Bola berguling

Lihat bola berguling-guling,
tanganku lenguh bermain bowling.

Dah lama betul Kak Long tak main bowling yang mengikut sejarahnya mula dilihat dimainkan di Finland, Yamen dan Germany ni, tapi demi menunaikan hajat penaja yang telah bermurah hati menaja yuran penyertaan Kak Long, terpaksa (walaupun sebenarnya suka…sangat…) juga ambil bahagian dalam pertandingan bowling yang diadakan oleh Kelab Staff sempena Hari Guru.  Terima kasih Zah! Hisks…buat susah-susah aje..

Masa ni lah nak bergumbira dan ketawa. Dah sesuai pun dengan salah satu manfaat sukan ni yang dirujuk pada Wikipedia, the free encyclopedia, permainan bowling ni, selain dapat membakar kalori dan bertindak pada bahagian otot yang jarang dibuat senaman yang dalam kata lain, boleh kuruskan badan…(yuhuuu!), ia juga memberi faedah dalam hubungan sosial kerana dapat mengukuhkan persahabatan, maka…memang pada masa ini kami semua dapat berkenal dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kalau waktu kerja, kadang-kala nak nampak muka pun payah. 

Tok Ketua pun dengan sportingnya telah sama-sama menjadi peserta walaupun mula-mula main tu, bola bukan berguling ke hadapan tetapi berguling ke belakang. Malahan ada antara peserta yang baru pertama kali pegang bola bowling tetapi tetap menunjukkan aksi yang mengkagumkan.

bowling

Keputusan belum diumumkan, tapi kalah menang bukan ukuran. …

 

5 comments on “Bola berguling

  1. kompem kak long kalah ni..
    tu yg kata kalah menang buka ukuran..

    muehehehehe… ngaku je la bila dah kalah..
    muehehehehe…

    • @Kujie, takut nanti kalau sekali dah menerai, tiap2 ari lak g main bowling.

      @KTS…uwhaaa…..ni nak ngakulah ni! uwhaaa…..kak long kalah! kak long kalah! dapat naib johan je..

  2. Pingback: Hari ini dan semalam « Mawar Merah

Tinggalkan komen