan yang terbaru One Malaysia Blogshops

Terima kasih daun keladi, semoga bermurah hati untuk sponsor lagi.

Saya nak senaraikan sebab-sebab saya suka blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie. ini.

Antaranya:-

1.  Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan blog ini ialah tajuk blognya iaitu Hidup Biar Sedap yang membuatkan bila saya lihat, terdetik di dalam hati “Rasa-rasa pernah kudengar!”. Hmm…rupa-rupanya iklan ais krim kegemaran saya. Mula-mula saya hanya menjadi pembaca senyap, malu nak menyampuk kerana saya lihat blog ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Setelah agak lama mengikutinya, barulah saya memberanikan diri menyapa pemiliknya.

2.  Tajuk-tajuk entri yang menarik juga menjadi daya tarikan saya untuk terus mengunjung blog ini. Kadang-kadang saya hairan, macam manalah  Kujie begitu kreatif  dalam pemilihan tajuk-tajuk yang memang ada umphh tu.

3.  Saya juga sukakan isi kandungan blog ini sebab macam-macam ada. Saya dapati entri yang ditulis  sesuai dengan pelbagai lapisan umur.  Ada cerita keluarga, kisah masyarakat, kisah politik, berita terkini, tazkirah, tutorial, motivasi dan macam-macam lagi…Bagi saya pengisiannya sangat baik, sebab itu,  tak hairanlah pengunjung blog ini sentiasa ramai.

4. Informasi dan bahasa yang terdapat pada blog ini memang menarik. Jujur saya katakan, banyak pengetahuan baru yang saya dapati daripada blog ini. Bahasanya menarik, agak  santai tetapi  teratur  dan mudah difahami. Kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu standard yang saya tahu telah dirujuk terlebih dahulu daripada sumber-sumber yang dipercayai.  Blog ini juga sentiasa mempunyai entri baru, jadi setiap kali mengunjunginya, tentunya tak pulang kosong.  Tak macam blog saya. huhuhu….

5. Satu lagi sebab ialah pendekatan pemiliknya sendiri. Melalui ruang komen, saya menilai pemilik blog ini  sebagai seorang yang selalu menjaga hubungannya dengan pengunjung blognya.  Walaupun saya tidak pernah bersua muka dengan beliau, kemesraan yang terjalin melalui blog sangat menyenangkan.

Selesai sudah proses penamaan calon ini ya….  Apa yang saya tuliskan di atas merupakan pengakuan jujur daripada saya terhadap blog tersebut berdasarkan kepada penilaian saya.  Jika ada yang tidak berkenan di hati, terutamanya pemilik blog, maaf Kak Long pohonkan.

1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja, jadi maaflah sebab tak boleh calonkan orang lain.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peraduan ini, bolehlah berkunjung ke blog penganjurnya iaitu Denaihati di blog beliau iaitu linknya [ sini ] .

Sekian adanya……

(Entri ini telah diedit pada 11 Oktober 2009)

Advertisements

35 comments on “Weblog Popular 1Malaysia

  1. Pingback: Weblog Popular 1Malaysia Kisah Udang Geragau | Hidup Biar Sedap

    • Maza dah buat pencalonan ke?
      Pilihanraya kecil dah selesai, keputusannya pun dah diketahui.
      Yang tu kita tak terlibat…
      Sekarang ni, apa kata kita kempen pilihanraya Weblog Popular 1Malaysia pulak…

  2. haa iza nak mencalonkan jugak tapi tak buat2 lagi ni..duk bertangguh ja huhu.. nanti iza copy entry kak long ni jer boleh hihihi
    selamat berpuasa kak long…masak apa hari ni..kirim kat iza sikit huhu

    • Iza, terima kasihlah sempat gak melawat blog Kak Long.

      Sekarang ni cuti sekolah, tapi internetpun ala-ala nak bercuti jugak..
      Dah banyak kali nak tinggal komen kat blog kawan-kawan asyik tak lekat huhuhu..

      Selamat berpuasa…
      Hari ini masak mee hailam, nasi pula lauk asam pedas, rebus pucuk ubi dan ikan bakar saja. Nak kirim kat HK takut disambar burung helang di tengah jalan.

