Kalbu

Operasi Disiplin pada awal pagi..

Macam-macam khazanah yang tak diingini ada. Dan yang membuatkan hati sebal, bila pengawas yang lebih serius melakukan masalah disiplin. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Mesyuarat dan kelas tambahan selesai pada lewat petang.

Masih terkebil-kebil mengemas rumah baru yang tak siap-siap lagi…

raya 015

Menyesuaikan diri dengan hujan dan panas

Baru dua hari sekolah dibuka semula selepas cuti seminggu.
Terlalu banyak tugas yang perlu diberikan perhatian segera.
Projek jabatan perlu segera dikemaskini,
Tambahan skrip jawapan untuk peperiksaan percubaan SPM telah berada di tangan.
Begitu juga tugasan di bulan Ramadan yang masih belum selesai.
Justeru, terpaksalah menjauh sebentar walaupun setiap hari laptop ini di bawa ke sana ke mari…

Kapal dagang melabuhkan sauh,
Memunggah barang hingga ke kuala,
Baru sebentar pergi menjauh,
Rindu hendak berblog semula.

Tag daripada Maza

Kali pertama Kak Long diberikan tag….  Rupa-rupanya tersenarai nama Kak Long untuk membuat tag ini. Mula-mula, masa Kak Long melawat blog Maza setelah entri itu disiarkan, tenet memang tengah tenat, jadi cuma baca entri semasa. Entri sebelumnya, tertinggal, hinggalah Kak Long berkesempatan merayau-rayau pada posting sebelumnya, maka barulah sedar, ada tugas yang diberikan oleh Maza. isks, memang Maza ni…..(Mula-mula nak buat-buat tak nampak, tapi tak sampai hati pulak…)

Sebenarnya tak reti betul nak jawab tag ni. Tapi sebab Maza dah beri penghormatan tersenarai dalam list Maza, Kak Long cuba juga sedaya upaya untuk menjawab tag dari Maza (Gubuk Kecil Kembara Jalanan).

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

Inilah award yang Kak Long cut and paste daripada tugasan tersebut. Kalau tengok signature kat gambar tu, ha, tahulah yang asal usul gambar tu dah diedit oleh en_me yang tag maza yang kemudiannya menghulurkan baton kepada orang lain pulak….

Teruskan membaca

Risau…

Awalnya malam semalam saya merancang untuk masuk beradu lebih awal, melayan mimpi-mimpi indah jika ia indah dan menepis mimpi-mimpi yang kurang menyenangkan, jika ditakdirkan mendapat mimpi yang tak indah (walaupun saya dah gosok gigi, basuh kaki, ambil wuduk dan baca doa tidur 🙂 ) tapi, saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Saya dah selesaikan kerja-kerja saya memasukkan data markah ujian. Juga telah selesai membuat sedikit persediaan untuk mengajar keesokan harinya. Saya mahu segarkan tubuh badan yang tidak cukup rehat walaupun hujung minggu kerana beberapa urusan di sekolah serta ususan peribadi yang memerlukan saya ke sana ke mari. Namun, mata saya tidak mahu lelap kerana risaukan mendengar berita tentang Awish yang dah masuk hari ke-3 demamnya. Teruskan membaca

Meredakan relung hati

Tiada siapa yang dapat menyembuhkan perasaan kita melainkan diri kita sendiri tetapi adalah terlalu sukar untuk menyembuhkannya sendirian. Kebanyakan kita memerlukan pendengar, memerlukan seseorang yang menghargai dan memerlukan bimbingan atau sokongan. Ada masanya kita mempunyai peta sebagai panduan untuk meneruskan sesuatu perjalanan, namun masih lagi kita tidak mampu melihat jalan yang manakah perlu kita ambil. Sahabat sejati dan keyakinan diri boleh menjadi cermin diri dalam meneruskan perjalanan.

redrose
Dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa-ria, berkongsi kebahagiaan. Kerana dalam titi-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar hari dan ghairah segar kehidupan – Khalil Gibran

Sebuah puisi di bulan Julai

Engkau tahukah
Keterpaksaan atau kerelaan
Menyambut bukan pada waktunya
Jauh benar engkau berkunjung
Waktu pintu telah kututup
Engkau ketuk jendela kaca sambung menyambung
Bunyinya bergema
Ruang tamuku turut bergegar
Paling tidak kupejamkan mata
Tapi tidak pula kutulikan telinga

Kak Long: Seperti beremosi pula dinihari ini, namun sekadar meredakan diri yang sesak dengan pelbagai tugasan sepanjang Julai yang hectic.

