Usah goyang

Semalam waktu dengar berita tentang gempa bumi yang yang melanda Sumatera dan turut dapat dirasai oleh penduduk Lembah Kelang dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap warning….

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang beradaΒ  di β€˜ kawasan panas β€˜ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu. (Petikan daripada blog Hidup Biar Sedap)

Hahaha….terasalah pulak, walaupun masa gempa yang dilaporkan lebih kurang pukul 6 petang itu, memang Kak Long yang ada di kawasan panas tu, langsung tak terasapun apa-apa goyangan. Namun Kak Long diberitahu, ada kawasan sekitar yang memang merasai gegaran tersebut. Malam tadi, doa sebelum tidur pun memang berjela-jela panjangnya lebih daripada selalu. Dahlah ada kat kawasan panas, dipanaskan lagi dengan berita tentang bencana tersebut. Syukur Alhamdulillah, selepas lebih 24 jam, tiada apa yang berlaku di sini walaupun rasa sedih dengan apa yang menimpa penduduk negara jiran khususnya berada di Padang.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian Online, Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu dan 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.

Kerajaan negara kita telah berusaha menghantar pesawat yang menerbangkan pasukan perubatan dan ke Padang dan akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di sana. Pelajar kita yang sedang menuntut di Universiti Andalas, di Padang terutamanya dalam bidang perubatan, memang ramai. Semoga semuanya selamat.

Kursus yang Kak Long hadiri amat padat jadualnya . Fokus juga perlu. Ingat nak ronda2 dan bercanda di tepian pantai, tapi sampai hari ke-2 ni masih belum berkesempatan.

Advertisements

19 comments on “Usah goyang

  1. kak long!
    alhamdulillah…sha ingat sha dah mengong, sbb org len rasa gegaran dan sha tak rasa. mungkin area nieh tak rasa gegaran gaknye (kak long kat pd, sha kat seremban.

    harap2 kita semua selamat la ye:)

    • Juliet,
      Memang tak berani nak menghampiri pantai, tapi ada juga teman2 yang sama kursus pergi berenang.
      Alhamdlillah…mujur tak ada apa-apa.

    • Betul tu kenari,
      Yang cuma melihat laporan pun masih terkenang-kenang peristiwa itu, inikan pula mereka yang pernah melaluinya…

    • Kak Long tak sempatpun nak pergi tepi pantai.
      Jadual padat, lagipun dah biasa dengan laut.
      Cuma kesihan kat teman2 yang memang excited nak ke tepi pantai.
      Masa dah habis kursus, mulanya masing2 nak berlama-lamaan di pantai, tapi terpaksa dibatalkan.

    • Waalaikumsalam,

      Membaca laporan dan menonton laporan TV tentang bencana itu sahaja,
      membuatkan hati tak sedap memikirkan kenalan yang ada di sana.

      Semoga mereka selamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s