      Tak pe, lepas ni nanti boleh calonkan..nak copy boleh, tapi kena belanja air kopi..hikhikhik

      • Kak Long, Iza dah meng-copy dengan jayanya.. boleh nanti Iza belanja kopi, Kak Long belanja eskrim yer huhu

        Hah Iza baru sedar betapa sedapnya menu yg Kak Long tulis kat sini… masa tu Iza takdan baca balasan Kak Long hehehe..sib baik dah balik sini, dah raya pun 😀

        Terima Kasih Kak Long.

  3. terimakasih kak long… bulan2 posa ni tak sempat nak datang menjengok…dtg ni pun sambil senduk kat tangan..hahahaha

    cutelah tgok awek pakai kebaya tu….phewiiiit!

    • Sama-sama kasih..
      Hari ni internet ni okay sikit. Itupun gantikan broadband sebab streamyx, macam semput sebab kena hujan agaknya.
      Kalau Kujie dtg bawa senduk, apa kata, ketuk sikit tenet tu, bagi buka mata luas-luas.
      Orang puasa, dia pun letih-letak macam orang puasa gak.

      Awek pakai kebaya tu memang cun.
      Sebab cun tu, telah membuatkan Kak Long dah siap tempah kebaya untuk raya…..kihkihkih

  4. saya juga berminat untuk calonkan kak jie. memang ada tarikan tersendiri. nantikan kemunculannya di blog saya.

    betul kata kak long, jangan bertangguh. ikutkan dah lama saya tahu pasal contest ni tp perntangguhan berlaku kerana fikir tarikh tutupnya lama lagi dan saya sedikit kurang faham akan kriteria yang dikehendaki penganjur sebagai pencalon.

    insya allah akan dipercepatkan pencalonannya 😉

    • Insya Allah, boleh buat tu.
      Kak Long ambil masa 3 hari sebab tak dapat masukkan logo tu kat sidebar.
      Yang lain-lain agak mudah.

      Kak Long akan menantikan kemunculan pencalonan itu di blog megat…. 🙂

  5. Asalamualasikum

    Saya ikuit Kak Long saja, kalau kak Long kata baik lah tu, kalau kak Long pilih Kujie saya pilihlah Kujie, tapi saya cuma selalu lalu saja di laman blog nya, nak singgah beri komen terasa malu pulak. Tapi saya sedang mencari pantun yang sesuai untuk dititikan di blognya, Kak Long agak ada respon tak ?

    terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam pakcikli00.
      Salam hormat…

      Terima kasih atas sokongan pakcikli,
      Cubalah pakcikli buat pencalonan pula.

      Janganlah malu-malu pula nak tinggalkan komen.
      Kujie tu baik dan peramah orangnya dan selalu memuliakan tetamu.
      Insya Allah akan ada responnya…

      Selamat berpuasa..

    • Assalamualaikum pakcikli00,

      sebenarnya saya yang segan dan malu nak bertegur sapa…walaupun kita selalu berselisih di blog Kak LOng .

      Dari komen dan respom di blog ini saya tahu pakcikli00 bukanlah blogger sebarangan, tingkat yang lebih baik dari saya yang hanyalah blogger makcik².

      Insyaallah saya akan sedaya upaya respon pada setiap komen di blog kecualilah dalam waktu tersebut saya kesuntukan masa beronline.

  6. Asalamualaikum

    Saya baru saja pulang daripada halaman blog Tenku Jie, tak sangka pulah dia ada beri komentar d isini dia sebut nama saya pulak, malunya saya, minta air setimba kak Long nak membasuh malu dimuka. Saya dah tinggalkan satu setengah rangkap pantun di halaman blognnya, pantunnya tak sedap maalumlah pantun orang tua tua asyik dengan letirannya saja. Kemudian saya sudah menyatakan pilihan saya diruang komentar dihalaman blog dukun asmara, saya tulis sebiji macam kak Long tulis, betul ke macam tu kak Long ?. Kak Long kena ajar saya, nanti malu saya lagi pada Tengku Jie. Saya ni harapkan lagak saja Kak Long, orang nak jadi blogger saya nak jadi blogger, orang ada gaya saya garu kepala. Ok Kak Long tolong ajar saya jangan lupa lupakan.!!!!!

