Usah goyang

Semalam waktu dengar berita tentang gempa bumi yang yang melanda Sumatera dan turut dapat dirasai oleh penduduk Lembah Kelang dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap warning….

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada  di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu. (Petikan daripada blog Hidup Biar Sedap)

Hahaha….terasalah pulak, walaupun masa gempa yang dilaporkan lebih kurang pukul 6 petang itu, memang Kak Long yang ada di kawasan panas tu, langsung tak terasapun apa-apa goyangan. Namun Kak Long diberitahu, ada kawasan sekitar yang memang merasai gegaran tersebut. Malam tadi, doa sebelum tidur pun memang berjela-jela panjangnya lebih daripada selalu. Dahlah ada kat kawasan panas, dipanaskan lagi dengan berita tentang bencana tersebut. Syukur Alhamdulillah, selepas lebih 24 jam, tiada apa yang berlaku di sini walaupun rasa sedih dengan apa yang menimpa penduduk negara jiran khususnya berada di Padang.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian Online, Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu dan 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.

Kerajaan negara kita telah berusaha menghantar pesawat yang menerbangkan pasukan perubatan dan ke Padang dan akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di sana. Pelajar kita yang sedang menuntut di Universiti Andalas, di Padang terutamanya dalam bidang perubatan, memang ramai. Semoga semuanya selamat.

Kursus yang Kak Long hadiri amat padat jadualnya . Fokus juga perlu. Ingat nak ronda2 dan bercanda di tepian pantai, tapi sampai hari ke-2 ni masih belum berkesempatan.

Advertisements

Selipar Jepun Yang Jadi Rebutan

Semalam, satu pertandingan Permainan Tradisional telah dianjurkan.  Hanya untuk pelajar Tingkatan 4 sebab pelajar Tingkatan 5 sedang berperang untuk Peperiksaan Percubaan. Agak leka juga menyaksikan pelajar-pelajar berebutkan selipar jepun, satu antara permainan tradisional  yang dipertandingkan. Seronok betul melihatkan mereka berusaha membina segitiga dengan menegakkan tiga  selipar jepun. Satu lagi selipar jepun digunakan untuk ‘membunuh’ ahli pasukan lawan. Permainan ini memang nampak ringkas, tetapi sebenarnya memerlukan kerjasama dan kebijaksanaan merancang strategi mengalahkan pihak lawan. Ada kalanya agak lucu juga. Riuh-rendah mereka bermain.

Satu lagi permainan yang menjadi tumpuan ialah permainan galah panjang atau galah adang. Sebenarnya, permainan selipar jepun ni memang Kak Long sendiri pun tak pernah main. Kalau galah adang tu, adalah juga dulu. Lain-lain permainan yang menyeronokkan ialah konda-kondi, baling getah, dll. Huh…seronok. Justeru, bila tengok dia orang bermain, alahai…terkenang zaman dulu-dulu.

Dalam zaman siber ni, kebanyakan kanak-kanak dan remaja jarang sekali berpeluang bermain begini. Mereka lebih banyak bermain di dalam rumah, menghadap komputer, bermain PS 1, 2 @ 3. Bila mereka dapat bermain permainan tradisional ni, bukan main seronok lagi dan Kak Long tengok mereka begitu  bersemangat bermain. Cuma, nak buat macam mana, dalam keadaan yang tak begitu menggalakkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti di luar ni, terpaksalah meminimumkan permainan yang dipertandingkan.

Semoga permainan tradisional ni tidak akan lenyap ditelan zaman.

Kak Long – Nak muat naik gambar tapi tak sempat…hujan, tenet agak tenat. Insya Allah, mungkin kemudian sikit.

 

Ops Kantoi

Pagi Khamis lalu, pegawai penguatkuasa undang-undang sekolah Kak Long menjalankan operasi yang diberi nama Ops Kantoi (yang menyaksikan ramai pelajar yang melanggar peraturan sekolah telah kantoi). Dalam operasi tersebut guru-guru disiplin telah menjalankan operasi pemeriksaan mengejut dari kelas ke kelas. Kak Long tidak terlibat tetapi menyibuk je ambil gambar ni sebab Puan Zah minta Kak Long rekodkan tentang operasi ini.

Bila dah kantoi tu, macam-macam benda lah yang dijumpai. Antaranya….. (hanya adegan yang boleh kita lihat sahaja…yang lain-lain tu kena  simpan untuk rekod je lah)

Image140

Ada lebih 10 handphone yang dirampas. Kalau cakap pasal bawa handphone ke sekolah ni, susah nak komen. Ada ibu bapa yang kata, handphone ni keperluan. Tapi, bila dah diwartakan sebagai undang-undang dan peraturan, terpaksalah juga dikenakan tindakan.

cyg pa

P7180521

Surat cinta macam ni, kira biasalah. Cuma kad di atas tu, nak komen sikit…dahlah tak ditulis dengan ejaan yang betul, (nanti dah terbiasa, masa periksa pun  asyik tulis singkatan ejaan) dah lumrah agaknya remaja sekarang, kalau  ‘bercouple’, seringkali istilah yang mereka gunakan… panggilan manja pada pasangan…….. ma, pa… ( ma ni singkatan pada mama dan pa ni singkatan papa, kan?).

