Pasang telinga dan buka hati

Masuk ke trimester ke dua Semester 2, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Tambah-tambah lagi selepas Hari Raya Qurban. Banyak ibrah yang perlu dihayati daripada peristiwa Qurban.

“Puan bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.

“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”

“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.

“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”

Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu

Masuk ke kelas, Kak Long  berharap pelajar lebih  bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.

Pusara di jalanraya

Mendengar dan menonton berita di TV1 tadi, dilaporkan setakat pukul 10 pagi ini telah ada 2 kemalangan maut

Setiap kali musim perayaan, pasti jumlah kemalangan akan bertambah. Lebih menyedihkan kerana dalam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang menangis pilu kerana kehilangan keluarga tersayang. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan kes kemalangan pada musim perayaan, namun nampaknya masih belum dapat diatasi.

Gambar hiasan: Sumber: Bharian Online

Gambar hiasan: Sumber: Bharian Online

Hari ini dan esok, jumlah pengguna jalanraya terutama di lebuhraya pasti bertambah ramai kerana lebih ramai pengguna yang bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri akan pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan tugas masing-masing. Tambahan pula cuti sekolah selama seminggu sempena Hari Raya juga akan berakhir esok.

Kak Long – Marilah sama-sama berusaha dan berdoa agar kita semua terhindar daripada sebarang mara bahaya di jalanraya. Amin…

Manusia dan Kesakitan

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana mengurniakan rasa sakit kepada manusia. Walaupun semua orang tidak mahu berasa sakit, tetapi rasa sakit itu harus tetap dirasai oleh setiap manusia. Ketika manusiaberasa sakit, seringkali ingatannya terhadap Tuhan lebih kuat daripada waktu-waktu  dia tidak sakit.

credit to: theburningblogoffire

credit to: theburningblogoffire

Semasa kita tidak sakit, bukannya kita tidak mengingatiNya tetapi apabila kita mengalami kesakitan, kita lebih kerap mengingatiNya. Adakah itu lumrah manusia? Atau mungkin kerana iman kita yang senipis bawang menyebabkan Allah ingin menguji kita dengan kesakitan?

Mengapa Tuhan mewujudkan rasa sakit? Mungkin sebagai tanda Dia mengasihi kita dan ingin kita lebih dekat kepadaNya. Mungkin juga jika tiada rasa sakit, kita lebih mudah hanyut dalam kegembiraan yang tidak bertepi. Sakit di dunia ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan yang harus kita tanggung dalam dunia sesudah mati.

Seringkah kita terfikir, jika kesakitan yang kecil pun kita sering merintih dan rasa tidak tertanggung, bagaimanakah nanti jika waktu itu tiba? Sedangkan sebagai manusia pasti tiada yang tidak lepas daripada pelbagai dosa. Kesakitan seringkali membuat manusia lebih banyak mengenangNya serta mengingati nikmat yang telah begitu banyak dilimpahiNya.

Bila kesakitan ini lebih mendekatkan aku padamu, kupanjatkan rasa syukur dan aku redha dengan segala ujianMu yang hanya sekecil ini berbanding nikmat yang telah sekian lama Kaukurniakan kepadaku!

Satu Keputusan

tangkap ikan kaloi

Kak Long terbaca satu mutiara kata,

Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Cukup rendah hatikah kita untuk mengakui kesilapan kita? Cukup bijakkah kita untuk mengambil manfaat daripada setiap kegagalan yang di alami dan cukup beranikah kita membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan? Kadang-kala jawapannya saling bercanggah antara kehendak hati dan rasional fikiran.

Sebagai manusia, apabila kita berada pada satu persimpangan, satu keputusan harus diambil untuk menghadapi masa depan. Kita perlu berani membuat sesuatu keputusan. Biarpun agak sukar, namun ia perlu dilakukan bila sampai masanya.

Kita sering berhadapan dengan perbagai persoalan dalam kehidupan. Kita perlu berani untuk terus melangkah……..

Mahal sangat ke?

Pondok kecil di tengah huma,
Menyimpan alat menuai padi,
Budi tuan saya terima,
Terima kasih sekalung budi.

Kalau tak silap, Kak Long pernah menonton iklan tentang seorang lelaki yang terlalu payah hendak mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantunya. Kak Long bukannya hendak memberikan ulasan tentang iklan tersebut tetapi sekadar mahu  menyentuh serba sedikit amalan berterima kasih ini.

Kadang kala tertanya juga, adakah memang nilai berterima kasih ini memang telah jauh terhakis daripada amalan masyarakat. Terlalu mahalkan untuk mengucapkan terima kasih?Adakah kita hanya mengucapkan terima kasih jika mendapat sesuatu yang disukai sahaja? Atau mungkinkah kita hanya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang tertentu sahaja?

Teruskan membaca

Siapakah pahlawan di hatimu?

“Siapakah pahlawan di hatimu? Pahlawan di hati kita mungkin sama, tetapi mungkin juga berbeza….”

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke Empat, Pahlawan bermaksud orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll).

Sebenarnya Kak Long bukan mahu membicarakan  tentang siapakah yang patut menjadi pahlawan di hati kita tetapi mahu berkongsi satu peristiwa berkaitan perkataan pahlawan ini. Teruskan membaca

Coffee or tea?

Membuka kotak email, saya menemui maklumat yang dihantarkan oleh seseorang kepada saya iaitu cerita tentang teh.

teh

Teh memang merupakan minuman popular bagi kita. Kalau tidak, takkanlah ramai yang suka ‘mengeteh’  (haha, siapa tu yang ajak Kak Long pergi ‘mengeteh’) tak kiralah sama ada di rumah atau di warung-warung, restoran-restoran, hotel-hotel  atau di mana-mana saja lah.

Teruskan membaca

Antara bunga raya, bunga mawar dan bunga melur

       Bunga nan cantik  jadikan hiasan,
Warnanya terang sangatlah merah,
       Dipilih menjadi bunga kebangsaan,
Tercatat megah dalam sejarah.

P7100471

Kak Long fikir, semua orang kenal akan bunga di atas. Peliklah juga kalau ada yang tak kenal kan? Hari ini nak cerita sedikit tentang sesuatu yang bersejarah berkaitan dengan bunga ini.

Sebenarnya, pada hari ini iaitu 28 Julai tahun 1960, bunga raya telah dipilih dan diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan negara kita Malaysia.

Antara bunga yang dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia  pada ketika itu ialah bunga ini:-

roscantik

iaitu bunga mawar yang mendapat undian majoriti penduduk Pantai Barat.

Juga bunga ini:-

melurdepanrumah

iaitu bunga melur pula mendapat undian majoriti penduduk Pantai Timur.

Namun, akhirnya bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana kriterianya yang sesuai. Antaranya, bunga raya merupakan bunga yang mudah ditanam. Melalui keratan batang, bunga raya boleh dibiakkan. Bunga raya juga sering ditanam sebagai bunga pagar di rumah.

P7100474

Lalu tercatatlah dalam sejarah bahawa pada hari ini dalam tahun 1960, maka bunga raya secara rasminya menjadi bunga kebangsaan negara kita.