    Terima kaseh salam hormat,

  7. ASALAMUALAIKUM

    Sesungguhnya saya terlalu terharu dengan keprihatinan Kak Long untuk membantu kebodohan saya, Tapi Kalau tak mintak pada kakak yang sulung pada siapa lagi untuk menumpasng kaseh, kemudian kakak tu cikgu pulak tempat orang belajar dan bertanya.
    Sebenarnya kak Long kehidupan kita terlalu sibuk, tetamu yang datsang zahir dan batin. Batinnya menerusi laman blog, zahirnya melalui laman rumah, kedua dua nya perlu dihormati dan diberi layanan yang saksama, kemudian kuasa membaca sudah kian lemah, kerana cermin mata telah bertambah tebal. Walau bagaimanapun kak long tak usah bimbang saya akan berusaha sedaya upaya untuk mnunaikan janji kepada Tengku jie.

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam…
      Pakcikli00,
      Dalam maknanya penyataan pakcikli itu.
      Saya sekadar membantu mana yang mampu, maklumlah saya ini cuma cikgu kecil yang ilmunya tak sebanyak mana pun.
      Saya kagum dengan kesungguhan pakcikli itu.
      Saya percaya orang yang banyak pengalaman dan tinggi ilmunya seperti pakcikli akan mudah menguasai kemahiran yang ingin dikuasai.
      Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya kan pakcikli00…??

  8. Asalamualaikum

    Kak long sesungguhnya pengakuan kebodohan saya itu seadanya dan bukan menggada gada jujur dan ikhlas, saya ada blogger yang berusia kurang lebih dua bulan dan kelemahan saya dibidang ini boleh kak Long lihat bagaimana saya menguruskan halaman blog saya, bagaiman pun saya berjanji dengan kak Long akan mempebaiki segala kelemahan ini dari masa kesemasa dan yang paling penting sekali saya sangat mengharapkan tunjuk ajar dan teguran daripada kak Long, terima kaseh salam hormat.

  9. Waalaikumsalam..
    Salam hormat pakcikli00,
    Saya pun belum pun setahun jagung dalam dunia blog ini. Jadi, masih banyak kekurangannya.
    Insya Allah, nanti ada saja yang sudi memberikan tunjuk ajar kerana di dunia blog ini ramai teman-teman kita yang bijaksana.
    Sama-samalah kita belajar ya pakcikli..

  10. Asalamualaikum

    Kak Long saya telah berusaha membuat posting peraduan weblog popular 1 Malaysia tapi menghadapi masalah pautan, saya harap kak Long sudi menghulurkan bantuan mengenainya.

    Terima kaseh salam hormat

    • Waalaikumsalam…
      Pakcikli.., masalah pautan yang bagaimana tu? Pakcikli boleh copy dan paste saja nama blog atau nama yang ada di pautan di atas jika pakcikli tak dapat buat pautan. Saya kurang jelas pautan yang mana satu.
      Maaf…saya harap dapat membantu.
      Terima kasih.

  11. Maaf lambat replynya…baru pulang dari musafir. Saya dah tambahkan link Mawar Merah. Ramai yang minat dengan Blog Kak jie ni tapi tak ramai yg sudi nak calonkan….bukan susah sangat kan…copy paste and post je….heeeee

    • Terima kasih sudi berkunjung.
      Jauh musafirnya tu..
      Terima kasih telah tambahkan link Mawar Merah.
      Saya pasti ramai yang nak calonkan…cuma tunggu saat akhir agaknya.
      Idea yang lumayan tu…
      Sebenarnya mudah, tapi kalau belum buat, mungkin rasa susah juga…tambah lagi blogger baru macam saya ni…huhu

  12. Asalamualaikum

    Maksud saya bagaimana teknik copy paste pautan (link) sebagaimana dikehendaki oleh Denaihati di komentar intri pencalunan weblog saya.
    Bagaimana pun harap kak Long jangan susah hati, abaikan saja masalah saya ini dan saya akan cuba menyelesaikanya sendirian. Perhatian yang telah kak LOng berikan sangat saya hargai.

