jadi tak jadi..

Sekolah Kak Long tak jadi ditutup. Khabar yang mengatakan ada kes di sekolah kini masih dalam pemerhatian. Pelajar yang disyaki terlibat sedang dikuarantin, namun keadaannya terkawal dan mungkin bukan menghidapi H1N1. Sungguh lega kerana bukannya senang kalau sekolah terpaksa ditutup, kerana ia perlu diganti.Buat masa sekarang, tunggu dan lihat…..

Pagi ini bermula program mentor mentee yang dah ditangguhkan sekian lama.  Ha, jangan kata macam program mentor kat TV3 tu pulak. Walaupun konsepnya  ada persamaan, tapi objektifnya berbeza sikit. Sebagai mentor, Kak Long tak akan membimbing untuk menjadi penyanyi, tetapi membantu dalam bidang akademik dan sosial pelajar terutamanya dalam kawasan sekolah. Hari ini Kak Long dianugerahi enam orang ‘anak’ . Hehehe…..senang-senang jadi ibu segera. Seronok  juga menjalankan program hari ini. ‘Anak-anak’ pun nampak seronok. Kak Long harap keluarga baru ini akan menjadi rapat dan dapat manfaat daripada program ini.

Advertisements

Anugerah Kecemerlangan

Hari Sabtu lepas, selesailah sudah satu lagi program kemuncak di sekolah Kak Long. Oleh sebab program ini memerlukan Kak Long melibatkan diri secara langsung, sejak sebulan lepas kami telah bertungkus-lumus membuat persediaan. Nak menjemput pun satu hal. Tambahan pula ada orang penting yang datang. Kenalah buat follow-up beberapa kali. Sebenarnya, memang tak begitu gemar betul nak berurusan dengan orang besar-besar ni, maklumlah Kak Long ni orang kecil je. Jadi, terima kasih banyak-banyak  kepada teman-teman yang sanggup membantu untuk menjayakan program yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa ini.

P7060461

Sejak awal pagi, berbondong-bondong tetamu yang hadir. Sambutan pun di luar jangkaan. Maka, kami terpaksa pula menelefon pembekal makanan untuk menambah lauk-pauk untuk jamuan yang diadakan seusai acara penyampaian hadiah.  Teruskan membaca