Biarkan aku menangis..

Petang tadi ada drama air mata di rumah. Sebenarnya, semasa Kak Long balik daripada kelas tambahan, sempat juga Kak Long singgah sebentar di kedai kek dan membeli sebiji kek ais krim yang comel. Kak Long teringat yang hari ini merupakan hari ulangtahun pembantu rumah Kak Long. Jadi, Kak Long pun ajak anak-anak jiran Kak Long yang sering menjadi temannya bermain di hadapan rumah kami untuk sama-sama menikmati jamuan kecil yang Kak Long sediakan itu.

kek

Sewaktu Kak Long panggil pembantu rumah Kak Long untuk memotong kek yang Kak Long belikan, terkejut Kak Long sebab tiba-tiba saja dia beriya-iya menangis. Kak Long tanya, kenapa pula menangis. Dia minta kami biarkan dia menangis buat seketika. Rupa-rupanya dia terharu sangat dengan suprise small party yang Kak Long buat tu.

Pembantu Kak Long ni dah lebih 2 tahun berkerja dengan keluarga Kak Long. Setakat ini, tiada masalah yang pernah Kak Long hadapi dengannya. Seperti pembantu rumah keluarga kami sebelum ini, Kak Long harap, dia juga akan serasi bersama kami bagi tempoh yang lama. Dalam keadaan sekarang, bukan mudah mendapat pembantu rumah yang sesuai. Kak Long sendiri pun terhutang budi padanya kerana semasa Kak Long terpaksa menjadi penghuni hospital dalam tempoh yang lama tahun lepas, dialah yang telah banyak membantu menjaga dan menyiapkan keperluan Kak Long. Jadi, rasa puas juga sebab walaupun dia menangis, mungkin teringatkan keluarganya yang tiada bersama pada ketika itu tetapi Kak Long tahu yang dia gembira kerana pertama kali katanya diraikan pada hari ulangtahunnya.

Renungan: Orang yang gembira adalah orang yang menghasilkan sesuatu; orang yang bosan tidak menghasilkan apa-apa.

Advertisements

Sehari di tengah kota

Beberapa hari lepas, seharian Kak Long di KL. Pagi-pagi lagi Kak Long dah siap. Kalau lewat nanti, tentu dapat nombor yang entah ke berapa. Ke rumah adik dulu sebab dia dah bermurah hati nak temankan Kak Long hari ini. Aku terpaksa ambil CRK hari ni untuk menguruskan pasport pembantu rumah Kak Long.

p2110575

Selepas menguruskan dokumen yang diperlukan, kami ke Pavillion.

p2110568

Kami meninggalkan kereta Teruskan membaca