Laksa Sarang, Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Johor

Laksa Penang dan Laksa Kedah memang laksa kegemaran Kak Long. Bila saya nampak gambar bunga kantan dalam folder komputer Kak Long, terus Kak Long teringatkan laksa. Siapa suka makan laksa? Kak Long suka makan laksa. Semua jenis laksa Kak Long suka. Tak kiralah laksa Penang ke, Laksa Kedah ke, Laksa Johor ke ataupun Laksa Sarawak. Pendek kata, bagilah apa jenis laksa pun. Kak Long memang takkan tolak. Masa di asrama dulu, arwah mak pasti akan hantar laksa untuk Kak Long dan kawan-kawan satu dorm terutama kalau hari ulang tahun kelahiran Kak Long. Arwah mak akan masak banyak-banyak dan hantar ke asrama. Laksa arwah Mak memang best sangat. Pasti kawan-kawan satu dorm Kak Long masih ingat laksa tu.

Bila arwah mak dah tak ada, Kak Long masak sendiri laksa. Kalau buat majlis ‘Rumah Terbuka”, mesti ada sejenis laksa, tak kiralah laksa penang ke, laksa Johor ke. Yang pasti, ada menu laksa. Kalau nak masak kuah laksa, kena cari bunga kantan dan daun kesum. Sekarang ni, dah semakin jarang Kak Long masak Laksa. Sebab yang pertama, anak-anak lebih suka speggetti dan macaroni yang Kak Long masak daripada laksa. Tambahan pula, ikan yang fresh pun semakin mahal dan senang jumpa laksa di pasar malam walaupun selalu juga tak mampu memenuhi citarasa. Sekarang ni, bila nak makan laksa, tunggu adik Kak Long pergi Ipoh. Dia selalu pergi Ipoh. Kalau dia balik dari Ipoh, mesti dia ingat nak bawakan kakak dia laksa sarang. Best tau laksa sarang ni. Cubalah… tapi jangan tanya Kak Long di mana? Kak Long belum pernah sampai kedai Laksa Sarang tu pun. Ada kawan yang tinggal di Kuala Kangsar yang pelawa Kak Long pergi sana. Katanya, nak bawa kak Long makan Laksa Sarang Kuala Kangsar yang sedap.

Mungkin nanti ada orang yang akan share location Laksa Sarang. Kita tunggu ya!

Advertisements

Pertandingan Mewarna Anjuran Smart Reader dan Tesco

Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak anjuran Smart Reader dan Tesco telah diadakan di perkarangan Tesco PD pada hari Sabtu lepas. Seramai lebih kurang 80 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi kanak-kanak bawah 7 tahun dan juga kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Seronok sungguh menyaksikan pelbagai ragam kanak-kanak dan ibu bapa yang turut memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian. Juga teruja melihat hasil seni kanak-kanak yang sangat menarik. Hadiah-hadiah tajaan Tesco dan Smart Reader telah disampaikan kepada pemenang selepas diadili oleh juri-juri jemputan. Antara hadiah yang disampaikan ialah hamper, baucer Tesco dan CD untuk kanak-kanak.

Ustaz Syamsul Debat dan Remaja

Hari ini buat kali ke-2, Ustaz Syamsul Debat telah berkunjung ke kolej kami untuk memenuhi undangan pihak kolej menyampaikan ceramah berkaitan dengan pelajar. Seperti biasa, kehadiran beliau memang dinanti-nantikan dan para pelajar begitu tekun mendengar apa yang disampaikan. Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat menjadi pembakar semangat dan panduan pelajar supaya menjadikan tanggungjawab mereka menuntut ilmu sebagai satu ibadah yang bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, malahan juga untuk agama, bangsa dan negara.

Abang Bomba I love You Di Kolej

Abang Bomba I Love You di kolej. Hari ini, rata-rata frasa Abang Bomba, I Love You bertebaran di seluruh pelusuk kolej kami. Sejak lewat pagi tadi, rupa-rupanya pelajar telah terserempak dengan beberapa orang anggota berpakaian celoreng di kolej kami.

Jam 11.30 pagi, siren kecemasan mengetuk gegendang telinga warga kolej. Seperti biasa, apabila siren kecemasan bertalu-talu, maka sewajarnya setiap orang berlu bergegas ke kawasan yang telah ditetapkan melalui laluan yang telah dimaklumkan, namun masih ada yang memandang remeh segalanya.

Malang tidak berbau. Maka, setiap daripada kita perlu mengambil berat tentang setiap bentuk latihan yang diaturkan agar bila berlaku kejadian tidak diingini, maka pasti semua sudah bersedia.

