Hari ini dan semalam

Pada hari ini kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah pula. Mungkin agak lewat sikit sebab kebanyakan sekolah dah sambut pada hari Isnin lepas. Tapi tak kisahlah tu. Para pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Semester 1, jadi mood nak bergembira tu agak kurang.

Kami ada tarian poco-poco pada awal pagi, jamuan dan kemudian beberapa persembahan, tayangan video serta upacara penyampaian hadiah bagi beberapa permainan. Hari ini juga ada pelancaran laman web sekolah yang baru dan lebih menarik. 

Kak Long ada ceritakan tentang pertandingan bowling dalam entri minggu lepas. Kami ada juga acara berpasukan. Semuanya diumumkan hari ini. Yuhuuu….dapat hadiah johan….Terkejut juga sebab tahun sebelumnya cuma dapat senarai top ten, tapi tak adalah nombor satu, dua atau tiga. Mungkin tahun ni pemain-pemain pro sekolah Kak Long tu sedang cuti, jadi kami yang tak pro nilah yang sapu…hehehe…..Selain tu, panitia kami dapat Hadiah Peningkatan Cemerlang. 

Sempena hari guru peringkat sekolah ni, rupanya ada juga kek daripada biro pendidikan Wanita UMNO dan daripada  salah sebuah hotel di kawasan berhampiran.

kek2

Kak Long fikir, akhir bulan Mei ni, kalau timbang, mesti berat badan dah bertambah…tapi tak pa, esok nak pergi jogging tepi tasik. Nak ikut jom…..

kek

2 comments on “Hari ini dan semalam

  1. Nak ikut… takut nanti opah yang bulat ni tergolek-golek masuk ke dalam tasik tu pulak… he he he. Sedapnya kek tu. Bilalah nak dapat merasa!!! Sihat ke Kak Long?

  2. Boleh opah, jomlah. Nanti kalau opah tak larat, kak long tolong pimpinkan,
    Kalau kak long yg tak larat, opah lak tolong tarik2kan… Boleh gitu????
    Dah naik muak pulak makan kek, tapi sbb org memberi, kita tetap merasa….
    Alhamdulillah, sihat opah.

Tinggalkan komen