    Terima kaseh salam hormat

    • Assalamualaikum.
      Pakcikli..
      sebenarnya kalau pakcikli nak masukkan pautan atau link tu, pakcikli semasa pakcikli sedang buat entry baru atau sedang sunting entri tu, pakcikli boleh lihat ada gambar yang seperti dua gelang rantai yang bercantum tu. Klik di situ, dan akan keluar kotak untuk pakcikli masukkan alamat blog yang pakcikli hendak masukkan.
      Terima kasih.

  13. Asalamualaikum

    Minta maaf Kak Long, selama ni saya belajar komputer try and error, berdosa agaknya kerana belajar tak berguru, patutlah kitab tu hanya diturunkan kepada nabi. Ini nak bertanya pada guru Kak Long bagaimana nak masuk logo contest tu kewijet untuk dipaparkan ke side bar ?, jangan marah Kak Long.

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikumsalam,
      Saya pun selalu nasihatkan pelajar supaya berani belajar dengan teknik try and error, kerana bagi saya, sesuatu ilmu itu lebih mudah diingati bila kita belajar melalui kesilapan.
      Namun peranan guru juga ada kepentingan sendiri walaupun sekadar pemudah cara.
      Sebenarnya saya pun ada masalah macam pakcikli masa nak masukkan banner pada widget di sidebar tu.
      Saya juga belajar melalui bertanya pakcikli dan Kujie telah bermurah hati menurunkan ilmu itu kepada saya. (Terima kasih banyak2 Kujie)
      Jadi, sekarang saya memanjangkan ilmu itu pada pakcikli pula.

      bab letak imej tu…pakcikli copy code pada entri.
      masa pakcikli buat entri pencalonan tu, kan ada gambar weblog popular 1Malaysia tu dalam entri pakcikli..
      Pakcikli klik kat HTML, nanti akan keluar code2 tertentu.

      Pakcikli copy code tu dan kemudian pergi pada dashboard, kan ada tulis berapa widget yang kita gunakan untuk theme yang kita pilih…
      Klik widget tu, keluar pelbagai widget yang kita boleh gunakan.
      Pilih text dan heret pada sebelah kiri atau kanan (bergantung sidebar kita yang mana nak letak banner weblog popular tu)

      Lepas tu bukalah widget text tu dan paste code yang pakcikli dah copy tadi.

      Contoh code pada entri saya,

      img class=”aligncenter size-full wp-image-1034″ title=”weblogmalaysia” src=”https://mawarmerah2008.files.wordpress.com/2009/08/weblogmalaysia.png” alt=”weblogmalaysia” width=”125″ height=”125″

      Terima kasih.
      Selamat mencuba.
      Salam hormat

  14. ASALAMUALAIKUM

    Maaf, ruang komentar weblog Kak Long dah jadi macam cit kat Yahoo messenger, jangan marah. Mungkin syarat belajar ni kena tebal muka, rendah diri, patuh, taat, hormat, tak bayar pun kena hargai. Kaedah belajar saya teknik silam ” amal dan ilmu” diantara tujuan pencalonan ini untuk saya mencari pengalaman memperolehi ilmu. Saya cuba menyempurnakan setiap perbuatan yang saya lakukan untuk menyempurnakan jiwa saya, kaedah ini mungkin tidak popular sekali lagi maafkan saya. Saya telah menurut segala tunjuk ajar kak Long dan berjaya. Setiap kali saya menziarahi Kak Long saya tak lupa mengucapkkan kaseh dan salam kepada guru yang disayangi (ingat), maka terimalah kaseh dan salam saya untuk kesekian kalinya, amin.

    Reima kaseh salam hormat.

  15. Waalaikumsalam…
    Salam hormat..
    Tak mengapa, jadi YM ke atau jadi ruangan forum, tak kisah.
    Mungkin daripada perbincangan di sini, ada orang lain juga mendapat maslahatnya kerana kadang-kala ada juga yang nak tanya tapi malu.
    Lagipun saya ni, kat kertas aje, kononnya dah menguasai bidang IT, hakikatnya, bila tak diamalkan sentiasa…memang kosong dan tak ada nilai langsung.
    Terima kasih banyak pada pakcikli…kerana sekurang-kurangnya saya dapat mengulangkaji semula ilmu yang saya pernah ada.

  16. Pingback: Weblog Popular 1Malaysia de ~ Bintang | Hidup Biar Sedap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s