7 tahun yang lalu

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa sedar, usia meningkat, tanggungjawab bertambah. Ada masanya, memang terlalu rindu untuk menulis, berkongsi cerita. Kak long akan cuba menghidupkan kembali blog mawarmerah2008 ini, yang merupakan medan pertama Kak Long menceburkan diri dalam dunia blogging.

 

 

Kalbu

Operasi Disiplin pada awal pagi..

Macam-macam khazanah yang tak diingini ada. Dan yang membuatkan hati sebal, bila pengawas yang lebih serius melakukan masalah disiplin. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Mesyuarat dan kelas tambahan selesai pada lewat petang.

Masih terkebil-kebil mengemas rumah baru yang tak siap-siap lagi…

raya 015

Kesum nan sekuntum

Dah bebarapa hari berada di kawasan panas, Kak Long pulang ke rumah semalam. Balik ke tempat sejuklah pulak….

Apa aktiviti hari ini? Nak berehat di rumah. Nak siapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Ayahanda pulak awal-awal lagi dah ke tempat mesyuarat. Ada menteri datang katanya. Tak dapatlah nak meneruskan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara yang ramai lagi belum dikunjungi tu. Hehehe…bukan tak boleh pergi sendiri. Tapi  masih gak sibuk nak pergi ngan ayahanda kalau ke rumah saudara-mara ni.

Jadi, duduk rumah ajalah ya. Apa pula menu hari ini?

Hari ini, subuh-subuh adam lagi dah ada jemputan ke rumah terbuka yang diadakan oleh teman sekerja. Pagi2 juga dah ada pelajar dan kenalan yang telefon tanya ada di rumah ke tidak sebab mereka nak beraya di rumah. Nak makan dodol yang kita orang tolong ayahanda kacau seminggu sebelum raya hari tu…

Semalam, masa pulang segalanya lancar walaupun ada kesesakan sebab ada penamaan calon. Jalan ditutup. Tapi kami keluar agak lewat tengah hari, jadi taklah terperangkap dalam kesesakan. Lagi pula, tahu tentang jalan alternatif. Nasib baik, tak teringinlah pulak nak ikut bersesak-sesak dalam kawasan panas.

Kak Long : Teringat cerita si daun kesum dan si bunga kantan. Nak masak laksa. Pergi pasar, alhamdulillah, senang pula jumpa si daun kesum hari ini. Bunga kantan memang ada sekuntum. Nak update cerita kawasan panas dan download gambar, tapi masih tak berkesempatan. Lagipun dah sejuk ni, kuranglah sikit mood nak cerita pasal kawasan panas….

Eh..cuti dah habis!

Macam baru tersedar dari lamunan pulak. Bangun pagi, sebelum sembahyang subuh, macam nak bermalas-malasan lagi. Tiba-tiba…tersedar yang cuti raya dah habis. huhuhu…hari ni kena memulakan tugas semula seperti biasa.

Selalu tu, bila nak mula kerja semula, excited betul..sebab ada masanya bosan juga cuti lama-lama ni. Rindu kat sekolah, rindu kat kawan-kawan, rindu kat pelajar-pelajar, rindu kat boss yang selalu bagi arahan, rindu kat kantin sekolah, rindu kat pokok bunga mawar di tepi pejabat….pendek dan panjang kata, rindulah macam-macam. Tapi hari ni, isk, isk, isk…rasa macam tak puas lagi cuti. (Ha, ni mesti raya punya pasal….hehehe, tak pasal2 menyalahkan raya pulak! Alasan ya alasan!)

Minggu raya, memang sibuk beraya. Hujung minggu (semalam dan kelmarin), dalam sibuk pergi beraya dan melayan periuk dan kuali untuk menjamu para tamu, sempat juga Kak Long pergi memanjakan diri. Kalau tak manjakan diri sendiri, siapa lagi, kan! kan! kan!

gambar : Mr Gooegle
Gambar: Mr. Google

Balik aje, rupanya tetamu dah menunggu. Nasib baik barang2 dah tersedia. Kemudian ayahanda dan adinda mengajak ke Bertam Melaka untuk beraya di rumah sepupu Kak Long di sana. Balik dari situ, adindaku itu, sibuk sangat nak makan ikan bakar di Pengkalan Balak. Sebenarnya Kak Long tak pernah lagi singgah di situ. Sempat kami melihat orang sedang menjaring geragau. Namun, makan di salah sebuah kedai di situ, tapi rasanya tak begitu menyakinkan hati untuk pergi lagi.

