Hati terkenang mulut menyebut

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Kami mengadakan jamuan tergempar sempena beberapa perkara.

  • Perpisahan – kerana salah seorang rakan sejawat akan bertukar mulai bulan Jun. Rasa gembira kerana hajatnya untuk tinggal berdekatan dengan suami akan tercapai. Namun sedih juga kerana setelah sekian lama bersama, pasti saja pemergiannya membuatkan kami kehilangan seorang teman yang amat dedikasi terhadap tugasnya. Apapun, kami doakan dia akan bahagia. Dia telah setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang menantikan kehadiran orang baru untuk menyeri rumahtangganya. Pasti sahaja, kelulusan pertukaran ini amat diperlukannya.

P2030519

  • Lambaian Kaabah – Salah seorang  rakan aka jiran meja Kak Long akan menunaikan umrah bersama keluarganya. Jadi, buatlah doa selamat sekali. Semoga selamat pergi dan balik. Pesan jangan tak pesan….lambai-lambai kita orang banyak-banyak supaya dapat jadi tetamu-Nya lagi.
  • Cuti – yeaaaaaa…..mulai esok, cuti semester 1. Dua minggu. Dan 3 hari, kena pergi kursus. Jadi masih ada lebih kurang sebelas hari nak cuti. Banyak rancangan tu…terutama nak siapkan rekod markah pelajar. Dah lama cuti daripada jadi guru tingkatan ni, kenalah belajar balik yang dah terlupa tu!

Bila hati terkenang, mulutpun menyebut………dan tangan pun menulis.

Hujan

Beberapa hari ini, hampir setiap hari hujan. Musim hujan ni  kenalah  lebih berhati-hati semasa keluar rumah atau di jalan raya. Hampir seminggu Kak Long demam selsema. Namun begitu, Kak Long bersyukur kerana taklah teruk sangat sampai tak boleh pergi kerja. Cuma kerja taklah serancak biasa kerana rasa tak begitu selesa.

Semalam Kak Long pergi melawat seorang kawan yang sakit di Hospital TTJ.

p2200658

p2200659

Kasihan Kak Long lihat badannya nampak begitu susut. Tapi wajahnya masih ceria menyambut kehadiran kami yang melawatnya. Doktor sahkan buah pinggangnya telah rosak. Kata kawan Kak Long, Dr dah masukkan 80 bag air dua hari lepas. Masa Kak Long datang tu, dia sudah beransur pulih. Kawan Kak Long ni seorang yang gigih. Kagum Kak Long dengan semangatnya. Walaupun sakit, dia masih tidak mahu mengalah dengan penyakitnya itu. Dia amat yakin dia masih ada peluang untuk pulih. Semoga Allah terus melindunginya.

Antara dua rasa

11.55 am
Kini Kak Long sudah happy
Boleh mula tersenyum lagi
Hilang sudah gundah gulana
Segala persiapan telah selesai
Tinggal menunggu harinya saja.

6.00pm
Pulang sekolah pergi ke PPUM
Bersama 2 orang rakan
Pergi lawat anak kawan kami
Sayu hati tengok si kecil
Terlantar lemah tak bermaya
Hanya mampu menghulur simpati
dan tentu sahaja memahami
Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.