Usah goyang

Semalam waktu dengar berita tentang gempa bumi yang yang melanda Sumatera dan turut dapat dirasai oleh penduduk Lembah Kelang dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap warning….

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada  di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu. (Petikan daripada blog Hidup Biar Sedap)

Hahaha….terasalah pulak, walaupun masa gempa yang dilaporkan lebih kurang pukul 6 petang itu, memang Kak Long yang ada di kawasan panas tu, langsung tak terasapun apa-apa goyangan. Namun Kak Long diberitahu, ada kawasan sekitar yang memang merasai gegaran tersebut. Malam tadi, doa sebelum tidur pun memang berjela-jela panjangnya lebih daripada selalu. Dahlah ada kat kawasan panas, dipanaskan lagi dengan berita tentang bencana tersebut. Syukur Alhamdulillah, selepas lebih 24 jam, tiada apa yang berlaku di sini walaupun rasa sedih dengan apa yang menimpa penduduk negara jiran khususnya berada di Padang.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian Online, Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu dan 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.

Kerajaan negara kita telah berusaha menghantar pesawat yang menerbangkan pasukan perubatan dan ke Padang dan akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di sana. Pelajar kita yang sedang menuntut di Universiti Andalas, di Padang terutamanya dalam bidang perubatan, memang ramai. Semoga semuanya selamat.

Kursus yang Kak Long hadiri amat padat jadualnya . Fokus juga perlu. Ingat nak ronda2 dan bercanda di tepian pantai, tapi sampai hari ke-2 ni masih belum berkesempatan.

Menyesuaikan diri dengan hujan dan panas

Baru dua hari sekolah dibuka semula selepas cuti seminggu.
Terlalu banyak tugas yang perlu diberikan perhatian segera.
Projek jabatan perlu segera dikemaskini,
Tambahan skrip jawapan untuk peperiksaan percubaan SPM telah berada di tangan.
Begitu juga tugasan di bulan Ramadan yang masih belum selesai.
Justeru, terpaksalah menjauh sebentar walaupun setiap hari laptop ini di bawa ke sana ke mari…

Kapal dagang melabuhkan sauh,
Memunggah barang hingga ke kuala,
Baru sebentar pergi menjauh,
Rindu hendak berblog semula.

Satu Keputusan

tangkap ikan kaloi

Kak Long terbaca satu mutiara kata,

Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Cukup rendah hatikah kita untuk mengakui kesilapan kita? Cukup bijakkah kita untuk mengambil manfaat daripada setiap kegagalan yang di alami dan cukup beranikah kita membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan? Kadang-kala jawapannya saling bercanggah antara kehendak hati dan rasional fikiran.

Sebagai manusia, apabila kita berada pada satu persimpangan, satu keputusan harus diambil untuk menghadapi masa depan. Kita perlu berani membuat sesuatu keputusan. Biarpun agak sukar, namun ia perlu dilakukan bila sampai masanya.

Kita sering berhadapan dengan perbagai persoalan dalam kehidupan. Kita perlu berani untuk terus melangkah……..

Deria rasa

Sejak semalam, salah satu nikmat hidup saya  di tarik balik. Rasa masin dan manis memang satu nikmat dalam hidup itu. Namun sejak semalam juga, bagi saya rasa masin dan manis  telah tiada. Kehilangan deria rasa dan kesakitan yang saya alami adalah kerana lidah dan lelangit saya bagai terluka. Sebenarnya saya mula berasakannya semasa hari pertama saya bercuti, namun kerana sedang bercuti, saya abaikan sahaja. Rupanya, menjadi kesilapan saya kerana membiarkannya semakinn hari semakin menjadi. Mungkin kerana cuaca yang panas, berada dalam penyaman udara dalam masa yang lama, minum minuman berais secara berleluasa dan makan buah mangga (yang banyak terdapat di sana dan rasanya yang sangat manis itu membuatkan saya lupa diri, huhuhu…. menyebabkan lidah, dan lelangit luka.

Kehilangan deria rasa yang satu ini sebenarnya Teruskan membaca

Dia telah pergi

Natrah Hertogh meninggal dunia

Dalam kekalutan dunia menyiarkan pelbagai liputan tentang kematian MJ, Kak Long tersentuh dengan berita bahawa Maria Bertha Hertogh atau dikenali dengan nama Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu. Semasa membaca berita itu, terpanggil  juga untuk menulis tentangnya, namun hanya selepas beberapa hari, barulah tangan ini mempunyai peluang untuk menaip tentang hal tersebut.

Kak Long mula mengikuti kisah Natrah, iaitu tentang seorang anak gadis yang menjadi perebutan antara keluarga angkatnya yang beragama Islam (berasal dari Terengganu) dan juga keluarga kandungnya yang berbangsa Belanda. Kisah perebutan ini jugalah yang telah mencetuskan satu rusuhan yang dinamakan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950 yang turut mengorbankan 18 nyawa dan menyebabkan beratus-ratus orang mengalami kecederaan.

natrahberitaharian

Semenjak dipisahkan daripada suami yang baru dikahwini dan ibu angkatnya, hidup Natrah dikatakan tidak menentu. Teruskan membaca

Don’t go through life, grow through life

Do not pray for and easy life,
pray for the strength to endure a difficult one.
Do not pray for tasks equal to your powers;
pray for powers equal to your tasks.

Phillips Brooks

Setiap orang mahu sihat tapi perlu beringat sebelum sakit. Setiap orang mahu hidup yang mudah tetapi terkadang perlu menempuh hidup yang susah. Segala ketentuan-Nya pasti ada hikmahnya.

p/s Demam selsema hari ni.  Dah makan ubat tapi kepala masih berat. Kalau ikutkan hilang mood nak buat apa-apa, tapi cuba juga buat apa yang terdaya.  Kurang motivasi tetapi masih ada sensiviti. Masih sempat blogwalking tapi tak sempat main bowling.

Rehat dan….Zzzzzzzzzzzzz……………