Hari Ahad, ramai tetamu yang berkunjung. Sempat juga membawa tetamu-tetamu Kak Long pergi ke spa untuk bersauna dan berurut. Hehehe…macamlah dapat komisyen daripada pemiliknya! Menu hari Ahad bermula daripada mee kari, nasi berlauk dan char kue teow.  Seronok bila sampai petang, semuanya dah habis.

Jadi, pagi ni bila nak memulakan kerja semula, aduhai…terbawa-bawa mood cuti yang tak berpenghujung. Nasib baik tak ada kelas awal pagi. Dan alhamdulillah, menjelang waktu masuk ke kelas, dah bermotivasi semula. Yea, cuti dah habis! Kerja, kerja, kerja!

Minggu Raya

Hari Raya yang pertama hingga ke tiga, cuma di rumah keluarga melayan tetamu. Hanya sempat ke rumah ibu saudara yang hampir. Tahun ini, kami semua berkumpul di kampung. Ibu saudara dan sepupu2 saya pun semuanya pulang beraya di rumah di kampung. Memang sangat meriah. Walaupun tak menang tangan melayan saudara mara yang berkunjung (kerana dalam adik-beradiknya, ayahanda merupakan saudara tua kerana abang dan kakaknya telah tiada). Memang riuh di rumah kami dengan tetamu yang hadir. Sejak awal pagi, pelbagai hidangan tambahan telah disediakan kerana maklum bahawa rumah kami memang akan menjadi tumpuan…

ketupat

ketupat

 

lemang raya

lemang raya

 

Nasib baik ada dua orang pembantu rumah yang ringan tulang bersama. Walaupun masak-memasak jadi tugas Kak Long dan adik-adik bersama makcik, adanya dua orang pembantu rumah yang sudi bersama kami berhari raya (tidak pula demand untuk bercuti pada hari raya), maka dapatlah membantu menguruskan pinggan-mangkuk.

Pada hari Raya ke-3, saya sempat menziarahi saudara-mara di sekitar Shah Alam dan Rawang. Punyalah sakan beraya, pukul 3 pagi baru sampai semula di kampung.

Semalam saya sempat beraya ke rumah ibu saudara di Alor Gajah. Semasa melintasi bandar Alor Gajah, memang ‘happening’ bandar Alor Gajah yang bermandikan cahaya.  Nampak unik pulak bangunan di situ dipasang lampu-lampu yang bewarna-warni.

 

Alor Gajah

Alor Gajah

Kak Long : Hari ini masih di rumah.  Baru berpeluang menghadap laptop lama sikit dan broadband pun nampaknya tak mabuk sangat….

Ada apa dengan nombor 090909?

Hari ni tadi, semasa memeriksa buku latihan dan menandatangani latihan yang diberikan, tertarik pula pada tarikh yang ditulis pada tanda tangan iaitu 09/09/09…

Apa kaitan kak Long dengan tarikh 09 September 09 yang mempunyai gabungan angkanya yang comel iaitu 090909?

1) Satu hari dalam bulan Ramadan yang bersamaan dengan 19 Ramadan 1430H.
2) Hari persekolahan yang amat sibuk (Hari biasa pun sibuk juga, tapi hari ini terasa extra sibuk..dan bukannya buat-buat sibu, uhwa….”sampai tak nampak batang hidung”, tegur jiran tetangga sebelah meja)
3) Hari ini dah menyelesaikan tadarus Al-Quran…. (seronoknya, taklah berdebar2 lagi takut tak sempat tamat sebelum majlis khatam Al Quran di sekolah Kak Long akan diadakan pada awal minggu depan)
4) Pertama kali berbuka di luar sepanjang bulan puasa tahun ini kerana menghadiri majlis berbuka puasa keluarga di salah sebuah hotel di tepi pantai yang indah kerana salah seorang ahli keluarga menyambut hari ulang tahunnya. Happy Birthday To You Dear SKA..
5) Menerima sms comel daripada Iza si bintang comel. (Terima kasih ya, Iza.Cute mesej tu!)
6) Menyiapkan segala kad jemputan dan pengirimannya untuk majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran pada awal minggu hadapan.

Sebenarnya tarikh hari ini sama sahaja. Mungkin kerana dilahirkan sebagai orang Melayu yang beragama Islam yang tidak taksub dengan nombor, tak adalah sesuatu yang istimewa dengan tarikh atau nombor yang terasil daripada tarikh hari ini. Cuma bila Kak Long melihat  nombor yang lahir daripada tarikh tu, rasa seronok pula tengok gabungan nombor tersebut..

Kak Long – Sedang mengintai waktu senggang di celahan kerja yang menuntut masa yang agak panjang.