Pertandingan Mewarna Anjuran Smart Reader dan Tesco

Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak anjuran Smart Reader dan Tesco telah diadakan di perkarangan Tesco PD pada hari Sabtu lepas. Seramai lebih kurang 80 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi kanak-kanak bawah 7 tahun dan juga kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Seronok sungguh menyaksikan pelbagai ragam kanak-kanak dan ibu bapa yang turut memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian. Juga teruja melihat hasil seni kanak-kanak yang sangat menarik. Hadiah-hadiah tajaan Tesco dan Smart Reader telah disampaikan kepada pemenang selepas diadili oleh juri-juri jemputan. Antara hadiah yang disampaikan ialah hamper, baucer Tesco dan CD untuk kanak-kanak.

Cara Menyertai Contest Weblog Popular 1Malaysia

(Entri ini Kak Long tulis atas permintaan seorang dua teman yang meminta bantuan untuk membuat pencalonan bagi contest Weblog Popular 1Malaysia tetapi masih menemui jalan buntu kerana ada beberapa syarat yang masih belum dapat dipenuhi. Kak Long  harap  dapat membantu juga walaupun Kak Long pada mulanya bimbang juga, umpama mengajar itik berenang kerana Kak Long tahu, kebanyakan teman2 blogger Kak Long ni sememangnya amat mahir. Justeru, golongan tersebut:- abaikan sahaja entri ini ya, ataupun silalah tegur jika ada kesilapan dalam memberikan penerangan di bawah itu..)

Dalam entri Kak Long pada minggu yang lepas,  Kak Long telahpun mencalonkan blog Kujie untuk peraduan Weblog Popular 1Malaysia yang telah dianjurkan oleh Denaihati.  Kak Long pasti ramai juga yang ingin turut serta untuk sama-sama mencalonkan blog yang mereka suka.

Jom kita tengok apa hadiah dan cara-cara untuk memenuhi syarat pertandingan tersebut.

CARA-CARA MENYERTAI DAN HADIAHNYA:-

Mengikut pemahaman Kak Long, ada 3 cara untuk memenangi peraduan ini.

1) Mendapat pencalonan paling banyak daripada teman-teman blogger untuk menjadi Weblog Popular 1Malaysia yang berpeluang mendapat hadiah sebanyak RM 1000.

2) Menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia. Mana-mana blog yang paling banyak disenaraikan sebagai reference atau rujukan peserta contest berpeluang mendapat hadiah iaitu tempat pertama iaitu sebanyak RM1500, tempat kedua RM 1000 dan tempat ketiga RM500. Mungkin untuk memenangi hadiah ini lebih mudah sebab tidak disyaratkan jumlah minimum blog yang merujuk.

Untuk menjadi reference atau rujukan itu, dikira daripada jumlah blog yang menulis  Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia ini daripada blog http://mawarmerah2008.wordpress .com ( Anda boleh menggantikan https://mawarmerah2008.wordpress.com dengan blog yang anda rujuk untuk menyertai peraduan ini)

3.  4 weblog yang berada pada ranking 1 hingga 4 di google.com.my dengan kewords  Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am pada tarikh 30/9/2009 akan mendapat 4 hadiah khas iaitu sebanyak RM 250 bagi setiap weblog yang berada .(Untuk hadiah ke 5 ini, hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.)

4. Pertandingan ini hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau Inggeris.

APA NAK BUAT?

1) Tulis entri untuk mencalonkan weblog yang popular pada penilaian anda sendiri.

2) Dalam entri itu pastikan anda menulis:-

a) Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia ini daripada blog https://mawarmerah2008.wordpress.com (Anda boleh menggantikan https://mawarmerah2008.wordpress.com dengan blog yang anda rujuk untuk menyertai peraduan ini)

b) Perkataan Weblog Popular 1Malaysia. Contohnya :- Denaihati telah menganjurkan peraduan Weblog Popular Malaysia yang bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.

c) Tuliskan blog yang anda sukai. Contohnya, Blog yang paling saya sukai ialah blog Hidup Biar Sedap (http://kujie2.com) yang dimiliki oleh Kujie.

d) Nyatakan apa yang membuat anda tertarik akan blog tersebut. Contohnya: Saya suka blog Kujie kerana blognya ………………..

e) menulis nama-nama sponsor terkini, Contohnya: Sponsor contest ini ialah  SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL. Anda perlu update jika ada sponsor baru (jadi, anda perlu selalu rujuk blog Denaihati)

f) Buat backlink kepada Denaihati dalam posting. (Dalam entri tu mesti nanti, masa tuliskan nama penganjur, iaitu pada nama Denaihati tu, buatlah link ke  blog tersebut.)

g) Lawat blog Yang Terbuku Dihati milik Denaihati dan tinggalkan komen pada posting contest Weblog Popular 1Malaysia. Kemudian pada komen untuk posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog itu juga, letakkan juga url untuk entri pencalonan weblog popular 1Malaysia  anda itu supaya Denaihati senang melawat anda. hihihi

h) Wajib subscribe blog Yang Terbuku Dihati kepunyaan Denaihati melalui email dan aktifkannya.  ( Untuk subscribe blog beliau ini, boleh klik pada sidebar blog Yang Terbuku Dihati itu yang ada tulisKongsi Terus ke email. Masukkan email anda dan klik subscribe, kemudian buka email anda untuk aktifkan perkongsian terus tersebut. caranya: Selepas subscribe, buka email anda dan ikut arahan – yang akan meminta klik pada link yang terdapat dalam email itu untuk aktifkan subscribe itu)

i)  Wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia di mana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.

Syarat tambahan:-

1) Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.

2)  Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.

3).  1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.

Pertanyaan

Sesiapa yang masih kurang jelas sebenarnya boleh bertanya terus kepada penganjur  melalui ruang komen atau twitter @Denaihati atau email  pada alamat:- denaihati@yahoo.com.

Kak Long – Dah terbiasa menerangkan pada anak murid secara terperinci, terbawa-bawa pula di sini. Bukan menafikan kemahiran anda yang bertanya pada Kak Long itu, tetapi tak tahu yang mana satu sebenarnya yang perlu diterangkan dengan terberinci untuk membantu.