Usah goyang

Semalam waktu dengar berita tentang gempa bumi yang yang melanda Sumatera dan turut dapat dirasai oleh penduduk Lembah Kelang dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap warning….

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada  di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu. (Petikan daripada blog Hidup Biar Sedap)

Hahaha….terasalah pulak, walaupun masa gempa yang dilaporkan lebih kurang pukul 6 petang itu, memang Kak Long yang ada di kawasan panas tu, langsung tak terasapun apa-apa goyangan. Namun Kak Long diberitahu, ada kawasan sekitar yang memang merasai gegaran tersebut. Malam tadi, doa sebelum tidur pun memang berjela-jela panjangnya lebih daripada selalu. Dahlah ada kat kawasan panas, dipanaskan lagi dengan berita tentang bencana tersebut. Syukur Alhamdulillah, selepas lebih 24 jam, tiada apa yang berlaku di sini walaupun rasa sedih dengan apa yang menimpa penduduk negara jiran khususnya berada di Padang.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian Online, Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu dan 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.

Kerajaan negara kita telah berusaha menghantar pesawat yang menerbangkan pasukan perubatan dan ke Padang dan akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di sana. Pelajar kita yang sedang menuntut di Universiti Andalas, di Padang terutamanya dalam bidang perubatan, memang ramai. Semoga semuanya selamat.

Kursus yang Kak Long hadiri amat padat jadualnya . Fokus juga perlu. Ingat nak ronda2 dan bercanda di tepian pantai, tapi sampai hari ke-2 ni masih belum berkesempatan.

Advertisements

Kita dan tanggungjawab

30 APRIL 2009

Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda? Hari ini hari terakhir untuk mengisi borang cukai pendapatan bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan.

lhdn

He..he, sebenarnya, malam semalam sewaktu nak pergi membeli-belah, lalu di depan bangunan LHDN. Nampak banyak kereta yang parking di kawasan tu. Kelihatan daripada luar cermin bangunan tu nak kata ramai sangat, tak lah juga. Mungkin ramai yang dah siap isi borang cukai pendapatan sejak awal-awal lagi. Dengar cerita beberapa hari terakhir ni, LHDN buka kaunter sampai pukul 10 malam. Bukan nak mengata,  tapi mungkin kerana kesibukan yang melampau setiap hari dan  dah jadi amalan, ramai yang sengaja tunggu saat akhir nak isi borang cukai pendapatan ni. Mungkin kerana keseronokan bersesak-sesak untuk isi borang ni yang membuatkan ramai yang bertangguh sehingga ke hari-hari terakhir. Khabarnya, talian LHDN pun mengalami kesesakan lalu-lintas. Mungkin sebab dah semakin ramai yang celik IT. Biarpun hari ini masih ada yang kelam-kabut nak isi borang cukai pendapatan tapi, tak apalah…… Daripada tak ada, baiklah ada,  walaupun pada saat-saat genting.  Selamat menunaikan tugas sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab.

Bagi yang belum, cepat!  cepat! cepat! Berkunjunglah ke pejabat LHDN yang berhampiran atau    ke  laman rasminya.