Anganku musnah

Hari ni Kak Long nak menulis sikit tentang hati dan perasaan. Kira peribadilah ya. Walaupun ada yang tak teringin nak baca, tapi kalau dah singgah kat sini, terpaksalah juga baca.

nangisgambar daripada Google

Sebenarnya hari ni Kak Long sepatutnya menyiapkan beg pakaian kerana mengikut perancangan, petang esok Kak long akan bertolak ke Padang bola Indonesia. Tiket ni Kak Long dan 3 orang lagi teman-teman dah beli sejak tahun lepas lagi masa ada promosi kat Air Asia.

Walaupun Kak Long dah pernah ke Padang dan Bukit Tinggi, tetapi  masih excited juga nak pergi lagi. Dah rancang nak beli baju dan telekung untuk raya gitu, tapi kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan.

Teruskan membaca

Lagu Geram

images

Teringat satu lagu lama yang kak long terlupa tajuknya.
Antara liriknya,
Geram, jangan engkau geram..

Geram ataupun menurut Kamus Dewan membawa maksud marah, panas hati, sakit hati.  Maksud yang kedua pula ialah suka  @ cinta

Bukan nak mengajar tentang maksud perkataan, tapi cuma nak menterjemahkan perasaan hati. Perasaan hati tu kali ni berkaitan dengan maksud yang mula-mula tu.

Dah beberapa hari, kak long tak dapat nak aksess internet. Tak tahu pulak kenapa. Nak pergi melepak kat starbuck ke @ yg seangkatan dgnnya yang ada sambungan tanpa wayar tak berkesempatan pulak kerana dua hari ni asyik sibuk dengan kenduri kahwin jiran tetangga dan teman-teman. Bila balik rumah tu, ingat nak update N3, tapi sakit hati…

Iskkk,iskkk……geram betul dibuatnya. Nasib baik tetiba je tengah malam ni baru okay, maka tak jadilah nak geram berpanjangan. Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni selalu juga terjumpa masalah ni, tapi taklah lama sgt macam kali ni. Selalu tu belumlah sampai tahap geram…tapi kali ni memang geram jugalah dibuatnya. Harap-harap esok dan hari-hari seterusnya tak meragam lagi.

p/s Hmmmm….hidup memang tak selalu indah. Ada masa hujan turun di tengah hari.

Caaaakkkkk!!!

Caaaakkkkkk!!!!!!!

Yuhuuuuu……..

Kak Long dah pulang…

Lamanya tak berkesempatan update blog. Malam tadi, sampai di KLIA pun dah malam. Sampai di rumah, memang hati meronta-ronta juga nak on komputer, tapi disebabkan dah letih, terus saja tidur selepas membersihkan diri dan solat Isyak. Itupun dah lewat..

Semenjak menceburkan diri dalam dunia blog ni, walau hanya beberapa hari tak berkesempatan nak merayau-rayau di blog orang lain dan meonda di blog sendiri..memang rasa something wrong somewhere..

Bukan tak boleh bawa laptop, tapi memang langsung tak berkesempatan langsung nak mencuri-curi jengok pun. Bukannya tak ada komputer di bilik hotel, tetapi cuma balik ke bilik untuk tidur. Banyak menghabiskan masa memerah otak untuk siapkan modul. Selepas itu, banyak juga menghabiskan masa menyopping.

Hari ni dah ke sekolah semula. Ada dua hari lagi sebelum cuti untuk dua minggu. Sebelum cuti, kena siapkan banyak perkara, maklumlah dah bebereapa hari tinggalkan sekolah.

Nak juga ceritakan pengalaman beberapa hari bercutikerja ni.

Tunggu….