Kesum nan sekuntum

Dah bebarapa hari berada di kawasan panas, Kak Long pulang ke rumah semalam. Balik ke tempat sejuklah pulak….

Apa aktiviti hari ini? Nak berehat di rumah. Nak siapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Ayahanda pulak awal-awal lagi dah ke tempat mesyuarat. Ada menteri datang katanya. Tak dapatlah nak meneruskan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara yang ramai lagi belum dikunjungi tu. Hehehe…bukan tak boleh pergi sendiri. Tapi  masih gak sibuk nak pergi ngan ayahanda kalau ke rumah saudara-mara ni.

Jadi, duduk rumah ajalah ya. Apa pula menu hari ini?

Hari ini, subuh-subuh adam lagi dah ada jemputan ke rumah terbuka yang diadakan oleh teman sekerja. Pagi2 juga dah ada pelajar dan kenalan yang telefon tanya ada di rumah ke tidak sebab mereka nak beraya di rumah. Nak makan dodol yang kita orang tolong ayahanda kacau seminggu sebelum raya hari tu…

Semalam, masa pulang segalanya lancar walaupun ada kesesakan sebab ada penamaan calon. Jalan ditutup. Tapi kami keluar agak lewat tengah hari, jadi taklah terperangkap dalam kesesakan. Lagi pula, tahu tentang jalan alternatif. Nasib baik, tak teringinlah pulak nak ikut bersesak-sesak dalam kawasan panas.

Kak Long : Teringat cerita si daun kesum dan si bunga kantan. Nak masak laksa. Pergi pasar, alhamdulillah, senang pula jumpa si daun kesum hari ini. Bunga kantan memang ada sekuntum. Nak update cerita kawasan panas dan download gambar, tapi masih tak berkesempatan. Lagipun dah sejuk ni, kuranglah sikit mood nak cerita pasal kawasan panas….

Advertisements

Usah goyang

Semalam waktu dengar berita tentang gempa bumi yang yang melanda Sumatera dan turut dapat dirasai oleh penduduk Lembah Kelang dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap warning….

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada  di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu. (Petikan daripada blog Hidup Biar Sedap)

Hahaha….terasalah pulak, walaupun masa gempa yang dilaporkan lebih kurang pukul 6 petang itu, memang Kak Long yang ada di kawasan panas tu, langsung tak terasapun apa-apa goyangan. Namun Kak Long diberitahu, ada kawasan sekitar yang memang merasai gegaran tersebut. Malam tadi, doa sebelum tidur pun memang berjela-jela panjangnya lebih daripada selalu. Dahlah ada kat kawasan panas, dipanaskan lagi dengan berita tentang bencana tersebut. Syukur Alhamdulillah, selepas lebih 24 jam, tiada apa yang berlaku di sini walaupun rasa sedih dengan apa yang menimpa penduduk negara jiran khususnya berada di Padang.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian Online, Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu dan 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.

Kerajaan negara kita telah berusaha menghantar pesawat yang menerbangkan pasukan perubatan dan ke Padang dan akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di sana. Pelajar kita yang sedang menuntut di Universiti Andalas, di Padang terutamanya dalam bidang perubatan, memang ramai. Semoga semuanya selamat.

Kursus yang Kak Long hadiri amat padat jadualnya . Fokus juga perlu. Ingat nak ronda2 dan bercanda di tepian pantai, tapi sampai hari ke-2 ni masih belum berkesempatan.

Di selekoh itu

Kita telah memasuki 27 Ramadan.Hanya beberapa hari sahaja lagi akan berakhirnya bulan yang penuh keberkatan ini.

Hmmm…..dah nak hampir sampai di selekoh terakhir di bulan Ramadan???

Hanya tinggal 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan. Semoga tiap selekoh yang telah kita lalui di sepanjang bulan Ramadan banyak memberikan manfaat dan tambah mengukuhkan keimanan kita sebagai umat Islam.

Hanya beberapa hari lagi bulan Syawal akan menjelang. Terasa begitu cepat masa berlalu…

Cuti sekolah untuk musim perayaan kali ini pun akan bermula pada hari Jumaat. Bermakna, mulai petang nanti, akan ramailah yang mula berbondong2 menuju ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri yang akan menjelma bersama keluarga tercinta. (walaupun dah ada yang pulang awal macam si bintang comel tu…)

Dalam perjalanan pulang ke kampung atau semasa berhari raya nanti,  banyak selekoh yang akan kita lalui.

Berhati-hati…..

Memandulah dengan cermat….

Ambillah segala langkah keselamatan…..

Semoga Aidilfitri membawa kenangan yang terindah.

Kak Long :–  Letih mengengsot2 pergi blog kawan-kawan.  Cuma sempat melawat beberapa blog saja. Masa pun terhad. Dah janji nak kutip kad raya yang Zyma bagi.  Maaflah lewat sikit sampai kat blog yang lain-lain…. Hari ini streamyx tak jalan. Ganti broadband pun masih perlahan. Banyak sangat selekoh berliku… hehehe…

kad-raya Zyma

Menjelang Hari Kemerdekaan

Esok merupakan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Pada tahun ini kita menyambutnya di dalam bulan Ramadan. Semoga sambutan Hari Kebangsaan kali ini membawa kesedaran dan keberkatan buat kita semua.

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah:
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia

MAKSUD LOGO:

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Lirik Lagu 1 Malaysia
1 Malaysia
Tahun terbitan : 2009
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu malaysia untuk semua

Sumber :- Sektor Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Video Lagu 1 Malaysia (sumber:- youtube)

Kak Long:- Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Hargailah kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita ini dan usah dipersiakan perjuangan mereka yang telah berkorban untuk merealisasikan kemerdekaan ini.