Pasang telinga dan buka hati

Masuk ke trimester ke dua Semester 2, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Tambah-tambah lagi selepas Hari Raya Qurban. Banyak ibrah yang perlu dihayati daripada peristiwa Qurban.

“Puan bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.

“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”

“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.

“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”

Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu

Masuk ke kelas, Kak Long  berharap pelajar lebih  bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.

Advertisements

Perempuan Melayu Terakhir

image0034

Antara pendidik dan tukang jahit.

Bukan nak bandingkan antara seorang pendidik dengan tukang jahit siapa yang lebih layak jadi perempuan Melayu terakhir. Bukan juga nak cerita bahawa Kak Long bertukar proffesion daripada seorang pendidik kepada tukang jahit!

image033

Kak Long belum lagi bercadang nak berhenti kerja atau memilih untuk pencen awal. Sebenarnya, saja nak cerita kegiatan hujung minggu Kak Long kali ini. Pada hujung minggu lalu, Kak Long berpeluang pergi belajar menjahit. Kali ini Kak Long belajar menjahit cadar dan sarung bantal. 

image0292

image0351

image036

Walaupun Kak Long tak dapat benar-benar menikmati cuti hujung minggu kali ini sebab kursus tersebut mengambil masa selama 2 hari dari pagi hingga petang, Kak Long sangat seronok. Dengan malu-malu dan tersipu-sipu, Kak Long mengaku yang Kak Long memang bukan seorang yang cekap hal-hal jahit menjahit ni. Pegang jarum ni memang boleh dikira dengan jari kekerapannya. 

Dan kursus tersebut telah memberi peluang Kak Long menjadi perempuan Melayu terakhir. Takkanlah baru jahit satu set cadar dan bantal dah dapat gelaran perempuan Melayu terakhir? Sebenarnya, masa buat tu, terkial-kial. Maklumlah, Kak Long ni jahit butang tercabut pun dalam setahun boleh kira dgn jari, ni pulak nak guna mesin jahit hi-speed. Kebanyakan peserta lain tu memang tukang jahit, jadi bila berada dalam kalangan yang arif tentang hal jahit menjahit ni, maka Kak Long pun asyik jadi orang terakhir je yang siap. Padan muka Kak Long!  Kak Long gelakkan diri sendiri sebab dulu-dulu tak rajin nak menyentuh mesin jahit kat rumah yang cuma menjadi perhiasan dan menunggu masa dihantar untuk dipamerkan di muzium.

show2

Bila dah siap,  bukan main seronok!

 Lepas ni boleh ambil tempahan kot! Boleh bukak kedai jahit lak! Siapa nak tempah dengan Kak Long? Boleh Kak Long bagi special discount. Tapi siap sedialah kalau tempah tahun ni, tahun depan lum tentu siap..