Pssttt……sesiapa yang biasa kantoi masa di sekolah dulu, senyumlah sikit kalau teringatkan masa dahulu kala. 🙂

 

Apa-apapun boleh

Gambar dari bharian.com.my

Gambar dari bharian.com.my

 Melihat gambar muka depan akhbar Berita Harian hari ini, pemakaian penutup muka oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Presint 9 (2)  wajar dicontohi oleh semua rakyat Malaysia tidak kira semasa berada di sekolah mahupun jika berada di tempat-tempat awam. 

Khalayak memang telah sedia maklum bahawa virus H1N1 memang sedang merebak dengan begitu pantas di negara kita dan setakat semalam seramai 32 orang telah disahkan maut angkara virus yang melanda ini. Kerajaan juga dilaporkan telah menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1)ini. Namun setakat manakah kita sendiri berusaha untuk menjauhi diri dan keluarga daripada terdedah kepada virus yang sangat merbahaya ini? 

Teruskan membaca

H1N1 lagi…

Mendengar berita tentang kes kematian terbaru yang membabitkan H1N1 tu tambah membimbangkan. Hari ini, cuaca muram. Kelas semakin susut bilangan pelajar kerana sesiapa yang demam diberikan cuti oleh doktor dan dibenarkan pulang ke kampung. Belum ada pengesahan tentang pelajar dijangkiti virus ini walaupun semalam seorang pelajar ditahan di wad.

Hari ini banyak membaca dan mencari info tentang penyakit. Berguna juga untuk memberi panduan kepada pelajar.  Kak Long terjumpa bebarapa blog yang memaparkan tentang virus ini. Salah satu daripadanya, blog Jard, yang mengandungi banyak juga info tentang virus H1N1 ini. Selain itu, blog Kementerian Kesihatan juga ada memaparkan laporan terkini tentang H1N1.

Kenapa virus ini seakan sukar dikawal? Walaupun beberapa langkah diambil termasuk menutup institusi pengajian dan sekolah, namun selagi tiada kesedaran dan sifat tanggungjawab, pasti sukar untuk dikekang. Hari ini pun Kak Long dapat berita, orang yang sepatutnya dikuarantin di rumah, masih sempat mengunjung Pesta Flora di Putrajaya. (Kisah benar…. Sila percaya!)  Patutkah mereka memandang ringan hal ini sedangkan ketidakprihatinan mereka ini mengundang risiko yang besar?

Hari ini berada di sekolah sampai ke petang. Jadi, malam ni tak nak  cerita banyak sangat. Nak berehat di depan komputer,  makan  kacang sambil menjelajah ke blog teman-teman…..

kacang

jadi tak jadi..

Sekolah Kak Long tak jadi ditutup. Khabar yang mengatakan ada kes di sekolah kini masih dalam pemerhatian. Pelajar yang disyaki terlibat sedang dikuarantin, namun keadaannya terkawal dan mungkin bukan menghidapi H1N1. Sungguh lega kerana bukannya senang kalau sekolah terpaksa ditutup, kerana ia perlu diganti.Buat masa sekarang, tunggu dan lihat…..

Pagi ini bermula program mentor mentee yang dah ditangguhkan sekian lama.  Ha, jangan kata macam program mentor kat TV3 tu pulak. Walaupun konsepnya  ada persamaan, tapi objektifnya berbeza sikit. Sebagai mentor, Kak Long tak akan membimbing untuk menjadi penyanyi, tetapi membantu dalam bidang akademik dan sosial pelajar terutamanya dalam kawasan sekolah. Hari ini Kak Long dianugerahi enam orang ‘anak’ . Hehehe…..senang-senang jadi ibu segera. Seronok  juga menjalankan program hari ini. ‘Anak-anak’ pun nampak seronok. Kak Long harap keluarga baru ini akan menjadi rapat dan dapat manfaat daripada program ini.

Anugerah Kecemerlangan

Hari Sabtu lepas, selesailah sudah satu lagi program kemuncak di sekolah Kak Long. Oleh sebab program ini memerlukan Kak Long melibatkan diri secara langsung, sejak sebulan lepas kami telah bertungkus-lumus membuat persediaan. Nak menjemput pun satu hal. Tambahan pula ada orang penting yang datang. Kenalah buat follow-up beberapa kali. Sebenarnya, memang tak begitu gemar betul nak berurusan dengan orang besar-besar ni, maklumlah Kak Long ni orang kecil je. Jadi, terima kasih banyak-banyak  kepada teman-teman yang sanggup membantu untuk menjayakan program yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa ini.

P7060461

Sejak awal pagi, berbondong-bondong tetamu yang hadir. Sambutan pun di luar jangkaan. Maka, kami terpaksa pula menelefon pembekal makanan untuk menambah lauk-pauk untuk jamuan yang diadakan seusai acara penyampaian hadiah.  Teruskan membaca

Akal fikir

Hari ini pelajar-pelajarku menghadapi Peperiksaan Semester 1.

Bila sudah bersedia,

Segala jawapan berada di minda.

 Setelah selesai berusaha,

Mohon ke hadrat Dia yang Esa…

Nampaknya kesibukan berganda selepas ini. Beberapa hari lagi mulalah dapat skrip jawapan….

Kalau blog terbiar sepi tu…faham-faham ajelah ya!